Ayam Penyet Sambal Ulek
8:19 PG
Selamat berhujung minggu buat semua.
Hari ini Amie kongsikan menu Ayam Penyet Sambal Ulek. Resipi ini pernah tersiar dalam majalah SAJI. Terima kasih buat rakan Amie, Cikgu Warite kerana sudi kongsikan resipi yang sungguh istimewa ini. Beberapa tahun lepas Amie pernah paparkan resipi ayam penyet sambal ulek di dapur maya ini, dan sudah semestinya Amie sering mengulang masak sebab rasanya sungguh istimewa! Kenapa Amie katakan sungguh istimewa? Bayangkan ayam direbus terlebih dahulu bersama air kelapa dan rempah-rempah, dan kemudian tempe serta tauhu pula direbus menggunakan bahan yang sama! Tempe yang dihasilkan lain dari rasa tempe yang kita makan dalam hidangan nasi ayam penyet biasa! Ditambah pula dengan rasa sambal ulek yang sungguh enak!
Bahan-bahan:
3 keping
daging ayam bahagian peha
10 keping
hirisan tempe
4 keping
tauhu basah – belah 2
1 liter air
kelapa
1 sudu besar
gula Melaka parut
Garam
secukup rasa
Minyak untuk
menggoreng
Bahan kisar:
3 ulas
bawang putih
5 biji
bawang merah
1 sudu kecil
jintan putih kasar
1 sudu kecil
jintan manis kasar
1 suduu
besar ketumbar biji
1 batang
serai – ambil isinya yang putih dan hiris-hiris
2 cm
lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit
hidup
2cm kunyit
hidup
Cara:
1. Masukkan
kesemua bahan kisar dan daging ayam
kecuali tauhu dan tempe ke dalam periuk.
2. Didihkan
dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat
daging ayam dan toskan. Ketepikan.
4. Kemudian
masukkan tempe dan tauhu ke dalam periuk rebusan ayam tadi.
5. Masak
tempe dan tauhu menggunakan api
sederhana sehingga air rebusan menjadi
kering. Angkat dan toskan.
6. Panaskan
minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan. Kemudian tekan atau
penyetkan ayam goreng tadi dengan menggunakan belakang parang sehingga tulang
ayam patah.
7. Dengan
menggunakan kuali dan minyak yang sama, goreng tauhu dan tempe sehingga kuning
keemasan. Angkat dan toskan.
SAMBAL ULEK
Bahan-bahan
20 biji cili
padi
3 cm belacan
7 biji
bawang merah – hiris kasar
2 biji
tomato – belah 8
Garam dan
gula secukup rasa
Minyak untuk
menggoreng
Cara
memasak:
1. Goreng hingga layu kesemua bahan di
atas kecuali garam dan gula. Angkat dan
toskan
minyaknya.
2. Tumbuk semua bahan di dalam lesung,
tetapi jangan sampai hancur.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
Hidangkan
Ayam Penyet bersama Sambal Ulek, nasi, tempe
dan tauhu goreng serta ulam.
0 comments