Nasi Minyak, Rendang Ayam & Acar Mentah
5:18 PTG
Assalamualaikum.
Nampaknya Amie tidak punya idea untuk mukadimah hidangan hari ini. Cuma Amie ingin kongsi menu Nasi Minyak berlauk Rendang Ayam dan Acar Mentah sebagai pelengkap hidangan untuk keluarga kecil kami.
Sebenarnya dari minggu lepas lagi Amie bercadang untuk masak nasi minyak, dan akhirnya memandangkan hari ini sekolah ditutup, dapatlah Amie jamu anak-anak makan Nasi Minyak & The Gang.
Set Nasi Minyak di atas ini Amie punya!
Acar Mentah, pelengkap hidangan untuk seimbangkan rasa! Untuk aroma yang lebih memikat, Amie tambahkan hirisan kulit limau kasturi.
Resepi : Acar Mentah
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji timun - hiris ikut suka
1/2 batang lobak merah - hiris ikut suka
1/2 biji nanas - hiris ikut suka
1 biji cili merah - hiris nipis
5 biji cili padi - hiris
5 biji bawang merah - hiris
3 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
1 sudu makan cuka
3 biji limau kasturi - perah jusnya & hiris halus kulitnya
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas.
2. Jika suka tambahkan hirisan kulit limau kasturi untuk menaikkan aromanya.
3. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Jom makan! Tapi sebelum itu, lihat resepi seterusnya di bawah ini.
Boleh klik DI SINI untuk melihat resepi Nasi Minyak yang pernah Amie buat.
Resepi: Nasi Minyak
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono
Bahan A:
3 mangkuk beras
Bahan B:
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
3 1/2 mangkuk air
Bahan C:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu besar rempah beriani
Bahan D:
2 sudu besar air mawar
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa
1 biji limau nipis
Cara:
1. Rebus Bahan B di dalam periuk nasi
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. Kemudian tumis kesemua Bahan C hingga kekuningan.
3. Masukan rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat dan kemudian matikan api.
4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan air limau nipis, kacau lagi dan tutup periuk.
6. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidang.
7. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.
Resepi : Rendang Ayam
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 12 keping
3 cawan santan pekat
3/4 cawan kerisik
2 keping asam gelugur
garam / gula / perasa pilihan
minyak
2 helai daun kunyit - siat-siat
Bahan kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
15 tangkai cili kering
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis kesemua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging ayam dan gaul rata. Biarkan sehingga keluar air daging ayam.
3. Masukkan santan pekat, dan asam gelugur.
4. Setelah kuah kelihatan mulai pekat dan daging ayam telah masak, masukkan kerisik, garam, gula dan perasa pilihan serta daun kunyit.
5. Perlahankan api, dan biarkan seketika di atas kuali sebelum dihidang.
Terima kasih buat teman-teman yang mendoakan kesejahteraan kami di Lahad Datu. Mudah-mudahan perjuangan suci para perwira yang kini berada di Lahad Datu, Kunak, Sempurna dan Sandakan sentiasa mendapat pertolongan daripada-Nya.
20 comments
Salam kak amie.. meriahnyer nasi minyak nih, nmpk mcm nasi beriyani dah.
BalasPadamDappp nya kak..mesti meriah waktu makan tu semua ada berkumpul kan..:-)
BalasPadamlebihkurang je menu kita hari ni tapi amie punya hias cantik.wc punya simple je.
BalasPadamWahhh menarik kak amie
BalasPadamWahhh menarik kak amie
BalasPadamSinggah petang, cari nasi minyak.
BalasPadamAmie..baru ni buat nasi ayam, guna resepi kat blog Amie..pergh!!, meletop sedap!, hehe..
Kak Amie..sisain sedikit buat melly terpingin lah makan nasi minyak..nyam
BalasPadamsaya teringin nak masak nasi minyak tapi my husband kurang gemar nasi berperisa kecuali nasi lemak. itu yg tak terbuat buat sampai sekarang.
BalasPadamassalam k.amie
BalasPadamaduhhh perrrhh dpt ni layan habiss he he
Sdp tu amie.. Rajin sgguh...
BalasPadamSdp tu amie.. Rajin sgguh...
BalasPadamSdp tu amie.. Rajin sgguh...
BalasPadammabeles...
BalasPadamArrrgghhhhh sedap nyerr menu Amie huhuhhu rasa mau je beli tiket pi sana musti best kan pi umah Amie mkn sedap2 :)
BalasPadamAslmkum Amie
BalasPadamsedap sungguh nampak hidangan nasi minyak digandingkan dg rendang.
bila baca apa yg berlaku di Lahad Datu skrg...teringat kat Amie...take care ya Amie sekeluarga. moga tiada lagi yg terkorban dan semuanya selesai segera.
Adoi kak....mengujakan sungguh nie...! Nmpk sedap plak semu hidangan tu....
BalasPadamAssalamualaikum Kak Amie...Waahhhhhh...memang terguda betul bila tengok set hidangan ni...Eloklah dah tengahari ni, terus rasa lapar...
BalasPadamDan untuk situasi semasa di Lahad Datu...Kami semua mendoakan keselamatan mereka yang berada di sana samada orang awam mahupun anggota keselamatan yang berada di barisan hadapan...
BalasPadamsedap nie kak amie..ayam rendang tue mmg fav zila tau..yummy:)
BalasPadamSalam kak..Nak minta izin ambik resepi ni.Nak cuba buat rendang ayam.nampak macam sedap....
BalasPadam