Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita tiga minggu lepas sewaktu jalan-jalan ke Pasar Tani Kekal Tamu Kota Belud pada hari Ahad. Jarak dari Kota Kinabalu ke Kota Belud lebih kurang 77 kilometer. Tambah 10 kilometer jadi 88 kilometer jarak dari Gardens Condominium, Penampang ke Kota Belud. Seawal pukul 0630 pagi, kami sudah meninggalkan Penampang. Encik Suami memandu santai-santai saja, tidak terlalu laju seperti hendak mengejar sesuatu. Perjalanan memakan masa lebih sejam. Sampai di tamu, lebih 10 minit jugalah mencari tempat letak kereta. Sana-sini penuh dengan kenderaan!
| Selamat Datang ke Pasar Tani Kekal Tamu Kota Belud! |
Nama Kota Belud ini asal ceritanya berasal daripada bahasa Bajau. 'Kota' bermaksud kubu pertahanan, manakala 'Belud' bermaksud bukit. Dengan kata lain Kota Belud bermaksud Kubu Pertahanan di atas Bukit. Kota Belud juga dikenali sebagai 'Daerah Koboi Timur' kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, lembu dan kerbau.
Penduduk tempatan terdiri daripada suku kaum Samah (Bajau), Dusun dan Irranun. Mari kita teroka Tamu Kota Belud yang berusia lebih 140 tahun dan merupakan tamu tertua di negeri Sabah. Tamu Kota Belud diwujudkan pada 13 Disember 1878 oleh seorang Residen British yang pertama di Tempasuk iaitu William Pretyman.
Sumber : Wikipedia
| Pemandangan dari pintu masuk sudah dapat dilihat betapa ramainya pengunjung Pasar Tani Kekal Tamu Kota Belud. |
Oleh kerana kawasan tamu ini sangat luas dan banyak pula jualannya, jadi Amie bahagikan entri ini kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama ini Amie hanya fokuskan kepada hasil kampung yang nampak pelbagai. Memang seronok sangat meneroka lorong jualan hasil kampung di sini!
| Pisang. Rotan. Ubi Kayu. Kelapa. |
| Bahan jualan diletakkan di atas daun keladi. Ada pucuk paku, pisang, kulat sisir, serai dan pisang. |
| Hasil sungai / muara sungai : Lokan. |
| Peniaga hasil kampung tidaklah membawa banyak bahan untuk jualan. Kelihatan sedikit timun, betik dan jagung. |
| Ada cili hijau, cili putih, pisang dan pucuk ubi |
| Tebu, ubi kyu dan serai. |
| Cendawan tiram siap dalam bungkusan. Di hadapannya bungkusan berisi betik muda yang sudah disagat. Ada labu air, pisang, betik, nanas, timun, bunga kantan, serai, labu, kacang bendi dan kobis. |
| Di sini pula ada sayuran seperti kangkung, pucuk labu, daun kesum, umbut kelapa, lokan, rebung, daun nyirik dan daun palas. Nun di hujung kelihatan kelongsong ketupat. |
| Ada nangka muda, halia, dan daun pandan. |
Melihat kepada kepelbagaian jenis jualan dan jumlah yang sedikit-sedikit menterjemahkan bahawa penjual membawa hasil tanaman dari kebun sendiri.
| Macam-macam ada! Dari keledek, terung, serai, peria, nanas, pisang, bunga kantan sehinggalah ke labu! |
| Pelbagai jenis sayur. |
| Tuhau wajib ada! |
| Beras kampung. |
| Buah pinang! |
| Pucuk Keledek. |
| Pakis udang dan pegaga. |
| Harganya pun sangat murah. Mudah-mudahan bertambahlah rezeki para peniaga di sini. |
| Nangka muda. |
| Pisang muda ini namanya pisang penawar, kata penjualnya. |
| Ikan Ketutu. |
| Ikan Pangi Talapia. |
| Buah Dau. |
| Sekian. Cerita dari Pasar Tani Kekal Tamu Kota Belud. |