Ikan & Hati Pari Masak Asam Pedas

1:10 PTG

Assalamualikum.


Selamat tengahari buat semua rakan pengunjung. Amie baru berkesempatan untuk mengemaskini dapur kecil kami. Hidangan di atas merupakan hidangan makan malam kami. Amie sediakan Ikan & Hati Pari Masak Asam Pedas. Lauk asam pedas memang lauk kegemaran ramai, kalau dihidang selalu pun memang tidak akan menjemukan.


Kali ini Amie tambah dengan hati pari. Oleh kerana hati pari mudah hancur, Amie masukkan semasa ikan pari dalam keadaan setengah masak. Jadi, hasilnya kedua-duanya akan masak serentak.

Resepi : Ikan & Hati Pari Masak Asam Pedas
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500gram ikan pari & 300 gram hati pari - bersihkan dan potong ikut suka
3 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan - belah 2
12 biji kacang bendi
garam dan gula secukup rasa
3 keping asam gelugur
2 cawan air
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5cm belacan
1cm halia
1cm kunyit hidup
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Jika terlalu kering tambah, sedikit air.
2. Tambah 2 cawan air, dan masukkan asam gelugur, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan kuah mendidih.
3. Masukkan ikan pari dan biarkan sehingga separuh masak. Kemudian masukkan hati pari dan biarkan sehingga ikan dan hati pari masak.
4. Masukkan kacang bendi, dan perasakan dengan garam serta gula.
5. Apabila kacang bendi telah bertubah warna, tutup api dapur.
6. Angkat dan hidangkan.

Walaupun Amie sudah tambah kacang bendi dalam asam pedas, tapi rasa sayang pula melihat lebihan sayur-sayuran yang hampir layu dalam peti sejuk. Amie tambah hidangan dengan tumisan sayur campur bersama udang.


Sedap rasanya meratah sayur campur begini, terutama lobak merah kegemaran Amie!


14 comments

  1. Alamak datang je dapur Amie terus terasa lapar, sedapnya..sedapnya.., favourite ummi juga ni

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..
    jalan2 tadi nampak blog amie's masak hati pari..
    1st time nampak hati pari ni.. nampak cam best.. so far hati ikan yang penah nani makan cuma hati ikan yu.. nyum nyum.. sedap... tapi hati pari ni banyak jual ke? tak penah tengok lagi..

    BalasPadam
  3. cedappnyerr asam pedas..hehe
    nens x pernah makan hati ikan, hati ayam slalu..hehe..

    kak amie,mujurlah kak amie suka ngn hadiah tu..lega hati..hehe;)

    BalasPadam
  4. salam Amie..lama Cm tak masuk dapur Amie ni..

    Asam pedas memang kesukaan Cm ni.Tak jemu.Jika ada balance dapat panaskan keesokan harinya lagi sedap.terutama kuahnya...

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera Amie,
    Sedapnya...hati pari? mama tak tau dan tak pernah tgk.
    Thghari ni kami pun makan asam pedas ikan terubuk. Org panggil asam pedas sardin kerana di masak lama. 12 jam dgn api slow hingga tulangnya macam sardin. ini masakn org bugis.Dah 3x cuba.

    BalasPadam
  6. Ummiross,
    jemput makan sama Ummi.

    Jassnani,
    tak banyak dijual sebenarnya, sesekali ada... ni cuba masak sebab ada kawan bagi resepi buat 'sagol' hidangan tradisi masyarakat Bajau, masak ikan pari dengan hatinya, tapi kakak hilang resepi... jadinya cuba masak asam pedas ajelah.

    Nens,
    siapa tak suka terima hadiah Nens... hadiah apa pun memang semua orang suka hati menerimanya he he he hh...
    ini pun kali pertama dapat hati pari yang agak banyak...

    BalasPadam
  7. Cik Manggis,
    ho hohoo.. kalau ada balance kuah asam pedas dipanaskan semula esok harinya memang tambah sedap CM... meresap segala ramuannya!

    Mama Ju,
    masak 12 jam? Wow! Tentu ada kelainannya tu Mama Ju... hati pari lebih mahal harganya berbanding harga ikannya di tempat kami...

    BalasPadam
  8. Assalam amie,. hati pari huhu dah lama sangat teringin nak mkn, tapi kat sini tak jumpa pulak org jual, mungkin tak ada kut.. sedapnya asam pedas tu.

    Amie, kita baru pas mkn ubi kayu rebus, ni gara2 tgk ubi pikul amie la ni heheh

    BalasPadam
  9. Rosa,
    ooo iye ke...tentu sendawa kenyang makan ubi rebus tu he he hehhh... dulu Amie tak pandai makan hati pari, tapi bila kawan bagi cuba rasa macam sedap, tapi memang susah juga nak dapat hati pari...Amie pun terkejut hati pari dijual dengan harga lebih mahak dari ikan pari.

    BalasPadam
  10. Assallamualaikum Amie..

    Tak pernahlah pula makan hati pari tapi kalau ikan pari tu mmg selalu mkn dan mmg tau, teramatlah sodap dibuat asam pedas...

    BalasPadam
  11. Salam kak amie!! aduhhhhhh! sedapnya ikan pari! pari mmg sedap buat asam pedas pastu bako2 eeeee..lamaaaaa sgt tak makan pari tauuuu huhu... kat sini takde ikan pari sob sob

    BalasPadam
  12. Naz,
    waalaikumussalam... banyak2 resepi ikan pari, asam pedas tetap jadi pojaan!

    Ika,
    ayok makan sama Ika... siannya...rupanya ikan pari tak berenang sampai Siam ye he he he hehh

    BalasPadam
  13. wah.nampak sedap.nanti ima p sabah boleh la minta sikit masakan kakak ni.hehe

    BalasPadam
  14. satu pinggan nasi memang tak cukup, nampak sedapnya!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe