Sedapnya Nasi Himpit Kuah Lodeh dengan Sambal Kacang Sotong Kembang!
7:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Isnin, 22 Disember 2025. Sempat sediakan sarapan Nasi Himpit Kuah Lodeh dengan Sambal Sotong Kembang. Puas hati sebab dapat sediakan sendiri di dapur dan makan berkali-kali! Walaupun tak cukup aksesori seperti serondeng kelapa tetapi tetap memenuhi selera seisi keluarga.
Bonda setia menunggu di meja makan sementara kita menyiapkan hidangan. Wak Niah pula dalam sibuk-sibuk sediakan sarapan untuk kucing-kucingnya, sempat pula bantu kita masak. Kata Bonda dan Wak Niah, banyak sungguh kuah lodeh masak seperiuk macam hendak buat kenduri.... ahaks! Iyolah... campur bahan itu dan bahan ini, sedikit-sedikit jadi bukit. Ada tempe, ada kacang panjang, ada lobak, ada suhun, ada kulit tauhu dan entah apa lagi campak dalam periuk! Nampak beberapa papan petai, kopek isinya dan masukkan sekali dalam kuah lodeh.
Sambal Kacang Sotongnya pula Amie masak sekuali! Kami beli sotong kembang di ECONSAVE Puncak Alam. Tak ingat samada tiga atau empat ekor. Kacang tanah dan ketupat segera kami beli di LOTUS Kuala Selangor. Di ECONSAVE ada kacang tanah tapi tidak ada dalam bungkusan kecil, semuanya bungkusan besar dalam dua kilogram. Ketupat segera pula memang tidak ada. Agaknya belum musim raya, benda-benda begini belum tersedia.
Balik dari Kuala Selangor barulah ternampak dua bungkus besar ketupat segera di dapur!
| Nasi Himpit Kuah Lodeh dengan Sambal Kacang Sotong Kembang. |
| Nasi Himpit Kuah Lodeh dengan Sambal Kacang Sotong Kembang. |
| Kuah Lodeh |
| Sambal Kacang Sotong Kembang |
Untuk resipi Sambal Kacang Sotong Kembang boleh lihat di sini: Resipi Sambal Kacang Sotong Kembang
2 comments
Cie baru makan minggu lepas nasi impit kuah lodeh tu tapi di kedai la. Cie pun kalau masak kuah lodeh jadi banyak meriah tak reti bajet nak masak sikit. Campur2 jadi banyak.
BalasPadamNasib baik la SA x pandai makan nasi impit kuah lodeh..tp kalau layan dengan kuah kacang tu SA pandai...hehehe
BalasPadam