Singgang Ikan Tuna Warna-Warni
7:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Biasanya Encik Suami masak sendiri menu dietnya. Kalau masak ikan atau ayam, Encik Suami hanya tambahkan sayur sawi sahaja. Konsisten betul amalan pemakanan sihatnya. Kadang-kadang Amie masakkan untuknya, tambahkan beberapa bahan supaya lebih bervariasi. Dengan ini kita sendiri pun rasa berselera untuk makan sama.
Petang tadi Amie masak Singgang Ikan Tuna. Selain kacang bendi, Amie tambahkan putik jagung. Setelah tutup api dapur, Amie masukkan sweet pepper dan tomato ceri. Sweet pepper dan tomato ceri memang sedap dijadikan ulam. Jadi tak perlu 'masak' sangat dalam masakan singgang.
Hasilnya, terhidang semangkuk Singgang Ikan Tuna Warna-Warni.
16 comments
Mask stim ja kan..memang sedap asli supnya tu..
BalasPadamAmboi.... cantik poster resepi!
BalasPadamCie suka singgang tapi kat rumah ni takde peminat singgang.
BalasPadamYaa laa, betul-betul warna warni laa singgannya tu
BalasPadamMesti sedap kann Amie.. hirup pulak time hujan ke kannn
Sungguh ceria singgang ikan tuna Kak Amie ni. Nak makan pun rasa berselera.
BalasPadamBetul warna warni...cicah cili kicap pun sedap...
BalasPadamMakan dengan cencaluk ok tak. Saya budu kureng sikit. Amie punya variasi sedap selalu
BalasPadamCantiknya gambar. So colourful. Ahhh bila la KSarie nak mula makan molek ni huhuhu
BalasPadamWalaupun nampak ringkas tapi bila dah makan panas2 memang boleh bertambah nasi
BalasPadamsaya dah 3hari masak resepi kak amie..buat ayam tangkap,buat nasi arab,buat kari kerisik,esok nak buat ikan singgang pula la..tq kak amie sentiasa bagi idea masak2
BalasPadamGambar kak amie punya singgang nampak menyelerakan. Saya suka lauk singgang macam ni, tapi suami pulak tak masuk..dia kata macam ikan dilemaskan dalam air... tapi ikan memang duduk dalam air.. macam mana boleh lemas pulak?
BalasPadamWah, betul-betul warna-warni singgang ikan tuna Kak Amie ni! Ceria betul tengok ada sweet pepper dengan tomato ceri tu, terus rasa buka selera nak makan. Sesuai sangat untuk menu diet Encik Suami Kak Amie tu, sihat dan nampak menyelerakan!
BalasPadamMeriah betul warna nya...terus rasa berselera..
BalasPadamnampak sedap sangatlah pulak singgang ni bila dah colorful gini
BalasPadamSedapnya singgang dan cantiknya resepi
BalasPadamWalaupun singgang ni makanan yg boring, tapi tengok gambar ni rasa tak boring pula 🤭
BalasPadam