ADSENSE

Isnin, 12 Disember 2016

Ayam Masak Hijau

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung tersayang!
Hari ini Amie sempat kongsikan satu lagi menu sebelum tutup dapur buat seketika. Maklumlah hidup kita ni ada pasang surutnya, ada siang malamnya dan ada ketikanya kena tutup dapur juga! Bila ada kerja yang diselesaikan, tambahan pula berada di luar kawasan memanglah dah tak boleh masuk dapur!

Ayam Masak Hijau ni Amie adaptasi dari resepi ayam masak opor yang pernah Amie buat suatu ketika dulu. Bezanya dulu Amie gunakan cili merah, tapi masakan kali ini Amie gunakan cili hijau, tambah lengkuas, serai dan halia. Masakan opor pun macam-macam versinya. Amie namakan saja resepi ini Ayam Masak Hijau.

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 10 ketul
3 biji kentang -belah 4
2 cawan santan pekat
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar cuka
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
20 biji cili hijau
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 batang serai - hiris 
3 cm lengkuas
2 cm halia

Cara memasak:
1. Masukkan santan, serbuk jintan putih dan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga kuah santan pekat.
3. Masukkan daging ayam dan kentang.
4. Masak dengan api sederhana sehingga daging ayam empuk. Pada masa ini air ayam akan keluar dan kuah menjadi sedikit cair.
5. Jika suka, boleh masak sehingga pecah minyak atau kuah benar-benar pekat.
6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Akhir sekali tuangkan cuka dan kacau sekali dua.
8. Padamkan api dapur

Kami sukakan kuahnya yang basah-basah, tu pasal tak masak sampai pecah minyak atauysehingga pekat!


4 ulasan:

Norhayati Mohd Isa berkata...

Emmmm sedapnya Amie ๐Ÿ˜Š

Phong Hong berkata...

Sedapnya Amie. Kuah tu makan dengan nasi, sangat berselera.

Faizah Syakira berkata...

Sedapnyaaaa

Fatin Days berkata...

Kuah yang pekat tu nampak menyelerakan betul! :)

http://www.fatindays.com