Hasil Deko Pertama Untuk Tempahan : RVC

10:37 PG

Rasanya.... diri sendiri dan juga rakan-rakan pengunjung mungkin agak jemu dengan paparan gambar kek tempahan yang sama, kek lapis, American Brown Cheese Cake (ABCC), Mango Casablanca dan Ayam Panggang. Apa pun terima kasih buat penempah kek tegar seperti Mr. Leong, Mr Lee, Puan Ariani, Puan Hajjah Siti Jaliha dan lain-lain yang sentiasa memberi kepercayaan untuk Amie hasilkan kek seperti yang dipinta. Terima kasih juga buat Encik Gimson Abdan yang sudi menempah ABCC sempena ulang tahun cucunya. Terima kasih sekali lagi kerana berpuas hati dengan tempahannya itu. ABCC sedap katanya... memang sedap, tapi makan sikit-sikit saja tau!


Red Velvet Cake di atas ini merupakan RVC pertama yang Amie hasilkan untuk tempahan. Disebabkan masih dibayangi dengan rasa kurang yakin, Amie abaikan beberapa tempahan daripada rakan-rakan. Bukan apa... walaupun Amie telah cuba menghias kek untuk anak sendiri, tapi dari situ Amie sudah rasa tercabar! Rupanya bukan mudah dan Amie rasa menunggu 4 atau 5 jam di depan oven melapis kek itu jauh lebih mudah dari menghias kek! Walaupun hiasan yang ingin dihasilkan nampak ringkas, namun ketelitian serta kecekapan perlu diambil kira! Sebelum ini Amie gunakan buttercream untuk menghias RVC, dan sememangnya penggunaan buttercream lebih mudah berbanding penggunaan freshcream! Syukurlah, sekurang-kurangnya Amie dapat menimba sedikit pengalaman mendeko bersama Chef Eugene dengan menggunakan kedua-dua bahan ini.


Rakan sejawat Amie, Encik Piaee Junu sebenarnya sudah lama menempah kek daripada Amie, tetapi Amie senyum-senyum saja tanpa sebarang reaksi. Hampir sebulan lamanya... dan akhirnya minggu lepas keluarlah pertanyaan beliau : Mana kek yang saya tempah tu? He heheheh.... rupanya dia menunggu! Disebabkan orangnya yang tidak banyak songel, jadi Amie pun beranikan diri menyiapkan sebiji RVC. Maklumlah.... banyak perkara yang menyangkut di kepala... takut RVC tak sedaplah. Deko tak cantiklah! Akhirnya siap jugalah walaupun tangan terketar-ketar menyiapkan dari sapuan asas hinggalah ke sentuhan terakhir... ecewaaahhh! Sempat juga beberapa orang rakan yang lain melihat hasil Amie yang pertama ini, dan mereka juga ingin menempah, tapi Amie kata: Kita tunggu dulu apa komen Encik Piaee nanti.


Pagi-pagi lagi Encik Piaee sudah senyum-senyum.... he heheh macam ada cerita bagus je yang hendak disampaikan. Alhamdulillah.... RVC diterima baik dan memenuhi selera seisi keluarganya, anak dan isterinya! Dan katanya, nak tempah lagi untuk ulang tahun perkahwinannya bulan November nanti.... Nak tau apa jadi dengan diriku? Hoooohhooo ... terus cari bakul besar berlubang masuk dalamnya, dan angkat tangkainya!

P/S: 
Terima kasih sudi baca pengalaman orang yang masih jakun dalam dunia deko kek ini! Orang lain dah ke bulan dengan pelbagai keknya, kita pula masih duduk atas rumput bermain dengan cream! Tapi bila pelanggan berpuas hati, siap kata sedap, cantik (rasanya taklah secantik mana dan masih boleh dicantikkan lagi), terasalah diri berada di awang-awangan .... nak juga sampai ke bulan! Padahal... baru sebiji RVC puuuuunnnn...



19 comments

  1. Wah cantik lah kak amie

    BalasPadam
  2. cantik tu amie..amie.ada bakat..jangan risau..yakin boleh je amie

    BalasPadam
  3. Amie..tahniah, cantiknya Amie hias kek tu, RV, memang sedap!!!

    BalasPadam
  4. Cantik kek tu..walaupun tgn terketar2 katanya nak mendeko..kalau x ketar mesti lagi superb kan...kak amie share lah resipi buttercream tu kt blog,kalau x keberatan..selamat maju jaya..org yg rajin dan minat cam kak amie pasti akan pergi dgn lebih jaauuuuhhh lagi ;)

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Assalam kak amie..
    wah sudah beralih ke RVC pulak...bagus2 kembangkan sayap hehe..
    Biasalah kalau buat yg tempahan mesti macam2 feel..menggigil gak nk siapkan..nk sapu cream cis pun terketar2..kalau nk tulis bagai lagi nebes..bukan apa, tersilap tulis takleh nk padam dah uhuk

    BalasPadam
  7. As salam.
    Tahniah. Dah cantiklah tu. guna frosting apa sebab nampk putih sangat

    BalasPadam
  8. Wahhhh cantik nyer Amie.. D5 mmg suker tgk kek2 Amie yg cantik2 nie :D..

    BalasPadam
  9. Salam Amie, cantik jer deko pertama pun, simple tp menarik.... ^__^

    BalasPadam
  10. yeayyy murah rezeki peh ni kak mie..cantik keknye

    BalasPadam
  11. salam kak amie..

    tahniah la berjaya juga hasilkan rvc cake..cantik!

    BalasPadam
  12. salam amie... boleh share sikit tak caranya nak bagi senang deco fresh cream tu sbb biasanya too soft sampai tak keluar design nya... harap boleh buat entry special fasal ni ye.. :)

    BalasPadam
  13. Cantiknya K.Amie deko RVC ni..macam profesional.

    BalasPadam
  14. dari yg sebiji bakal mengorak pengalaman yang yg seterusnya kak Amie...maju n terus maju...ameen..

    BalasPadam
  15. Cantik sgt tu kak..!!..teruskan lg kak..

    BalasPadam
  16. assalam k.amie
    cantikkknya rcv,nampak k.amie makin sukses dgn deco2 kek skrg
    yg penting rasa sedap dan customer puashati
    tak salah berperasaan begitu he hee sy pun mesti punya rasa camtu

    BalasPadam
  17. Aslmkum Amie

    wpun kek pertama, dah cantik jadinya. pujian pelanggan yg puas hati boleh jadi pembakar semangat Amie utk terus ambil order....moga terus maju.....

    BalasPadam
  18. Kak Amie boleh buat sebenarnya. Dah elok tu, kalau biasa boleh jadik lebih elok drp Kak Ita Masam Manis. Sy pon tak pandai2 nak buat kek, lg menghias...hancur.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe