Jerebu Oh! Jerebu.... Sambil Layan Smoothie Epal!
2:53 PTG
Dengan rasminya, daerah LD pun diistihar tutup sekolah akibat jerebu yang melanda!
Kita kena datang sekolah juga, dengan rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut, sakit tekak dan rasa tidak selesa. Bau asap ada di mana-mana sampai dalam bilik mesyuarat pun boleh kami hidu!
Jerebu, jerebu juga, bila sampai rumah teringat kepingan epal hijau yang sedang disejukbekukan. Eloklah teruskan usaha mengisar untuk dijadikan smoothie.
Bawa Smoothie Epal ke luar, kat bawah pokok epal bidara.
Lama sangat tak kongsi smoothie buah-buahan. Kali ini entah kenapa, rajin pula nak buat paparan. He he heee... sebenarnya sayang tengok yogurt yang hampir tarikh luput pada 23 Oktober, jadi eloklah buat smoothie sikit. Boleh cuci perut!
Bahan-bahan:
4 biji epal hijau Granny Smith - buang biji dan potong kecil-kecil
300 ml susu segar
250 ml yogurt asli
2 sudu besar gula pasir
Cara:
1. Sejukbekukan hirisan epal sekurang-kurangnya selama 2 jam.
2. Masukkan bahan sejukbeku ke dalam mesin kisar. Tambahkan susu segar, yogurt asli dan gula pasir.
3. Kisar hingga halus.
4. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.
Masihkah ada sinar mentari?
Ada, tapi terlindung oleh jerebu.
Esok.... tunggulah! Kita hirup smoothie epal dulu ... sluurrrppp!
3 comments
Assalam KAk..
BalasPadamsedapnyer smoothie tu..minum plak time jerebu nih..mmg menyelerakan... tp sayang tgh batuk teruk..hihii
Bak nk segelas smoothie epal... mengguda!
BalasPadamAlhamdulillah hari ni jerebu dah banyak berkurangan di tempat saya... sedapnyerr smoothie epal hijau!
BalasPadam