Bercuti ke Surabaya (14) : Pasar Apung Nusantara
4:34 PTG
Dalam perjalanan kembali dari kota Malang kami singgah di Pasar Apung, bersebelahan dengan Museum Angkut. Sebelum masuk ke Pasar Apung, Amie belanja dulu gambar di pintu masuk Museum Angkut. Biasanya pelawat akan masuk ke Museum Angkut terlebih dahulu, dah penat dan lapar barulah turun ke Pasar Apung untuk isi perut! Masa amat terbatas, walaupun Museum Angkut bukanlah salah satu dari destinasi perjalanan kami, tapi sambil menyelam minum air jugalah...ahaks! Tak perlu masuk Museum Angkut, terjah saja ke Pasar Apung dong! Tapi melalui juga tepi jalan Museum Angkut!
Replika kereta lembu di luar Museum Angkut. Museum Angkut mempamerkan segala jenis kenderaan dari yang tradisional sehinggalah jenis moden di seluruh dunia! Nah! Bagi peminat kenderaan, silalah berkunjung ke sini! Jangan lupa bayar harga tiket dulu!
Seni - Kamis : 50,000 rupiah.
Jumaat - Minggu : 75,000 rupiah.
Tapi itu harga tiket masuk Museum Angkut. Masuk Pasar Apung gratis aja kok.
Akhirnya tibalah kami di Pasar Apung!
Kapal terbang di atas Museum Angkut!
Peta Pasar Apung Nusantara.
Tengok-tengok saja tahu petis.
Jom ikut Akmi naik tangga seberang sungai!
Macam best jew tengok orang naik sampan!
Makanan tradisional di jual di tepi sungai, atas perahu! Dah namanya kan Pasar Apung.... tentu semuanya nak nampak terapung...hiks!
Dah jalan-jalan, barulah terjumpa pintu masuk ke Pulau Jawa...
Sugeng Rawuh... minta maaf, tak faham apa maksudnya! Selamat datang kot!
Bermulalah sesi merambangkan mata melihat barangan kraftangan di sini!
Sukanya tengok kuih-muih tradsional di bawah ni... ada ongol-ongol, gatot, lupis, sawut, klepon, dan entah apa lagi. Semuanya nampak asing, tak pernah jumpa tapi terasa ingin mencicipinya!
Pembayaran Menggunakan Kartu Gesek... mula-mula tak faham!
Bila nak beli tempe goreng, disuruhnya pergi ke kaunter pembayaran untuk beli kartu gesek! Ingatkan beli ikut harga tempe, tapi kena beli kartu gesek harga 20,000 rupiah. Alamak! Dahlah kami nak beredar dari situ, kena pulak beli kartu gesek 20,000 rupiah semata-mata nak beli tiga keping tempe. Harga tempe goreng tu bukan 20,000 rupiah, tapi syarat pembelian di situ kena beli kartu gesek berharga 20,000 rupiah. Alahai... macam kuponlah gitu! Cuma masa sangat terbatas! Ditambah pula kena beratur panjang! Tak jadilah nak merasa tempe goreng salut tepung! (Cerita ni berlaku selepas kami keluar dari perahu!) dan nak balik! Oh! Tempe goreng puncak Penanjakan!
Pemandangan di sekitar Pasar Apung.
Ada sate dan soto buaya!
Ha ha haaa.. pameran aja.
Ada masa bolehlah makan-makan di Restoran Cheng Ho.
Pelbagai jenis makanan ringan.
Dah pusing keliling, akhirnya kami putuskan untuk naik perahu.
Tiket naik perahu berharga 10,000 rupiah seorang.
Itu dia perahu kami!
Sabar menanti giliran dengan berbaris di dermaga!
Terima kasih Akmi, sudi pinjamkan gambar. Masa ni dah tak berani nak gerak-gerak takut jatuh dalam air! Jadi tak ada rakaman gambar naik perahu!
Tabik spring untuk Bapak yang mengayuh perahu itu. Tugas yang dipikulnya nampak sungguh melelahkan tapi Bapak itu sungguh tabah! Untuk satu kali perjalanan sahaja memakanr masa selama 10 minit. Bayangkan begitu ramai pengunjung sedang menunggu giliran untuk naik perahu!
Antara pemandangan yang sempat dirakam dari perahu!
Menurut Bapak tadi, boleh saja kita beli apa-apa makanan yang dijual di atas perahu. Dan Bapak itu akan berhentikan perahunya ketika kita menunggu makanan siap.
Woohooo... masuk ke mana pulak ni?
Kami melalui satu terowong jalan air. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis kereta yang agak bergerak apabila kita melaluinya!
Terkejut apabila kereta tegur kami!
Teringat pulak kartun Cars!
Wokeh! Selamat sampai ke daratan! Lega!
Sebelum pulang, sempat toleh ke belakang dan tangkap gambar ini!
Cikin sangka yang dijual warna kuning tu tahu goreng! Katanya nampak beza dengan tahu goreng yang Amie makan. Bila Amie mendeka, rupanya ubi goreng! Bukan tahu gorenglah Cikin!
Dapat juga merasa air kelapa muda dengan madu berharga 8,000 rupiah untuk gelas saiz 200 ml.
Entri berkaitan :
0 comments