Amie masih ingat, permulaan menyukai ikan talapia sebenarnya semasa belajar di UM. Setelah keluar dari Kolej Tunku Kursiah, Amie tinggal di luar kampus. Jadi, waktu makan kami bebas memilih kafeteria yang disukai. Dah puas makan di belakang Dataran Sastera, makan pula di Plazasiwa berhampiran Siswarama. Kadang-kadang merayap sampai ke Fakulti Ekonomi dan kalau ada urusan di Pekan Buku atau di Bangunan Pentadbiran, kami...
Entri tertunggak.... Sedapnya sesekali dapat makan sayur labu manis! Memasaknya pula dengan daging, cili padi dan santan. Aromanya tambah wangi dengan tambahan serai nan sebatang! Jom kita tengok resepinya di bawah ini. Bahan-bahan: 400 gram labu manis - kupas kulit dan potong dadu 1 cawan hirisan daging lembu yang telah direbus empuk 5 batang kacang panjang - patah-patahkan / potong ikut saiz panjang...
Kejap lagi dah nak pergi kampung. Esok ada kenduri arwah di rumah adik ipar, jadi malam ini kenalah tolong sikit-sikit mana yang patut. Sebelum tu, sempat masak sambal ikan dan letak bawah tudung saji. Ikan yang Amie masak hari ini iakan layar. Nak cerita pasal ikan layar, nanti lambat pulak nak bertolak ke kampung. Sesiapa yang rajin selongkar dapur Amie, tentu pernah terjumpa...
Ketika anak-anak masuk dapur Amie beritahu, malam ini kita makan kentang panggang saja. Anak-anak memang faham, kalau Amie masak sesuatu pada petang hari, bermakna itulah hidangan malam kami. Amie tahu anak-anak suka makan kentang, dan rasanya jarang orang tolak kentang! Apalagi kalau kentang goreng. Amie selalu perhatikan kalau masak kari ayam bercampur kentang, memang tak tinggal sisalah kentangnya. Bila anak-anak tanya kenapa tak...
Selalunya kalau ada mangga muda, cuma Fairuz saja yang suka makan... itu pun mangga yang jenis tak berapa masam macam mangga manila atau mangga udang. Selebihnya Amie suka buat kerabu, kadang-kadang campur dengan peria, dan kalau rajin campur dengan rumpai laut. Bila tengok kawan-kawan buat jeruk mangga, tiba-tiba rasa terpanggil pula untuk mengupas buah mangga dalam bakul di sudut dapur. Ada 10 biji...
Beberapa hari belakangan ini Amie dapat tempias angin rajin untuk menyelongkar asal usul resepi opor. Menurut Kamus Dewan Edisi 4, opor ialah sejenis masakan samada ayam atau itik panggang dengan rempah-rempah. Tak cukup puas hati dengan maklumat tersebut, Amie dapati dalam Ensiklopedia pula menyatakan bahawa opor ialah masakan berempah yang popular dalam kalangan masyarakat Jawa. Kalau di negara kita opor dikatakan amat terkenal...
Akhirnya sampai juga Potato Fritters di dapur Amie. Pada mulanya rasa hairan juga kenapa Potato Fritters tiba-tiba menjadi satu fenomena hangat dalam kalangan rakan-rakan FB sehingga ada yang menyarakan agar Amie mencubanya. Apa keistimewaan Potato Fritters ini? Rupanya.... resepi ini merupakan makanan ringan yang boleh dijadikan sarapan pagi atau minum petang, dicelup dalam adunan dan digoreng! Itu saja... ringkas dan kedengaran mudah bukan?...
Entri sebelum tidur, dan sebelum Amie terlupa resepinya! Bebola Daging Inti Keju ini Amie buat malam semalam. Encik Suami kata tak payahlah masak nasi sebab masing-masing dah kenyang makan pelbagai kuih yang dibeli pada sebelah petangnya. Yuhuuuu.... gantung periuk belangalah jawabnya! Tapi tangan gatai ni nak juga godek-godek sesuatu di dapur! Tengah sibuk gentel bebeola daging, Encik Suami masuk dapur dan tanya.... yang...
Salam Maal Hijrah buat semua. Terima kasih para pengunjung yang tak pernah jemu datang bertandang, dan juga selamat datang buat pengikut baru Amie's Little Kitchen. Moga yang datang ke sini akan pulang bersama apa yang dihajati. Hari ini nak cerita tentang hidangan tengahari kami yang ringkas. Cuti hari Sabtu ini sekali lagi dimanfaatkan bersama keluarga, bukan untuk mengisi perut tetapi mengemas mana yang...