Pinnacle & Lancelin
7:54 PTG
Tour Itenerary:
Day 2 (28 Aug 2017 / Monday)
Breakfast - Carvesham - Chocolate Factory - House of Honey - Kaferela's - Noughts & Nuts.
Nampaknya Chah tukar jadual perjalanan kami pada hari ini untuk ke Pinnacle dan Lancelin.
Perjalanan menuju ke Pinnacle Desert yang letaknya di Taman Nasional Nambung lebih kurang 245 kilometer jauhnya arah utara dari Perth. Sebelum tiba di Pinnacle Dessert, puas mata memandang kiri dan kanan jalan. Banyak tumbuhan pelbagai bentuk, selain melihat kawanan biri-biri serta kanggaroo liar.
Suhu sedingin 15 - 17' Celcius di Perth sudah tidak dirasai lagi ketika tiba di Pinnacle Dessert. Jangan lupa bawa payung atau kaca mata hitam. Memang panas terik! Ditambah pula dengan warna pasir yang kuning di sini! Oh, ya! Jangan lupa bawa sebotol air , mana tahu ada kecermasan nak masuk bilik air sebab sama juga keadaan tandas di sini tidak ada air untuk beristinjak melainkan air di bahagian luar tandas (sinki).
Taman batu kapur purba ini terbentuk sejak jutaan tahun dahulu akibat hakisan angin dan air. Untuk lebih lanjut, boleh klik di sini : PINNACLES DESSERT DISCOVERY CENTRE.
Taman ini dikatakan mempunyai keluasan sekitar 17 ribu hektar termasuk pantai dan hutan pohon tuart yang rendang.
Nampaknya tak bolehlah terlalu lama di sini. Suhu panas rasa semacam jew... Langit pun nampak biru pekat. Awan pula sangat nipis dan jarang kelihatan.
Jom beraksi sekeping dua gambar buat kenangan.
Main sorok-sorok di belakang batu.
Menapak sedikit ke bahagian atas untuk melihat pemandangan sekitar.
Banyak tumbuhan liar di sini, dan bunganya pula kecil-kecil belaka tetapi nampak cantik!
Wokeh! Last kopek....
Gambar terakhir di Pinnacles.
Jom naik kereta.
Gambar selebihnya ini Amie tangkap dari dalam kereta.
Bentuk batu kapur di sini tidak semuanya sama. Mungkin ada yang tua, dan ada yang baru muncul. Warnanya pun kelihatan berbeza. Ada yang kuning, ada yang agak kehitaman sedikit.
Singgah sebentar di Pinnacle Gallery & Gift Shop.
Mood untuk membeli cendera kenangan belum datang!
Jadi, tengok-tengok saja suasana di sekitarnya.
Kami meneruskan perjalanan ke Lancelin.
Kereta berhenti di sebuah kawasan berhampiran laut.
Kami dijadualkan makan tengahari di sini, picnic ala-ala BBQ gitu.
Tak pastilah pula apa nama tempat ini, tapi ada pula tugu peringatan.
Sementara menanti makanan dipanaskan, ambil kesempatan melihat-lihat laut di sini. Ada sesuatu yang menarik di sini. Air lautnya cantik dengan warna jernih hijau biru, manakala pantainya terdiri daripada tanah pasir hitam.
Tak sanggup berjemur lama-lama di tepi pantai! Jom kita makan tengahari!
Chah sediakan untuk kami sayap ayam panggang dan ikan dory. Sedap weh ikan dory tu! Panas-panas lagi. Makan ratah jew! Chah bekalkan minuman panas dan sejuk. Walaaa..memang kita suka yang panas! Dua gelas teh 'O' panas kita teguk. Sedap! Tak terlalu manis.
Ada sesiapa yang hendak meluncur di Lancelin Sand Dunes?
Sekali lagi kami berhadapan dengan cuaca yang amat panas!. Jadi, ambil gambar kenangan sajalah sambil main-main pasirnya yang halus dan lembut macam tepung suji itu hihihiiiii!
Nampak tak betapa halusnya pasir di sini!
Pinjam tangan Salawati kejap!
Tak banyak Amie ambil gambar di sini. Rasa nak cepat-cepat masuk kereta jew.
Entri berkaitan percutian di Perth:
0 comments