Kerabu @ Keluban Pucuk Labu
8:48 PTG
Jom ratah-ratah kerabu!
Dari kecil kami memanggilnya keluban, mengikut bahasa ibunda kami. Keluarga sebelah suami pula memanggilnya urap-urapan. Apa pun, sama saja maksudnya. Kerabu @ keluban @ urap-urapan. Bahan asasnya sudah tentulah kelapa parut yang digaul bersama bahan perencah tertentu sebagai penyedap rasa. Biasanya Bonda akan panggang kelapa di atas bara api sehingga wangi, dan kemudian setelah dibuang kulit arinya, barulah diparut.
Amie tak panggang atau bakar kelapa...
Cuma Amie kekalkan bahan yang biasa Bonda gunakan untuk membuat keluban. Biasanya Bonda gunakan pucuk ubi dan juga campuran sayuran lain seperti pucuk meranti dan juga kangkung kampung. Amie pula gunakan pucuk labu dan tidak meninggalkan bahan utama yang sudah tentunya isi cekur dan daun cekur sebagai penambah aroma dan secara tidak langsung itulah identiti keluban orang kampung kami! Maklumlah, keluban merupakan salah satu menu pilihan yang biasanya dihidangkan dalam majlis tertentu seperti majlis 'muputi' dan juga 'among-amongan'. He he heee..... faham tak apa itu 'muputi' dan 'among-amongan' itu? Tanya sajalah sama Encik Google yea....
Wokey, kita lihat resepi Kerabu @ Keluban Pucuk Labu di bawah ini.
Bahan-bahan:
20 tangkai pucuk labu - bersihkan - celur dan toskan
1/2 biji kelapa muda - buang kulit arinya dan parut
7 helai daun cekur - hiris halus
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
Bahan tumbuk:
10 biji cili padi - boleh kurangkan jika tidak mahu pedas
2 biji cili merah - buang biji
3 ulas bawang putih - digoreng
5 biji bawang merah - digoreng
2 cm belacan - dibakar
1 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
Cara:
1. Dalam sebuah bekas, campurkan kelapa parut serta bahan tumbuk. Gaul sebati.
2. Masukkan pucuk labu dan hirisan daun cekur.
3. Perasakan dengan garam dan gula dan tambahkan jus limau kasturi.
4. Gaul rata.
5. Hidangkan.
Jom sambung ratah!
1 comments
Sangat mengiurkan!
BalasPadam