Sayap @ Kepak Goreng, Kerabu Pucuk Paku Dengan Taugeh & Sup Bebola Sayuran

9:00 PTG

Assalamualaikum.
Jemput makan malam bersama kami. Tiba-tiba Encik Suami teringin makan sayap @ kepak ayam dan memang dibawanya pulang 10 ketul sayap ayam untuk dimasak! Dulu memang Amie selalu goreng sayap @ kepak ayam, tapi lama-kelamaan Amie hentikan kebiasaan ini. Untuk memenuhi permintaannya Amie gorengkan juga beberapa ketul, di samping lauk lain termasuk Kerabu Pucuk Paku Dengan Taugeh dan tidak ketinggalan untuk anak-anak, Amie sediakan hidangan berkuah iaitu Sup Bebola Sayuran.


Amie ratah-ratah saja Kerabu Pucuk Paku Dengan Taugeh, dan hirup semangkuk Sup Bebola Sayuran!


Resepi : Kerabu Pucuk Paku Dengan Taugeh
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cekak pucuk paku tanjung - potong ikut suka dan celur
1 mangkuk taugeh - celur
1 biji cili merah - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 batang serai - hiris halus
2 biji limau kasturi - perah jusnya
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
2 cawan kelapa parut - tumbuk separuh lumat
3 ulas bawang putih - goreng
5 biji bawang merah - goreng
sedikit belacan - goreng
2 sudu makan udang kering - rendam hingga kembang
3 biji cili merah
5 biji cili padi

Cara:
1. Campur kesemua bahan tumbuk bersama hirisan bawang merah, serai dan cili merah.
2. Masukkan pucuk paku tanjung dan taugeh. 
3. Gaul bersama garam / gula / perasa pilihan.
4. Tambahkan renjisan jus limau kasturi.
5. Sedia untuk dihidangkan.



Resepi : Sup Bebola Sayuran
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
15 biji bebola sayuran
1 batang lobak merah - potong bulat
2 keping tauhu - potong dadu
2cm halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - pecahkan
1 sudu teh lada putih - tumbuk
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
600ml air

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bawang putih, halia dan lobak merah selama 3 minit.
2. Masukkan bebola sayuran dan masak lagi selama 5 minit.
3. Masukkan tauhu, lada putih dan serbuk pati ayam MAGGi Cukup Rasa.
4. Biarkan masak seketika dan tutup api.


Resepi : Sayap @ Kepak Ayam Goreng
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
7 ketul sayap ayam
minyak

Bahan pemerap:
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan halia kisar
1/2 sudu teh lada putih tumbuk
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
1 sudu makan minyak bijan
secubit garam & gula

Cara:
1. Gaul sayap ayam bersama bahan pemerap dan biarkan selama 20 minit.
2. Goreng dengan api perlahan sehingga masak.
3. Angkat dan hidangkan.

17 comments

  1. Adehhh lah Amie, tergoda sungguh ngan kerabu tu huhuhuhu kalau kerabu D5 ratah camtu je 2 mangkuk pun xpasan ehehheh sedap menu AMie hari2 ek :D..

    BalasPadam
  2. Delima,
    sempat masak sekali aje dalam sehari Delima....

    BalasPadam
  3. wah Amie mantop lah hidangan nya tu, best tengok kepak yg berdiri tu, kerabu tu best gak pokoknya semuanya bekenannnnnnnnnnnn

    BalasPadam
  4. Hohoho!!.. Paling tak tahan tang kerabu tu.. Kepak ayam tu bestnyer klu dapat ratah..

    BalasPadam
  5. Nk join ratah kerabu tu...cun je kepak tu pose heeee :-D

    BalasPadam
  6. Amie..nak ratah kepak ayam jugaaa!!!

    BalasPadam
  7. atie suka kerabu pucuk paku dan taugeh yang bubuh santan tu.. hmm teringat bulan puasa bila tengok kerabu kak amie ni

    BalasPadam
  8. waa..Amie sedapnya kepak dan sayur yang menjadi kesukaan saya tu!

    BalasPadam
  9. k.amie pnya air tangan...mmg nmpk menarik...!

    BalasPadam
  10. tun mmg suka makan kepak ayam.. tp tu la, kene control kepak ayam goreng2 ni sbb mmg akan mkn dgn kulit tu, kalay bahagian len blh buang kulit kan..
    kerabu tu mmg terliur habis nengoknyer.

    BalasPadam
  11. sedapnye kak kerabu tu...ratah gitu je pun boleh kan.

    BalasPadam
  12. kak..rajinnya masak lauk enak2 samben dhino..

    BalasPadam
  13. Kerabu pucuk paku...kepak ayam goreng...feveret kak Zai. Kalau dekat mahu bawa pinggan kosong hehehe....

    BalasPadam
  14. salam amie....adussss, lama tak layan kerabu pucuk paku. mmg ros pun kalau kerabu2 ni main ratah je. salad melayu gitu ;)

    BalasPadam
  15. amboi kak amie.. terlebih lengkap dah menu ni kalau utk may.. hehe.. semuanya nampak sedap...

    BalasPadam
  16. Hi Amie, when I see cooking like this. I really love this kinds of foods.
    I prefer these food dishes anytime than a lima bintang restaurant. Simple but delicious....lepas makan, tali pinggang pun kena loosen dua lobang. Ha ha.

    Love your cooking!
    You have a nice day.
    Lee.

    BalasPadam
  17. kerabu pucuk paku! huwaaaa..jeles tahap gaban!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe