Dari Cerita Kari Ayam....
5:38 PTG01 Oktober - Khamis - petang Khamis minggu lepas, Fuad pulang lewat petang dari Tawau ke LD setelah Encik Suami menjalani pemeriksaan lanjut di Tawau Medical Specialist Centre. Sampai di rumah, Fuad sangat gembira melihat lauk ayam masak kicap. Pesannya, esok mommy masak kari ayam pula.
02 Oktober - Jumaat - Fuad ke Hospital LD - urus dokumen rawatan Encik Suami. Kami sepakat anak-beranak dan keluarga Encik Suami untuk teruskan rawatan di HUKM. Hal ini disebabkan tempoh yang agak lama untuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu. Menurut doktor di Hospital LD, banyak pesakit jantung sedang menunggu giliran di sana.
Petangnya sewaktu kita sedang masak kari ayam, Fuad dan Fairuz masuk dapur. Fuad minta Amie lebihkan kuah kari, tapi mesti pekat. Fairuz pula minta lebihkan kentang.
03 Oktober - Sabtu - Fuad terbang dari LD ke Kota Kinabalu dan sambung terbang dari Kota Kinabalu ke Senai. Pesannya kepada Fairuz : Sekarang giliran Fairuz urus baba sebab sudah seminggu Fuad bercuti.
![]() |
| Kari Ayam |
![]() |
| Encik Suami di atas kerusi roda semasa di Kota Kinabalu Airport. |
![]() |
| Encik Suami di HUKM. |






40 comments
Semoga dipermudahkan segala urusan suami kak amie dan Fuad. InsyaAllah
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
PadamSemoga dipermudahkan urusan rawatan encik suami kak Amie. Abang ipar & abang Cie pun ada masalah jantung. Abang terima rawatan di HTAA Kuantan, abang ipar di IJN KL.
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
PadamSemoga en suami cepat sembuhnya.
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
PadamNak peluk kak Amie 🤗🤗🤗🤗. Ikut prihatin saya membaca nya. Terasa juga sedihnya kakak karena encik suami masih dalam pengobatan. Saya ikut doakan yang terbaik ya kak. Semoga encik suami pulih kembali.
BalasPadamTapi betul2 terharu sangat karena anak2 saling support dan membantu. Apalagi firdaus pun dah besar juga, dan bisa membantu pekerjaan di rumah 🥹🥹
Terharu!
PadamMenitik air mata saya.... terima kasih doanya.
Semoga kuat Kak Amie 🤲🏻
BalasPadamWalaupun seribu kesusahan, keletihan tapi Sy lihat anak⁴ Kak Amie semuanya pandai ambil peranan dan berbakti. Semuanya hasil didikan mommy dan Babah yg hebat.
DOA kami agar babah diberi syifaa dan dipermudahkan urusan sekeluarga 🤲🏻
Aamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
sabarlah amie ujianNya moga en suami mndpt rawatan terbaik n segera pulih sediakala alhamdulillah anak2 soleh sedia di sisi membantu
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
Semoga suami Amie cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
Moga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan perubatan suami Kak Amie di HUKM. Take care ya Kak Amie dan Firdaus. Alhamdulillah anak2 semuanya saling bertanggungjawab.
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
Tersusun kemas ceritanya.
BalasPadamSemoga En. Majid kembali sihat dan dipermudahkan segala urusan Kak Amie sekeluarga.
Aamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
saya peluk kak amie dari jauh bersama doa moga dipermudahkan urusan kak amie sekeluarga,en majid diberi kesembuhan dengan cepat,alhamdulillah rezeki kak amie ada anak2 lelaki yang kuat& sanggup berkorban untuk baba..
BalasPadamtak tahan airmata tengok gambar en majid minum air tu
Terima kasih Afzan.... terima kasih turut mendoakan. Aamiin ya Allah.
Padamsemoga Allah beri kekuatan pd cikgu Amie serta suaminya diberi kesembuhan..aamiin
BalasPadamAamiin ya Allah. Terima kasih turut mendoakan.
PadamSemoga encik suami cepat sembuh..
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
Semoga suami Kak Amie cepat sembuh dari penyakitnya. Betul, di Sabah & Sarawak masih kekurangan pakar dan fasiliti untuk penyakit jantung. Dulu masa saya masih bekerja dan menetap di Sarawak, suami saya pun kena refer ke IJN KL sebab pakar cuma ada di sana. Alhamdulillah anak2 Kak Amie banyak membantu jaga suami Kak Amie dan Firdaus pun dah boleh berdikari, tolong buat kerja2 rumah.
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamBetul Carneyz. Dari awal tahun menunggu hingga sekarang tiada sebarang perkembangan. Akhirnta kami ikhtiar. Mudah-mudahan Allah permudah urusan rawatan Encik Suami.
Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk En Majid ..Cikgu....
BalasPadamKalau databg HUKM...hello...
Aamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
Semoga dipermudahkan urusan suami & Puan sekeluarga hdknya.
BalasPadamAamiin ya Allah.
PadamTerima kasih doanya.
Faham perasaan kak amie tu. KL dan LD sangat jauh ye...ktia ni kalau boleh naklah sentiasa ada disebelah pasangan kita, nak-nak bila dia diuji begini. Semoga akak kuat ye. Alhamdulillah akak dan suami ada anak-anak soleh yang boleh hulurkan tangan mereka. Semoga mereka pun kuat juga.
BalasPadamSudah sampai masanya Allah uji kami. In syaa Allah, ada jalan untuk berikhtiar.
PadamSemoga dipermudahkan buat Kak Amie...dulu SA phn macam Kak Amie jugak..insyaallah..allh permudahkan segala ikhtiar kita...
BalasPadamAamiin ya Allah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
PadamAduhaiii menitik airmata saya membaca ya. Rasa nak terbang ke Ld peluk amie Dan anto pi ke ladang tiap hari. Saya hanya dapat doakan semuga Amie kuat hadapi ya Dan Allah kurniakan kesembuhan buat enche Majid. Kalau pasal jantung hospital lembah Klang ni berderet pesakit ya apa lagi sabah Dan serawak yg kurang pakar jantung.
BalasPadamTerima kasih Notie. Terharunya saya atas sokongan moral dan doanya.
Padamnampak kurus sangat suami cikgu amie, Allahuakbar :(
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan buat seluruh keluarga cikgu