Nasi Kuning Sambal Ikan Kayu

1:01 PTG

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Akhir-akhir ini rasanya Amie timbul tenggelam  saja. Bukan apa, mungkin kesuntukan masa dengan pelbagai persiapan untuk sambutan Jubli Emas, sempena 50 tahun penubuhan sekolah kami yang akan diadakan pada 20 Oktober 2012. Syukur Alhamdulillah, segala persiapan yang dirancang nampaknya semakin membuahkan hasil. Minggu lepas pengetua, bersama Pengerusi PIBG dan Pengerusi Alumni telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Tan Sri Abdul Ghani Patail, Peguam Negara di Putrajaya untuk menjemput beliau secara rasmi sebagai tetamu kehormat majlis sambutan Jubli Emas itu nanti. Tan Sri merupakan bekas pelajar dari sekolah kami. Kelmarin, hari ganti persekolan, Amie turut menghadiri mesyuarat PIBG dan pada masa yang sama 4 buah akhbar tempatan datang untuk membuat publisiti sambutan Jubli Emas yang akan diadakan. Itu ini dan begitu begini, akhirnya menjelang petang barulah sampai ke rumah. Itu pun setelah ringan sedikit kepala apabila sempat berbincang dengan pengetua tentang hidangan makan malam yang akan diuruskan pada malam tersebut. Tetamu jemputan dianggarkan berjumlah 800 orang dan sebanyak 80 buah meja hidangan perlu disediakan. Dan... Amie diberi kepercayaan sebagai pengurus bahagian jamuan.... masya-Allah! Tak dapat bayangkan macamana keadaannya nanti!
Wokey.... kita cerita tentang resepi hari ini pula. Kepada sesiapa yang sudah biasa berkunjung ke Sabah mungkin pernah menjamu selera dengan hidangan Nasi Kuning. Mula-mula Amie sampai dulu pun, Nasi Kuning bungkus daun pisang yang Amie jumpa. Kalau kita biasa dengan nasi lemak, masyarakat di sini sinonim dengan Nasi Kuning. Amie pernah masak Nasi Kuning sebelum ini, tapi sebagai menambah koleksi resepi Amie paparkan masakan yang Amie hidangkan buat keluarga pada hari ini. Boleh klik resepi Nasi Kuning Amie yang lepas: Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol dan juga Nasi Kuning Sambal Alu-Alu.


Biasanya Nasi Kuning dihidangkan sebagai sarapan pagi bersama sambal ikan atau sambal telur. Ikannya pula tidak terhad kepada jenis tertentu. Ada sambal ikan kembung, ikan tuna, tenggiri, basung dan sebagainya. Namun begitu, biasanya Nasi Kuning dimakan bersama Sambal Ikan Kayu atau Ikan Tongkol. Petang kelmarin Encik Suami membawa 5 ekor ikan kayu segar saiz sederhana kecil. Amie rasa memang sesuai benar kalau dijadikan lauk Nasi Kuning.


Resepi : Nasi Kuning Sambal Ikan Kayu
Sumber : Amie's Little Kitchen

Nasi Kuning
Bahan-bahan:
5 pot rice cooker Prince of Rice
1 batang serai - dititik
3cm halia - hiris halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
500ml pati santan

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali. Buka api dapur dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.
4. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.



Sambal Ikan Kayu

Bahan-bahan:
5 ekor ikan kayu - potong 3 bahagian setiap seekor
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1.5cm belacan
1 batang serai

Cara:
1. Lumurkan ikan tongkol dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan pati asam jawa.
4. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng. Biar masak sehingga kuah memekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




Kalau anda makan di restoran atau kedai makan di Sabah, setiap apa jua hidangan pasti disusuli dengan semangkuk kecil sup! Biarpun yang kita pesan itu mee goreng! Biasanya hanya kuah sup daripada tulang atau daging atau kuah sup ayam dengan dihiasi bawang goreng dan hirisan daun sup.


Sesekali cuba hidangan Nasi Kuning dari Sabah yea... Jangan lupa sambal ikan serta telur rebus dan hirisan timun. Kalau rajin, sediakan supnya sekali. Selamat menjamu selera!

22 comments

  1. Ummi belum berkesempatan merasa nasi kuning, walaupun dah biasa dengar. Nanti nak rasa yang Amie masaklah hehe..

    BalasPadam
  2. Cantik warna kuning,bahan2nya mcm sis buat nasi lemak cuma tambah kunyit.Sesuai untuk buat sarapan pagikan Amie.Nanti nak cuba resepi Amie ni.

