ADSENSE

Isnin, 27 Mei 2013

HONG KONG MIXED GINGER LAMB

Assalamualaikum.
Sudah makan tengahari? Kalau belum mari datang ke dapur Amie bawa nasi kosong sepinggan. Kita makan sama-sama dengan lauk Hong Kong Mixed Ginger  Lamb di bawah ini.


Amie selalu nampak keluarga sebelah Encik Suami suka masak ayam dengan mencampurka Hong Kong Mixed Ginger. Salah satu di antara lauk-pauk  ayam yang kakak ipar Amie masak semasa kenduri aqiqah Firdaus tempohari juga menggunakan bahan ini. Amie cuba masak menggunakan lamb. Amie tidak pasti apa benda yang biasa dicampurkan, tetapi Amie tambahkan lada putih, kentang, capsicum merah dan juga daun bawang. Untuk memakatkan kuahnya, Amie bubuh sedikit bancuhan air tepung jagung, dan untuk menggelapkan warnanya sedikit, Amie bubuh satu sudu kicap manis ABC. Rasanya memang sedap! Cukup rasa masam daripada pelbagai bahan jeruk, manis kicap dan juga gurih lada putih!


Resepi : Hong Kong Mixed Ginger Lamb
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg lamb - potong ikut suka
1 botol Hong Kong Mixed Ginger
3 biji kentang - kupas dan belah 2
1 biji capsicum merah - potong dadu
4 batang daun bawang (spring oniom) - potong sepanjang 3m
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris kasar
3cm halia - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1/2 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu kicap manis ABC
1/2 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
garam / perasa pilihan
minyak
2 cawan air

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lamb dan balik-balikkan hingga layu.
3. Masukkan ubi kentang, dan air serta Hong Kong Mixed Ginger bersama kuahnya sekali.
4. Tutup masakan sehingga daging dan ubi kentang empuk.
5. Tambahkan kicap manis ABC, lada putih, garam / perasa pilihan dan bancuhan air tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
6. Masukkan capsicum merah dan daun bawang. Gaul rata.
7. Tutup api dapur.

3 ulasan:

Faudziyah Haji Ariffin berkata...

salam, fuhh! sedap dan menyelerakan. Tak jadi pi hongkong lah. Cancel... Kat Malaysia pon dah boleh makan.

Yatie berkata...

sedapnya menu Amie ni..menyelerakan betul..

EmbunRosaliza berkata...

Nampak sangatsedap tu amie, kita nak nasi free juga nasi beras kampung tu, mcm best sangat lauk ni