Siapa Yang Makan Cili, Dia Akan Terasa Pedasnya: Cili Oh! Cili Padi!
2:40 PTG
Buah berangan masaknya merah,
Lada cili dalam perahu,
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati sahabat tak tahu.
Pantun di atas Amie salin dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ketika Amie meninjau-ninjau mencari dan menambah kosa kata cili, yang juga disebut lada, cabai dan juga lombok... lombok dalam bahasa ibunda yang kami dengar sejak dahulukala!
Maaf, sebelum membebel panjang, Amie ingin ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua, moga 'hijrah' akan sentiasa ada dalam diri kita. Sentiasa berhijrah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik, in shaa Allah.
Kali ini Amie ingin kongsi tentang sejenis bahan masakan yang sentiasa ada di dapur, dan kalau tiada bahan ini akan terasa sedikit hambar dalam masakan kita. Maklum sahajalah, budaya turun temurun yang kita warisi, tanpa rasa pedas, tidak lengkaplah 'rasa' santapan walaupun sudah mengandungi rasa manis, masam, masin! Itulah uniknya budaya kita, kena cukup rasa untuk mengatakan sedap!
Jom kita tambah ilmu tentang manfaat cili, selain fungsinya sebagai penambah kelazatan dalam satu-satu masakan. Umumnya, cili kaya dengan pelbagai vitamin termasuk vitamin A, B, dan C kompleks, protein, karbohidrat dan juga karotin. Cili yang Amie ingin kongsikan di sini sudah tentunya cili padi, yang macam-macam jenisnya. Ada cili api, cili burung, cili cabai rawit @ kerawit... alamak macam lain pulak dah bunyinya! Semua orang yang pernah makan cili tentu terasa kepedasan yang berbeza mengikut jenisnya. Cili padi kampung janganlah nak diceritakan tahap kepedasannya... ya ampun! Amie pun tak berani nak gunakan banyak-banyak! Amie lebih suka gunakan cili padi minyak yang tak berapa pedas.
Cili tergolong dalam keluarga solanaceae iaitu satu keluarga dengan
sayur tomato dan kentang. Biasanya, cili yang bersaiz kecil lebih pedas
rasanya. Kepedasan cili juga bergantung kepada kandungan
capsaisin/capsaicivoids di dalamnya. Terdapat lima komponen capsaicin di
dalam cili iaitu, nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin,
homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin. Komponen inilah yang
membantu melancarkan sisitem peredaran darah di bahagian tangan, kaki
dan jantung manusia. Di samping itu, buah cili yang pedas juga
meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme untuk melancarkan peredaran darah.
Sumber: http://www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-cilicabai.html
Cili dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan. Bagi yang ingin mengamalkan pemakanan sihat, selain mengurangkan lemak dan minyak dalam masakan, eloklah cuba resepi di bawah ini. He he hee... ikan rebus bukan sebarangan! Aroma serai dan bahan-bahan lain sudah pastinya menggamit selera anda. Jangan lupa bubuh beberapa biji cili padi dalam masakan ini. Untuk resepinya, sila klik pada setiap gambar untuk pergi ke pautannya.
Berdasarkan pembacaan Amie di blog Khasiat Herba Untuk Kesihatan cili mengandung capsaicin yang akan mempercepat metabolisme dan membantu
tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana capsaicin
meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkat degupan
jantung. Lebih jauh, kajian menunjukkan orang yang hobi makan pedas
biasanya makan dalam jumlah yang sedikit sehingga berat badan lebih
terjaga.
Untuk lebih lanjut mengenai khasiat dan manfaat cili khususnya cili padi, sila klik pautan yang Amie kongsikan di bawah nanti. Di bawah ini Amie kongsikan penggunaan cili dalam beberapa jenis masakan. Yang dah biasa tu, tengok-tengok sajalah kalau sudi. Bagi adik-adik yang baru berjinak-jinak ke dapur bolehlah lihat contoh-contoh masakan yang menggunakan cili padi atau cili yang sewaktu dengannya.
Cili padi memang sesuai ditambahkan dalam resepi Udang Goreng Butter. Kadang-kadang Amie campurkan cili merah dengan cili padi.
Ini cili padi minyak. Kepedasannya tidaklah sampai menyengat seperti cili padi kampung atau cabai burung!
Amie biasa tambahkan cili padi minyak dalam masakan lemak. Gambar di atas : Masak Lemak Cili Padi Ikan Patin Sama Petai.
Ini Asam Rebus Ikan Pari. Selain cili merah kisar buang biji, Amie tambahkan cili padi minyak. Sewaktu makan, picit-picit saja cili padi tu atas nasi!
Begitu juga dalam masakan lemak sotong. Jangan lupa tambahkan cili padi dalam perencahnya!
Ikan bilis goreng, ditambah dengan bawang goreng serta bunga kantan! Tuangkan sedikit cuka dan kicap....mmmm sangat sesuai makan dengan nasi panas kala tengahari!
Geramkan tengok cili padi muda atas pokok! Nampak segar dan cantik. Jom kita petik, kita buat perencah rendang...
Rendang udang ini, Amie gunakan cili padi! Bila santan bertemu cili padi, taklah sepedas mana.... sedap!
Ini cili padi ungu. Bonda banyak tanam di tepi rumah.
Sempat rembat segenggam dua buat perencah rendang kerang!
Kata Encik Wikipedia, cili padi buahnya menegak. Jom kita tengok gambar-gambar di atas dan di bawah. Yang menegak itu cili padi, yang ke bawah itu... cili apa ya!
Naa... tengak-tegak semuanya!
Cili padilah namanya tu...
Wokey... kita sambung tentang masakan yang menggunakan perencah cili padi....
Tambahkan cili padi dalam masakan udang!
Boleh juga campurkan cili padi bersama cili merah untuk perencah sotong!
Ikut sukalah nak guna cili padi jenis apa.
Walaupun kita sudah tahu cili padi banyak khasiatnya, tapi berpada-padalah ketika memakannya. Maklumlah, tak semua perut mampu menerima tahap kepedasan yang melampau. Eloklah bersederhana dalam pengambilannya.
Amie biasa juga buat cili kisar sendiri untuk dinikmati bersama mee goreng atau mee hoon goreng. Dulu Amie suka beli, tapi rasanya eloklah buat sendiri. Kita boleh tentukan tahap kepedasan, kemasaman, masin manis mengikut citarasa.
Amie akan gunakan cili padi kampung, tapi taklah dalam jumlah yang banyak untuk membuat sambal belacan campur mangga seperti di bawah ini.
Atau, kadang-kadang hiiris cili padi tambah cili hijau dan merah untuk ditumis bersama ikan bilis dan juga jering.
Yang di bawah ini, sambal colek atau sambal belacan gaya MIL.
Yang di bawah ini pula, sambal bawang. Mmmm... kecur liur bila tengok sambal bawang ni. Rasa macam nak buat sekarang jugak!
Wokey... berhenti di sini dulu ye.
Sumber Rujukan:
Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Wikipedia
Khasiat Herba Untuk Kesihatan
Ketahui Khasiat Makanan Anda
4 comments
salam maal hjrah Mie
BalasPadamwah bekenan kat cili purple tu dah try tanam tapi KO lah
gambar2 yg menarik dan tertariksss
dapat makan memang best kesemua menu Amie
Amie, you are the best!
BalasPadamwah nampak sedap je sume makanan2 tu...heehe
BalasPadamAssalamualaikum salam sejahtera warga group��
BalasPadam�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570