    BalasPadam
  3. yumyum:)
    nampak menyelerakan.terus rasa cam lapar bila tgk gambr tu...wuhu^^

    BalasPadam
  4. salam Amie

    akak selalu tak tahan kalau tengok nasi yg Amie maasakkk sangat menggoda apa lagi ada sambal ikan tu fuhhh terangkat lah

    BalasPadam
  5. wah kakak sorang ni pegang bab makan-makan..mesti bisa mengaturnya tuh..sedapnya kak,kena pulak berasnya panjang2 tu..tak parani lo..

    BalasPadam
  6. alamak...salah waktu masuk blog amie ni...
    perut jadi lapar balik setelah tgok gambar...hihi

    BalasPadam
  7. As-salam
    Di rumah Ayah ni, Ayah seorang yang suka ikan kayu (panggil tuna lagi sedap rasa & bunyinya, kan?). Jadi hidangan Amie ni memang menyebabkan Ayah ngences! Semasa kecil di kampung, sangat biasa Ayah makan berlaukkan ikan kayu kering (baru & tak masin).

    BalasPadam
  8. Salam kak amie!! suke pulut kuning!!!! bestnya lah kalau dt makan semua2 sekali tuu kenyang lerr kita kak :D

    BalasPadam
  9. pulut kuning ek kak amie..sedappnyer..sy kalo jumpa pulut kuning ni,time kawen & time budak sunat..keke

    BalasPadam
  10. sekali pandang ingatkan pulut kuning.bila teliti bahan-bahannya rupanya nasi.Tak pernah makan dengan sambal ikan kayu ni..boleh la cuba untuk sarapan.

    BalasPadam
  11. Ummiross,
    Insya-Allah ada rezeki nanti dapatlah Ummi merasa air tangan Amie ye Ummi sayanggg...

    Norzie,
    memang lebih kurang nasi lemak Norzie, silakan cuba resepinya tu...

    laskar pelangi,
    alhamdulillah... jom makan sama.

    BalasPadam
  12. Kak Noor,
    aduduh Kak Noor sayangggg.... ini sajalah yang dapat Amie sajikan kak... nasi, nasi & nasi aje... he he he heh

    Rohah,
    ayo toh dolan rene... mengko tak masakkey seng akeh-akeh he he he heh

    Kasih,
    datang lagi ye Kasih... pastikan waktunya betul he he he hehh time lapar!

    BalasPadam
  13. Ayah Temuk,
    waalaikumussalam... ikan kayu & ikan tuna berbeza ayah, ikan tuna lebih besar saiznya dan rasanya berbeza sedikit dengan ikan kayu. Amie suka ikan kayu (berbanding ikan tuna).

    Ika,
    bukan pulut kuning ni dik oiii.... nasi kuning ler.. he he he heh

    Nnens,
    nasi kuning Nens... bukan pulut kuning...

    Cik Manggis,
    di Sabah memang nasi kuning sinonim dengan sarapan pagi, tak kira suku kaum apa, semua boleh terima...

    BalasPadam
  14. Terliur tgk set nasi kuning akk ni..mengancam btul :-)

    BalasPadam
  15. salam syg kak amie,
    ohh patutlah kak amie skrg tgh bz yer..:)..smoga smuanya berjalan lancar kak..set2 nasi tue..kompom sedapp..tgk colornasi tue pn dh tau..he hhee..akk mmg terror masak.

    BalasPadam
  16. Mbak...masi ada nasi kuning nggak? Gue mau beli sepuluh ribu rupiah....kasi banyak sambal ikannya ya....nanti gue tambah lagi lima ribu rupiah....

    BalasPadam
  17. tengok nasi kuning Kak Amie ni teringat nasi kuning yang jual kat Pasar Rakyat Lahad Datu. ntah ada lagi ke tak jual kat sana..

    BalasPadam
  18. Nampak sedap je tu Kak Amie.. Goodluck untuk majlis Jubli Emas tersebut :)

    BalasPadam
  19. Aslmkum Amie.menarik tengok set nasi kuning Amie digandingkan dg sambal ikan...nampak sedapppnyaa

    BalasPadam
  20. huhuh...dah lama tak makan nasi kuning...dah nak dekat hujung tahun ni rasa macam tak cukup masa 1 minggu. banyak program yang kena buat.

    BalasPadam
  21. ehem nanti mama nak try nasi kuning ni..tak pernah rasa lagi..mama kan tak makan ikan..jadi mama nak tukar dgn sambal ayam je lah !!!..hu2x..

    BalasPadam
  22. Bah...mahu cuba buat ni...terima kasih kongsi maklumat.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe