Masak Lauk Apa di Hari Minggu?
4:19 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti hari ini?
Pagi tadi sempat ke pasar tani, beli buah-buahan, sayurdan beberapa jenis makanan untuk sarapan seperti kuih apam beras, kapurung, solok lada, bihun goreng, laksa asam dan nasi kerabu.
Balik ke rumah, teringat belum jenguk belakang dapur. Maklumlah agak lama tinggalkan rumah sudah tentu rindu tanam-tanaman. Tak sabar hendak memetik cili padi putih. Harapnya adalah di pokoknya. Mana tahu dimakan burung... ahaks!
Kononnya hendak petik cili padi putih sahaja, tetapi bawa masuk dapur cili padi putih bersama terung pipit, tomato kampung dan belimbing buluh.
| Cili padi putih bersaiz besar dan ada yang kekuningan. |
| Singgang Ikan Tenggiri |
Inilah hasilnya, Singgang Ikan Tenggiri dihiasi dengan pelbagai aksesori segar termasuk tomato kampung, belimbing puluh dan cili padi putih. Rindu sungguh hendak makan air tangan sendiri, hirup kuah singgang panas puas-puas!
2 comments
Seronoknya memasak dengan hasil tanaman sendiri.
BalasPadamcantik rupa cili putih, tomato tu pun cantik comel.
Masakan singgah ni ada budu memang ngam makan nasi. Banyak juga hasil tanaman tu.
BalasPadam