November Datang Lagi....
8:37 PTGKeanehan perasaan sering menyentuh kalbuku,
Kehadiran kau November membawa peristiwa,
Kurasakan keindahan bulan, bintang dan malam,
Kurasakan kesegaran titik embun dan hujan,
Kunikmati semuanya menjadi santapan jiwa.
Teringat senikata lagu November alunan Allahyarhamah Sharifah Aini.
Perasanlah tu... November kita punya...hiks!
Hari ulang tahunku datang lagi pada 16 November, bertambah umurku kini menjadi lebih 'sweet' di usia ambang ketuaan ... ahaks! Alhamdulillah... atas ingatan anak-anak dan Encik Suami, kami sambutlah seadanya, tapi sebenarnya lebih awal dari tarikh sebenar. Kebetulan pula Farid sedang bercuti selama seminggu, jadi sempatlah menyambutnya bersama pada minggu lepas.
Terima kasih Abang Farid sebab sponsor kek blueberry chocolate... biasalah yerrkkk... birthday kita ni sekali harung dengan anniversary kami yang ke 21 pada 18 November. Jadi, sambutannya pun sekali harung juga.
Anak-anak buah yang sudi mengisi kekosongan ruang dapur!
Sebenarnya semenjak ayahanda dan bonda mentua kembali ke rahmatullah, keluarga Encik Suami sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Maklumlah bila sudah tidak ada orang tua, nak jumpa setahun sekali pun susah. Sibuk dengan kerja dan sibuk dengan keluarga.
Setiap minggu, pada hari Khamis malam Jumaat memang kami mengadakan majlis bacaan Yaasin dan juga solat fardhu berjemaah. Terpulanglah buat di rumah siapa, ikut senang masing-masing. Yang penting ahli keluarga dapat berkumpul terutama adik-beradik Encik Suami.
Minggu lepas, majlis keluarga diadakan di rumah kami. Selesai majlis, ada rezeki kami menjamu selera seadanya.
Kalau majlis dibuat di rumah kami, kadang-kadang Fuad panggil kawan-kawannya yang sama-sama menduduki SPM tahun ini. Senang hati kami, sebab dapat ikuti perkembangan sosial anak-anak. Di bawah ini... Partivan, kawan Fuad keturunan India... dengan ketinggian 6 kaki 2 inci! Waduh! Bercakap dengannya terpaksa mendongakkan kepala!
Biasanya mereka suka memilih untuk duduk di luar ketika menikmati sajian. Mungkin lebih santai berbanding duduk di dalam rumah. Tak kisahlah... yang penting rasa selesa.
Gambar kenangan, sambutan ulang tahun dan anniversary ke 20. Abang Farid tidak ada bersama.
Bila Abang Farid sudah melangkah keluar dari rumah untuk sambung belajar, sukarlah nak bergambar seisi keluarga kalau ada apa-apa majlis.
Ini muka wajah anak-anak semasa ambutan ulang tahun dan anniversary pada tahun 2013.
Di bawah ini pula gambar yang diambil pada 14 November ketika hendak menghantar Abang Farid ke lapangan terbang Tawau. Penerbangannya terus ke KLIA.
Sekejap jew masa berlalu...
Abang Farid hanya sempat bercuti bersama kami selama 6 hari. Ketika Encik Suami sedang memandu menuju ke Airport Tawau, tercetus kata-katanya: Rasanya macam baru semalam ambil abang dari airport.
Apa boleh buat.... anak tidak akan selamanya duduk di celah ketiak kita.
Terpaksa juga kita lepaskan biarpun hati sering merintih, merinduinya! Kalau boleh siang malam kita ingin menatapnya, setiap detik dan ketika kita ingin mengikuti setiap perkembangannya!
Bila memandang Firdaus, rasanya Abang Farid juga masih kanak-kanak!
Tanpa disedari, Firdaus juga akan terus membesar dan menjadi remaja seperti abang-abangnya! Cepatnya masa berlalu... 21 tahun tak terasa!
Farid.
Fuad.
Fairuz.
Firdaus.
3 comments
Happy birthday & anniversary utk K.Amie. Comel anak2 K.Amie, semuanya sedang membesar mcm anak saya juga. Rasa sayu kan...makin membesar, makin jauh anak-anak akan tinggalkan kita untuk menuntut ilmu.
BalasPadamrasanya baru semalam je dak firdaus tu lahir... dah besar pun dia ya...
BalasPadamFiza,
BalasPadamterima kasih... Alhamdulillah, mudah-mudahan semuanya sihat dan sentiasa di bawah rahmat-Nya... amin.
Cheq Due,
betul tu Cheq Sue... tak terasa masa berlalu begitu pandats.