~Jalan-Jalan Cari Makan
Transit Sama-Sama Hotel KLIA1 - Menikmati Flavours & Inspirations Menu - TBG
Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 25 Disember 2025 - Khamis - Sama-Sama Hotel KLIA1.
Kononnya hendak berehat-rehat sahaja sehingga petang, kemudian jalan-jalan cari makan di KLIA2. Kedatangan Hamzah membuatkan kami terus celik mata. Kebetulan pula pihak hotel menawarkan minum petang di Sphere Lounge pada pukul 5 hingga 7 petang sempena Hari Krismas.
Abang Farid kata perutnya lapar. Memandangkan tidak sampai dua jam lagi ke pukul lima petang, jadi Amie suruh Abang Farid pilih menu dari katalog Flavours and Inspirations, pesan hantar ke bilik sahaja.
Abang Farid memesan:
- Fajitas El Como Chicken
- Peach & Beef Speck Salad
- Sup Ekor Utara
- Nasi Goreng Kampung
Tidak sampai setengah jam, makanan yang dipesan pun tiba. Troli makanan dibawa masuk ke bilik oleh pekerja hotel. Abang Farid terus bayar gunakan wang tunai sebanyak RM200.00. Jumlah keseluruhan RM189.00 dan selebihnya Abang Farid berikan sebagai tips.
Kami tercari-cari di manakah makanan yang dipesan kerana di atas troli hanya ada semangkuk salad sahaja! Rupa-rupanya ada almari seakan gerobok yang tertutup di bahagian bawah.
Ada dua daun pintu. Jom kita buka sebelah kanan dulu.
| Makanan tersimpan di bahagian bawah troli sebelah kanan. |
| Air dan gelas di sebelah kiri. |
Alhamdulillah. Semua makanan yang dipesan sudah ada di atas meja / troli.
| Peach & Beef Speck Salad |
| Cured dried beef, walnut, pecan, mossarella, sliced sweet peach, kale, arugula, greens smoked cheese and balsamic vinaigrette. |
| Fajitas El Como Chicken |
| Fajitas grilled chicken, pineapple, red onion, chili flakes, green pepper, cheese, yogurt, cilantro and lime. |
| Nasi Goreng Kampunng |
Nasi Goreng Kampung ditutup dengan mangkuk. Ada macam-macam aksesorinya. Abang Farid kata sangat sedap! Udang gorengnya pun saiz besar. Ada telur mata. Ada dua cucuk sate dan juga keropok.
| Nasi Goreng Kampung |
| Sup Ekor Utara |
Sup Ekor Utara dihidangkan bersama dua keping roti bakar saiz besar. Walaupun hujung roti terbakar hangus tetapi tidak menjejaskan keenakan Sup Ekor Utara. Memang sedap sangat apabila dicelup dalam sup!
| Sup Ekor Utara yang berlemak! |
Pukul lima petang kami turun ke lobi. Menurut petugas kaunter, Christmas Open House tidak terhad kepada tetamu atau pelanggan hotel tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang. Jadi Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah pun ikut bersama kami untuk minum petang.
Ketika kami sampai, sudah ada tetamu lain sedang menikmati minum petang. Banyak sungguh makanan yang disediakan sehingga tidak tahu hendak pilih mana satu. Syukurlah masih ada ruang perut untuk diisi kerana di dalam bilik, Amie hanya makan sedikit roti dan Sup Ekor Utara.
Antara menu minum petang yang Amie nikmati di Christmas Open House:
Rasanya banyak sangat makanan yang Amie ambil sehingga tidak muat perut untuk menampungnya. Rasa bersalah pula apabila terpaksa tinggalkan sedikit bakinya! Manalah mampu hendak menolak kalau ada satar! Nasib baik tidak ada otak-otak dan pepes ... ahaks!
Alhamdulillah. Cukuplah rezeki yang melimpah ruah untuk kami pada hari itu. Itu pun tidak sempat melihat dan mencuba makanan-makanan lain selain yang sempat diambil sahaja. Selepas minum petang kami tinggalkan Sama-Sama Hotel dengan menaiki buggy. Seterusnya beli tiket untuk menaiki KLIA Transit menuju ke KLIA2.