Hirup Rose Flower Tea Panas di One Maez Dim Sum LD
2:48 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita dua hari lepas.
Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, mulalah cari pasal hendak cari makan di luar. Balik rumah boleh terus berehat. Maka singgahlah kami sepasang merpati yang sudah berumur senja ke Bandar Sri Perdana. Hendak isi perut tidaklah cerewet sangat memilih makanan. Walaupun untuk makan tengah hari, apa-apa sahaja yang mengenyangkan kira sudah cukuplah. Tak perlu mencari nasi dan lauk-pauk.
Jom kita santai-santai makan dan minum di One Maez Dim Sum LD. Walaupun banyak putik bunga ros di dapur sendiri, tapi hendak juga memesan minuman bunga ros di restoran. Padahal sama saja rasanya.... ahaks!
Rose Flower Tea |
Kami memesan:
- Gyoza Prawn
- Prawn HK Chee Cheong Fun
- Scallop Mai
- Black Bean Steam Chicken
- Spring Roll
- Rose Flower Tea
Spring Roll habis, jadi kami minta gantikan dengan Lychee Ball.
Boleh tambah air panas ke dalam teko sekiranya habis. Rose Flower Tea ini tawar rasanya, tiada gula tapi kami suka aromanya dan apabila banyak diminum makin berpeluh badan!
Tiga jenis sos disediakan sebelum makanan yang dipesan sampai. Ada sos cili, sos Thai dan kicap pedas.
Gyoza Prawn |
Prawn HK Chee Cheong Fun |
Scallop Mai |
Black Bean Steam Chicken |
Lychee Ball |
Kata Encik Suami harga keseluruhan dalam RM60+++.
Rose Flower Tea |
Aroma Rose Flower Tea memang menyegarkan!
Habis dua teko kami hirup. Pelayan restoran cepat-cepat datang menghampiri meja kami apabila melihat air sudah setengah teko (kali kedua tambah air). kami tidak mahu tambah lagi. Cukuplah! Nanti kembung pula perut minum sampai tiga teko... ahaks!
9 comments
Menarik juga rose flower tea tu. teko pun cantik. Asyik nak menuang jela comel sangat tu. hihi
BalasPadamwaaaahhh lychee ball!
BalasPadamBelum pernah rasa rose tea lagi. Nampak sedap pula.
BalasPadamLychee ball tu juga menarik, bila google nampak ada isi udang.
Sedap semuanya Kak Amie. Chee cheong fun & gyoza tu favorite sangat2.
BalasPadamMesti makin berseri merpati dua sejoli ni minum air rose dua teko. Merpati kat sini suka makan nasi campur dengan ais limau jer, hehe.
BalasPadamSaya pernah dibagi teman teh mawar, teh lavender dan teh Krisan seperti ini. Fav saya juga rose. Krn aromanya wangiiii sangat kan. Rasanya meski tawar tp enak di lidah. 😍😍. Lebih suka mawatlr tea drpd lavender . Lavender pula agak pahit.
BalasPadamLaici ball .. menarik tu ..tea time pulak dengan rose tea ..
BalasPadamminum rose flower tea tu boleh healing dan menenangkan...sedap semuanya makanan tu..fav SA jugak tu...dulu suka ke Dolly Dimsum tapi dh diistiharkan x halal, x masuk lagi la nampaknya
BalasPadamMenarik sekali tempat dating merpati dua sejoli ni dengan minuman rose bud tea tu. Feeling romantik gitu. Hidangan begini makan sikit-sikit pun kenyang juga.
BalasPadam