Makan Nasi Goreng & Sup Payau di Bibiq Corner

10:11 PG

Bismillahirrahmanirrahim.

Encik Suami selalu sebut-sebut tentang Sup Payau di Airport Tawau. Entah berapa kali kalau sampai ke lapangan terbang di sini, hendak makan di situ tetapi asyik tidak jadi. Kali ini, 24 Mei 2024 memang menjadi dan kejadiannya seperti berikut:

Memandangkan kami akan daftar masuk penerbangan pada sebelah petang, jadi sempatlah singgah makan tengahari dahulu. Maka Encik Suami pun memandu ke arah jalan terletaknya Bibiq Corner Airport Tawau. Kalau sudah ada 'bibiq' itu maknanya orang Jawa kot.

Bibiq Corner Airport Tawau



Sementara menunggu pesanan tiba di meja, terpandang kepala rusa  dan sekeping gambar di sebelahnya. Sempat bertanya kepada adik di kaunter. Katanya, itu gambar nenek dan datuknya. Kalau tak silap, neneknya telah pergi untuk selama-lamanya. Merekalah yang mengasaskan perniagaan di Bibiq Corner Airport Tawau. 


Walaupun ada perkataan 'bibiq' yang sinonim dengan orang Jawa, tetapi ada barongko iaitu sejenis makanan tradisional masyarakat Bugis. Inilah istimewanya negara kita. Ada pelbagai jenis bangsa dan suku kaum yang sudah semestinya terdapat variasi budaya dan versi makanannya yang tersendiri. Masuk gerai orang Jawa, dapat makan makanan kaum Bugis pula. Harmoni!

Barongko


Tiga jenis minuman : Jus Limau Kasturi, Sirap Limau dan Air Bandung.


Inilah Sup Payau.
Tak ingat harganya, tapi dalam belas-belas ringgit.


Ini pula Nasi Goreng Payau. 
Nampak macam biasa sahaja, warna hitam manis berkicap tetapi apabila masuk sesudu dalam mulut, memang tak berhenti menyudu terus!



Dalam Nasi Goreng Payau ini duduk bersembunyi kepingan payau di bawah nasi warna hitam manis ini! Nasi goreng yang sudah cukup rasa ini dilengkapi dengan sedikit sambal dan sehiris mentimun. Apabila dapat sampai dan sehiris timun, memang sedaplah jadinya.... ahaks! Benda sedikit memang jadi enak!


Firdaus pula tidak mahu makan nasi, tetapi minta mi segera goreng dengan telur mata!
Harga keseluruhan kami makan di sini tidaklah dapat diingat kembali. Maklumlah, perkara yang lepas usah dikenang. Tapi sebab sayang hendak buang gambar, tepek sajalah di sini buat kenang-kenangan. Jadinya, tertunailah hajat Encik Suami hendak bawa kita makan Sup Payau di Bibiq Corner Airport Tawau.

11 comments

  1. Sedap nampaknya 👍
    Suka nasi goreng letak kicap, sedappppp !
    Tapi nak ty Kak Amie;
    1. Bibiq tu apa maksudnya ye?
    2. Payau tu pula apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bibiq tu kalau dalam bahasa Jawa maksud panggilan hormat untuk ibu saudara / makcik tapi orang kita sudah beri maksud lain iaitu gelaran pembantu rumah (bibik) terutama yang diambil bekerja dari negara Indonesia.
      Payau itu maksudnya rusa.

      Padam
    2. Oh, payau tu rusa. Sy nak tanya jugak tadi, sebab yg sy tahu payau tu, rasa.. rasa payau, hehehe. Bibiq dengan bibik tu maksudnya samalah ya.

      Padam
  2. Saya ingatkan nama tempat tu payau. Rupanya payau tu rusa. Daging rusa memang sedap. Pernah makan sekali dua. Lembut betul. Memang patutlah harga supnya berbelas-belas ringgit. Tercapai sudah hajat makan di sini ye.

    BalasPadam
  3. SEDAP TU ADA RUSA DALAM NASI GORENG

    BalasPadam
  4. Payau tu rusa rupanya. Kalau tempat cie payau ni rasa. Rasa payau.

    BalasPadam
  5. oo.. bila google payau tu rusa. Ingatkan nasi goreng tu rasa payau.

    BalasPadam
  6. Nak nya rasa barongko tu. Nampak sedap.

    BalasPadam
  7. Barongko 😍😍😍😍. Susah nan makan kue ini . Mesti ke Makasar kali nak coba 😄.

    Saya JD tahu arti dari payau. Selama ini juga payau bagi saya air laut yg dimurnikan, tp berasa aneh kalo terminum 😅.

    Nasi gorengnya saya penasaran sangat kak. Memang suka mencoba aneka nasi goreng saya ini. Awalnya saya pikir itu nasi merah. Ternyata nasi goreng kecap 😍

    BalasPadam
  8. Kalau kt tempat CCL .. payau tu dikategori kan senagai salah satu deria rasa .. rasa payau

    BalasPadam
  9. Laaa..payau tu maksudnya rusa....SA ingat sup tu rasa payau atau xde rasa...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe