Terkenang-kenang....

10:54 PG

Assalamualaikum.
Selamat pagi rakan-rakan pengunjung budiman. Pagi ini Amie tidak dapat kongsi resepi... he he ehhh rupanya gas habis! Firdaus pula tidur lena. Bila suasana sunyi sepi mencengkam, banyaklah yang dikenang, mengenang dan terkenang-kenang.... Malam tadi Encik Suami bercerita:
Baba nampak mama Farah menyapu air matanya sewaktu bertelefon dengan Farah. (Ini merujuk kisah pada malam kami pulang menaiki feri dari Labuan ke Menumbok) Kebetulan mama Farah duduk berhampiran kami.
Sedih sangat Baba nampak mama Farah... tak sampai sehari tinggalkan anak, sudah menangis.
Oh! Sepanjang perjalanan pulang ke Lahad Datu, banyak kali airmataku berderai, tapi Encik Suami tidak nampak kerana Amie meriba Firdaus, dan Encik Suami menumpukan perhatian semasa memandu. Dia hanya nampak Mama Farah (Farahain yang menangis), tapi tak perasan Mummy Farid (Faridzuan) banjir di sebelahnya!

Jom cerita lain pulak...


Ini gambar perpustakaan mini yang baru Amie ambil sebentar tadi. Nampak masih serabut dan belum siap sepenuhnya. Sebenarnya tugas mengemaskini perpustakaan ini dilakukan oleh Farid. Kami ubahsuai ruang dapur lama memandangkan bilangan buku yang semakin bertambah. Sebelum ini perpustakaan mini terletak di tingkat atas bersebelahan dengan bilik tidur anak-anak. Setiap hari Farid akan membawa turun buku-buku dari tingkat atas untuk disusun di perpustakaan mini yang baru ini. Bagaimana pun hanya sebahagian sahaja yang mampu Farid kemas.


Amie pun tidak sempat memantau setiap susunan buku dan majalah memandangkan sibuk dengan si kecil Firdaus. Bakul-bakul bunga dan sebagainya masih lagi bersepah-sepah.



Sesekali bila lapang Encik Suami sempat juga membantu melekat-lekatkan hiasan dinding.



Encik Suami cadangkan supaya buang sahaja buku-buku yang lama... tapi Amie sayang nak buang! Memang nampak masih serabut, tapi kalau dikemas sedikit demi sedikit tentu sedap mata memandang dan tidak seperti keadaan sekarang.



Farid sangat menyayangi koleksi novelnya. Ini antara koleksi novel-novelnya.



Walaupun Farid tahu adik-adiknya tidak membaca novelnya kerana memang kurang minat membaca bahan bacaan, tapi Farid  (sehari sebelum berangkat ke Labuan) pesan supaya novel-novelnya tidak dirosakkan.



Sebelum kami meninggalkannya di asrama 4 hari lepas, sekali lagi Farid meminta supaya adik-adiknya tidak merosakkan novel-novelnya.



Selain menjaga novelnya, Farid juga meminta supaya adik-adiknya terutama Fuad tidak membuat sepah di dalam biliknya. Ini kerana walaupun masing-masing ada bilik sendiri tetapi kalau malam Fuad dan Fairuz suka tidur di bilik Farid. Tadi, Amie sempat jenguk bilik Farid. Memang agak bersepah kerana terdapat tuala mandi yang lembap terletak di kaki katil! Memang tak lain tak bukan kerja Fuad sebelum ke sekolah pagi tadi!



Ada lagi sebahagian koleksi novel Farid yang terletak di atas meja belajar dalam biliknya.



Sempat ambil gambar koleksi piala yang diterimanya sejak dari sekolah tadika. Farid menghabiskan pembelajarannya sewal usia 2 tahun di Tadika Chang Quing (Tadika Evergreen), bersekolah di SJK (C) Yuk Choi sebelah pagi sehingga tamat UPSR, dan  juga belajar di Sekolah Rendah Agama sebelah petangnya.


Anugerah Cemerlang SPM 2012 merupakan hadiah terakhir Farid terima dari sekolahnya pada April 2013 yang lepas sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar.



Farid juga menyusun atur buku-buku resepi Amie di rak bahagian dapur kering. 

Ada satu lagi pesanan Farid untuk adik-adiknya (baru teringat).... Jangan curi duit tabungnya!  He he ehhh....  entah di mana tabungnya, Amie tak sempat nak ambil gambar!

13 comments

  1. Banyaknya Buku..Sy Suka Baca Novel...

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/05/kelab-kipas-blogger-dan-iklan-jualan.html

    BalasPadam
  2. Bestnya ada perpustakaan mini. Banyak nya buku. Tak der lah nampak serabut. Nampak kemas jer ☺☺

    BalasPadam
  3. aduh kak....bujang akak ni minat baca mcm2 ye...novel pun ada tu...pyah nak jumpa bdak2 remaja lelaki minat bca novel...

    BalasPadam
  4. salam k.amie….wah banyaknye novel2 anak teruna akak. mesti penyayang & rapi orgnya si farid ni. pastu pandai plak. sejuk perut akak mengandunkan dia. btw suke la color putih tu (kalau anak2 dah besar blh apply kat rumah kami nanti2 blk msia,hehe)

    BalasPadam
  5. Mmg si farid ulat buku..byk koleksi novel2 dia ya..buku pulak be rak2 byk tu...

    BalasPadam
  6. rajinnya bujang sulong mu kak..kalah bibik Rohah ni nak ngadap novel,rajin baca buku resepi adele...hehe..bagus ada perpustakaan mini cam ni...

    BalasPadam
  7. kemas jew umah kak amie..suka tgok..

    BalasPadam
  8. Farid memang kemas ea orangnya..untuk betul ibu dia..hehe.. banyak juga buku..

    BalasPadam
  9. Bestnyee ade library sdnri kak amie

    BalasPadam
  10. WAHHHHHHHH.. terujua nye ena tgk library tu... tingin juga.. tp rmh kami terhad la pulak... huhu...

    BalasPadam
  11. Bnyaknya buku...
    Suka tengok buku2 tu..kemas dan tersusun rapi jer...

    BalasPadam
  12. Assalam amie...
    banyak nye buku... rumah amie kemas.. english style gitu.. cantek.. :) nampak sipi2 dapor kat situ.. kemas nye.. seronok ada rumah besar ye.. :) rak buku susun atur semua cantek.. walaupun tak kemas di mata amie.. nani teruja tengok.. :) buku amie pun banyak... hehee

    BalasPadam
  13. Salam sayang kak amie...banyaknya buku-buku dan trophy kat umah kak amie ni...suka mieza tengok..kalau kat umah mieza masyaAllah bersepah2..rasa macam nak gi library kak amie ni dan nak pinjam buku cerita yang berlambak tu hahaha..tahniah adik farid di atas kecemerlangan spm tahun lalu..semoga menjadi pendorong buat adik2 especially si kecil yang sgt kiut itu...sampaikan peluk cium mieza buat baby firdaus..gerammmm

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe