Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi jalan-jalan ke pasar tani, dan akhir sekali ke pasar ikan. Sedang memilih ikan, mata terpanjang dua ekor belangkas! Kita terus beli kedua-dua ekor belangkas itu!
Seronok sangat sebab lebih 30 tahun tinggal di D, baru inilah kali pertama dapat beli belangkas. Sebelum ini hanya dengar cerita sahaja, tetapi tak pernah jumpa. Terubat rasa rindu zaman remaja dulu suka kutip belangkas di pantai Jeram. Kalau musim belangkas bertelur, memang bersusun pasangan belangkas atas pasir. Kami tarik bahagian ekor belangkas betina, dan cabut ekor belangkas jantan, dan lepaskan atau lemparkan ke laut semula. Kita masukkan belangkas betina ke dalam karung.
Balik rumah, panggang belangkas, dan sedikan air air. Kemudian tarik perut belangkas, keluarkan telurnya, cecah air asam dan ratah bersama-sama seisi kelurga.
Firdaus dengan sepenuh tenaga mengangkat dua ekor belangkas. Berat tu, tapi tak tahu berapa kilogram sebab dijual tanpa timbangan. Biasanya seekor berharga RM25.00.
Belangkas dalam besen besar.
Keadaannya masih hidup dan bergerak-gerak.
Kita tak pernah makan badan belangkas tapi nak cuba jugalah. Orang kata boleh masak asam pedas atau masak lemak cili padi.
Mungkin seekor akan dipanggang, dan seekor lagi akan dimasak berkuah, tapi belum pasti masak berkuah yang bagaimana.
Kawan-kawan ada idea nak masak apa?
.jpg)
.jpg)












.jpg)