Kita Makan Di Mana Tok Mi?
8:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita lama. 05 September 2026 - Sabtu.
Abang Farid ambil kita di kampung, tinggalkan Bonda setelah seminggu Amie bersamanya. Dalam perjalanan ke KLIA1, kami singgah makan di LOTUS Puncak Alam. Agaknya asyik dengar Abang Farid sebut tempat makan di The Chicken Rice Shop, tiba-tiba Hamzah yang duduk di belakang bertanya:
Kita makan di mana Tok Mi?
Ya ampun! Terkejut kita dengar suara Hamzah! Macam pertanyaan budak sudah berakal pula gayanya.... ahaks!
Kita tidak berminat untuk makan berat, sekadar temankan Abang Farid dan Aseeyah serta Hamzah makan sahaja. Walaupun tidak memesan menu berat, kita pilih juga beberapa jenis kudapan.
![]() |
| Nyonya Pai Tee, Rojak Pai Tee, keropok lekor dan popia. |
Kita pilih Nyonya Pai Tee, Rojak Pai Tee dan popia. Abang Farid memesan keropok lekor. Tak ingat apa minuman mereka berdua. Amie minta Chinese Tea Cold. Itu pun Hamzah nak cuba minum. Sekali sedut terus terjelir lidahnya... ahaks!
Abang Farid pilih nasi ayam. Sementara Aseeyah pula memesan BBQ Chicken Noodle. Mereka pilihkan set kanak-kanak untuk Hamzah.
Nampak macam sedap pula BBQ Chicken Noodle pilihan Aseeyah.
![]() |
| Ada sambalnya pula hidangan BBQ Chicken Noodle ini. |
Begitulah Abang Farid. Ke mana pergi, TCRS sentiasa di bibirnya, pilihan seleranya! Ikutkan sajalah, asalkan kau berbahagia nak... ahaks!






17 comments
TCRS ni kalau lapar sangat mmg sesuai makan kat situ, memang mengenyangkan. Nyonya pai tee tu fevret saya kat makan di TCRS
BalasPadamSinggah crs mesti cari nasi ayamlah
BalasPadamComel Hamzah :)
BalasPadamSy kalau ke TCRS wajib la order pie tee tu, tersedap di tekak Sy.
Mee tu tak pernah try jugak, mmg nampak sedap
Ya Allah, diam tak diam dah besar Hamzah. Petah pulak tu mulutnya bercakap, hahahha.
BalasPadamMasyaa Allah...Anak pintar!
BalasPadamBerbunga hati Tokmi
Eh eh dah boleh bercakap ye Hamzah. Macam baru je baca pasal Kak Amie dpt cucu 😅
BalasPadamLamanya tak makan dekat TCRS ni. Dah ada chicken rice ball mcm dekat Ipoh
Anak2 Cie pun suka TCRS ni. Selalu jadi pilihan.
BalasPadamTempat makan ini belum sempat2 saya coba tiap kali ke KL kak. Memang dah niat, Desember esok harus coba 😄😄. Penasaran pula dengan rasa nasi ayam nya. Banyak yang bilang sedap. Ternyata ada menu2 ringan juga yaaa
BalasPadamSA pun suka TCRS cumanya jarang dapat makan...dulu ada cawangan di KL Sentral..ntah kenapa ditutup lepas tu ada satu lagi di NuSentral..x rajin nak pi sebab sentiasa penuh
BalasPadamTCRS kat Lotus Puncak Alam tu rasanya tak sampai setahun baru buka.. selalu ramai kat situ.
BalasPadamPetah betul ya Hamzah..
Comel nasi ayam kanak-kanak tu.
TCRS ni kegemaran Wafi juga.
Lin kalau makan sini, menu taugeh dan pai tee tu mesti order gak sebagai side dish hehehehe
BalasPadamlama tk mkn pai tee tu..fav
BalasPadammewah rezeki menu mengancam selera
BalasPadamWah diam tak diam udah pandai bercakap Hamzah. Bijak pulak tu.
BalasPadamTerus rasa nak makan jugak TCRS lak... sedapnya pie tie dia
BalasPadamTeringin pulak Pai Tee tu....
BalasPadamsaya kalau ke TCRS pun wajib ambil nyonya pai tee. makan sini memang sedap!
BalasPadam