Nasi Arab Kambing Lembu di Morifood Restaurant Harbour Town
8:44 PGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita dua hari lepas.
Jom jalan-jalan cari masakan Timur Tengah di LD. Kita singgah di Morifood Restaurant Harbour Town. Oleh kerana perut sudah lapar, pesan sajalah nasi arab untuk dua orang berlauk kambing dan lembu.
Set Nasi Arab 2 Orang - RM65.00 |
Dapat satu juga sirap limau. |
Kambingnya lembut, nasinya cukup rasa. |
Makan berdua sedulang dengan Encik Suami.
Bismillah.
Apabila perut lapar, ditambah dengan hidangan yang lazat dan cukup sempurna rasanya, maka licinlah tak tinggal sebutir nasi.
Alhamdulillah.
12 comments
Boleh tahan jugak harga nasi arab untuk dua orang tu, Kak Amie. Tapi, bila Kak Amie beritahu sedap dan empuk dagingnya, ternyata ia berbaloi, memang tak menyesal makan, laaa.
BalasPadamnasi arab kalau lauknya kambing...mmg fav sgt...entry smlm kt blog saya pn update menu nasi arab juga
BalasPadamKalau order nasi arab memang kiteorang akan pilih kambing sebab dagingnya lembut dan cukup perapan.
BalasPadamselalu nasi Arab ni banyak kan untuk makan berdua pun, sedap pada Amie Alhamdulillah berbaloi sangat :)
BalasPadamTengok memang nampak sedap.. nasi arab ni Lin suka kalau jenis lembut tak kering.. kalau sedap, mahal pun takpe..
BalasPadamNasi arab yang lauknya kambing memang mahal sedikit daripada daging lembu dan ayam. Biasanya nasi arab tu sendiri pun dah sedap kan. Inikan pula tambah lauk daging kambing yang lembut dan sedap. Kira berbaloilah dengan harganya. Memang tak tinggal lah sebutir nasi pun.
BalasPadamSedapnya nampak set nasi arab ni Kak Amie.
BalasPadamDapat 1 jug sirap banyak tu untuk 2 orang.
BalasPadamwaduh sedapnya kak, nengok sirap sejug tu lagi nyaman
BalasPadamSedapnyaaa
BalasPadamKalo dah nasi arab, pastilah JD fav saya jugaaa 😍😍😍. Apalagi lauknya kambing. Makin sedaaap 😄. Kalo pakai ayam saya tak terlalu suka. Krn kdg kering
BalasPadamNampak sedap tu Kak Amie, siap dapat free satu jug air sirap lagi...best betul...
BalasPadam