Ikan Jepun Goreng & Sambal Siram Minyak Panas
8:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Gambar masakan yang Amie ambil biasanya terhasil kurang sempurna, ada bayang di sana sini. Amie tak pandai bab pencahayaan. Biasanya gambar diiambil waktu petang. Selesai masak, bubuh dalam pinggan dan letak atas meja sahaja. Matahari pun sudah jatuh di ufuk, jadilah gambar seadanya sahaja. Tak kisahlah. Yang penting ada rupa bahan yang hendak dijadikan entri.... ahaks!
Ini cerita petang kelmarin, ketika hampir senja sewaktu Firdaus puang dari sekolah. Beberapa hari sebelum itu Firdaus bertanya dua tiga kali : Ada belacankah Mommy? Daus hendak makan sambal belacan siram minyak panas, katanya. Ada sekali dia selongkar dapur cari belacan dan tunjukkan! Aduhai... anak bujang satu ini sudah teringin sangat makan Sambal Siram Minyak Panas. Petang Khamis, Amie rajinkan diri buat Sambal Siram Minyak Panas. Ya ampun! Encik Suami beritahu habis semangkuk Firdaus makan. Biasanya Encik Suami yang akan simpan saki-baki makanan. Jadi, daripada Encik suamilah laporan diterima.
Petang kelmarin Amie buatkan lagi Sambal Siram Minyak Panas. Amie goreng lima ekor ikan Jepun saiz kecil. Amie tunggu Firdaus pulang dari sekolah dan makan nasi bersama. Seronok sungguhlah bujang bongsu kami ini apabila Amie beritahu ada Sambal Siram Minyak Panas lagi. Cepat-cepat dia buka pakaian seragamnya dan meluru ke dapur.
| Bismillah |
| Hidangan Makan Malam |
| Ikan sulig @ Jepun dari entri lama. |
MIL dan orang kampung Encik Suami suka sangat ikan suliq @ ikan Jepun. Mereka panggil ikan buntut kuning. Sedap digoreng garing dan juga dibuat serondeng. Kalau ikan saiz besar, mereka lebih suka masak sambal.
| Ikan sulig @ Jepung goreng. |
Amie goreng lima ekor ikan sulig, untuk Amie dan Firdaus sahaja. Encik Suami makan ikan putih rebus dengan sayur sawi. Dalam gambar ini hanya ada empat ekor sebab seekor lagi Amie sudah bubuh atas pinggan nasi.
| Sayur Peria Tumis Pecah Telur |
| Sambal Siram Minyak Panas |
Kali ini Sambal Siram Minyak Panas agak kasar sedikit. Amie kurangkan pedas dengan menggunakan beberapa biji cili padi ditambah dengan sebiji cili merah, sedikit belacan, bawang merah, kacang tanah dan tomato. Amie perahkan sedikit jus limau, tambahkan garam / gula / perasa dan kemudian siram dengan minyak panas.
Habis semangkuk Sambal Siram Minyak Panas oleh Firdaus bersama empat ekor ikan sulig goreng!
Gambar di atas merupakan Sambal Siram Minyak Panas kejadian pada petang Jumaat, di bawah ini gambar Sambal Siram Minyak Panas pada petang Khamis punya.
| Sambal Siram Minyak Panas |
Tak tahu bila lagi hendak buat Sambal Siram Minyak Panas. Tak kan hari-jhari kot hhihihi! Kalau hendak makan lagi, biarlah Firdaus belajar buat sendiri.
2 comments
pada i cantik je gambar yg amie ambik tu. menyelerakan je.
BalasPadamKak Amie balas dendam ke ni? Bertubi-tubi entry keluar hari ni ahak 😁
BalasPadamCantik semua gambar yg Kak Amie ambil. Jauh beza dgn Sy 🫣