Kek Coklat Kukus Lembut & Lembap!

8:58 PTG

 Assalamualaikum.
Paparan sebelum melelapkan mata.... walaupun entah kali ke berapa Amie paparkan Kek Coklat Kukus, namun dari masa ke semasa memang ada perubahan hasil air tangan yang juga entah kali ke berapa! Kali ini baru benar-benar puas hati.... memang puas hati sangat!  Tak rugi mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik! 


Kali ini deko-deko sikit walaupun tangan masih keras kejung....


Terima kasih sekali lagi buat Lina_pg : Teratak Mutiara Kasih di atas perkongsian resepi yang sungguh menggoda selera ini. Sebelum ini Amie pernah kongsikan DI SINI, tetapi kurang berpuas hati kerana insiden bekalan elektrik terputus, dan mengadun resepi dalam gelap! 


Kali ini memang benar-benar menjadi seperti yang diimpikan! Sekali lagi Amie kongsikan resepinya di bawah ini. Kredit sepenuhnya buat Lina_pg dan juga penyumbang resepi asal iaitu Chef Zubaidah serta penyambung resepi seperti Alongroz, Hasue dan Ayunalisa.

RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Sumber : Hasue & Ayunalisa
Sharing : Lina_pg

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum 
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara:

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
  2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven. Kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing atau ganache.



Jom...jommm... tak cukup sepotong nih!



Sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih buat semua penyumbang dan penyambung resepi Kek Coklat Kukus Lembut & Lembap ini! 


20 comments

  1. Assalam kak amie,sudah jatuh cinta kah ngan kek super moist ni hehe..
    Sy paling suka ngan tektur kek ni.Sdp,lembut dan moist.
    Terima kasih ya kak amie bg krdit link ke TMK

    BalasPadam
  2. Lina,
    waalaikumussalam... kuatnya telepati Kak Amie ye... baru terkenang-kenang Lina, tiba-tiba Lina muncul di dapur kakak... ha ha ahh... kali ini baru betul2 puas hati Lina! Terima kasih banyak2!!!!! Mmmuuuaaahhhh....

    BalasPadam
  3. Assalam amie, nampakpun sangat lembut dan lembap kek, tu rasanya pasti lah sedap, pernah juga buat kek ni mmg sangat2 puas hati kan amie. Dah cantik deko tu tu kalo saya lagi kejung33 la heheh

    BalasPadam
  4. salam Amie..mmg mengiurkan kek coklat tu..lawa deko diatas kek tu.keras kejung tgn pon...cantik pd pandangan atie :)

    BalasPadam
  5. Atie,
    makasih Atie... cantik ye... ni yang naik semngat nak mendeko-deko lagi ni he he hehh.

    BalasPadam
  6. Rosa,
    waalaikumussalam.... hi hihiii tak ada skill tertentu nak mendeko...Rosa.

    BalasPadam
  7. Salam kak amie..

    wah, malam2 gini tayang kek coklat ya..em, sedapnya kalau dapat makan..huhu..

    BalasPadam
  8. salam kak amie .. sedapnya... wani pun dah lama tak men kukus kek... dah makin cantik dah hasil seni tangan kak amie ...

    BalasPadam
  9. Minta Amie..kuih sepotong, ummi mau makan kerna perut kosong, hehe nyanyi2 kecil sambil menahan terliur.

    BalasPadam
  10. Wani,
    seronoknya dengar kata-kata itu Wani.. bertambahlah semangat dan semakin mengembanglah hihihiii...

    Ummiross,
    terasa-rasa nak rayalah pulak dengar lagu Ummi tu he he ehhh.

    BalasPadam
  11. oh kak..mesti babymu anteng, sampek iso nggawe kek berdeco2 lho...kek coklet koyo ngene mmg rak bosen..wong laen aku rak reti lah...

    BalasPadam
  12. saya dah cuba buat dengan resepi ini memang lembut dan moist.

    BalasPadam
  13. kak amie sayang dah cantik sangat ni zila rasa..sayang nak makan la..tapi bila tengok tang gebu lembut tu aduii nak ckit kak...

    BalasPadam
  14. Cantiknya deko... mabeles... mabeles...

    BalasPadam
  15. peeeeerrgh!
    kalau dapat sepiring mesti WOW!

    BalasPadam
  16. amie... tinggalkan sepotong utk minum ptg ku nnt ye.. aduh sedap banget!

    BalasPadam
  17. amboi sedapna kek..

    kak,
    coklat ganache mcm mana resepinya..nampak menarik je tu..

    BalasPadam
  18. Aslmkum Amie
    kalau kek kukus mmg moistkan...yummmy.
    nengok ayam panggang kat bawah tu....tergoda dibuatnya...

    BalasPadam
  19. Biuh...biuh! Kok uwwwenak temen toh!


    :)

    BalasPadam
  20. dalam pantang pun amie buat kek ke?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe