ADSENSE

Khamis, 14 September 2017

Bermulanya Musim Bunga di Perth

Ketibaan kami di Perth 27-31 Ogos, disambut dengan bermulanya musim bunga yang dijadualkan pada September hingga November. Sepanjang perjalanan ke Pinnacle dan Lancelin misalnya, di kiri kanan jalan kami menjamu mata dengan pelbagai bentuk dan warna alam yang terdiri dari tumbuh-tumbuhan seperti bunga dan rumput liar! Sungguh mengasyikkan! Entri kali ini Amie khususkan untuk memaparkan gambar-gambar tumbuhan yang sempat Amie rakam, walaupun Amie tidak tahu nama-nama tumbuhan dan bunga-bungaan tersebut.

Gambar di atas Amie rakamkan ketika sibuk 'memburu' tulip di Araluen Botanic Park. Sebenarnya, Amie tak sempat rakam banyak gambar di sini disebabkan kesuntukan waktu, ditambah pula dengan keadaan hujan ketika itu! Kalau boleh, ada rezeki di lain waktu Amie ingin kunjungi taman nan indah ini lagi!







Ketika sampai di bawah pokok limau ini, Amie panggil (laung dari jauh) Dayah untuk tolong tangkap gambar Amie di sini. Tapi Dayah tak juga bergerak dari tempatnya, berswafoto dengan tulip. Setelah lebih 10 minit menunggu, dan Dayah pun masih sibuk dengan tulipnya, Amie pun tinggalkan pokok limau yang lebat berbuah ini. Rupanya, ketika Amie jeritkan perkatan : LIMAU, Dayah sangka Amie beri amaran ada 'HARIMAU! Itu pasal Dayah tak berani dekat! Walaaaaa......




Sekadar mampu merakam bunga tanpa nama.











Masih di Araluen Botanic Park.

Dah nak naik kereta untuk bergerak ke airport pun masih sempat tangkap gambar bunga!






Dah sampai depan kereta, dah tak boleh tangkap gambar lagi! Tapi mujurlah pemandu kami sempat singgah di taman bunga ros sebelum melanjutkan perjalanan seterusnya.





Terpaksa berpuas hati dengan gambar yang ada, sebab memang dah tidak punya masa lagi untu berlama-lama di sini!





Gambar- gambar bunga di bawah ini pula Amie rakam sewaktu mengunjungi Caversham Wildlife Park.

Kami pun meredah hujan juga ketika tba di  sini.






















Gambar berikutnya ini Amie rakam di sekitar House of Honey.




Suka tengok lemon! Sementara menunggu ahli rombongan lain membeli di Noughts & Nuts, Amie tinjau-tinjau pokok lemon di sekitar tempat tersebut.




Gambar bunga di atas dan seterusnya ini Amie rakam sewaktu mengunjungi Kings Park.



He he hee... lemon lagi! Gambar lemon ini Amie ambil sewaktu rakan-rakan yang lain menunggu giliran bergambar di Blue House. Amie malas nak tunggu lama, akhirnya merayap tengok tempat lain...ahaks!

Ini pula gambar pokok-pokok bunga yang Amie rakam di sekitar Pinnacle.










Gambar bunga di atas dan beberapa keping di bawah ini Amie tangkap sewaktu berehat makan tengahari ala BBQ di Lancelin.









Gambar-gambar bunga di bawah ini Amie ambil sewaktu berhenti untuk solat jamak di Masjid Rockingham.




Dalam perjalanan pulang ke homestay, pemandu kami mencadangkan agar kami bergambar di bawah pokok-pokok (tak tahu nama). Ketika itu mata terpandang barisan pokok limau di hadapan sebuah rumah! Kita pun terus melintas jalan, diikuti dengan yang lain untuk bergambar di sini!






Mcam rupa limau kasturi pun ada!

Ketika itu hari telah menjelang senja! Dalam sibuk tangkap gambar, terdetik juga di hati kalau-kalau tiba-tiba datang anjing menyelak kami! Syukurlah tidak ada! Rumah pun kelihatan sepi, mungkin penghuninya keluar.










4 ulasan:

Phong Hong berkata...

Cantik2 bunga2 tu! Untung Amie dapat ke sana :)

Amie berkata...

PH,
mula2 tak perasan musim bunga, ingatkan autumn, walaupun 4 musim tapi rupanya tak sama waktu dengan Europe he he heee.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Subhanallah..... terpukau tengok semua gambar2 Amie kali ni..
Kalaulah sy berada di sana... rasanya semua tempat pun sy anak bergambar.. suka tengok segala macam jenis bunga2 tu. ya Allah... cantik sangat2 segala ciptaanMU ya Allah... terima kasih Amie kerana berkongsi segala keindahan ciptaanNYA dengan kami semua terutama sy yang tak mungkin akan jejakkan kaki ke sana...

Amie berkata...

Madiha,
in shaa Allah Taala, ada kesempatan dan akan tiba rezeki Allah mudah2an Madiha sekeluarga dapat juga sampai ke sana.