Biarkan September Berlalu Pergi dengan Ceritanya Sendiri

8:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar rakan-rakan blogger.
Rindu rasanya hendak berblogging setelah berhibernasi buat seketika dari dunia maya. Selamat bertemu kembali dan marilah sama-sama terus memeriahkan rumah kita. Terima kasih buat semua yang sudi berkunjung dan bertanya khabar menerusi emel.

September ini, banyak ceritanya tetapi kita ambil yang baik-baik saja supaya terus menjadi bekal kegembiraan untuk menyambut bulan Oktober. 


Dalam entri September setiap tahun sudah semestinya Amie catatkan kenangan sambutan ulang tahun ketiga-tiga anakanda yang berkongsi bulan kelahiran yang sama iaitu Fuad (14 September 1998), Fairuz (19 September 2001) dan Abang Farid 30 September 1995).


14 September 2024, perancangannya itulah tarikh pernikahan anakanda Fuad, di hari ulang tahunnya atas cadangan bakal bapa mentuanya. Bagaimanapun, suratan takdir mengatasi tadbir hamba-Nya. Untuk kedua-duanya, kami ibu bapa kedua belah pihak hanya mampu mendoakan dari jauh supaya masing-masing mengambil iktibar atas segala yang berlaku. Belajarlah dari pengalaman lalu agar lebih matang dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan penting dalam hidup.


19 September 2024, ulang tahun anakanda Fairuz. Fairuz sudah berani melangkah mengejar cita-citanya sendiri. Selain membekalkan ikan, anakanda ketiga ini menjadi mekanik. Isnin hingga Jumaat bekerja di bengkel, manakala hari Sabtu dan Ahad menghantar bekalan ikan di pasar raya sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Nampaknya Fairuz memang bertekad tidak mahu sambung belajar walaupun bertahun lamanya kami memujuknya untuk menimba ilmu di IPT. Jika itu memang kemahuanmu anakanda, kami doakan agar dirimu sentiasa teguh dengan pendirian dan semoga terus berjaya.


30 September 2024, hari ini hari ulang tahun anakanda sulung kami Abang Farid. Masih teringat tengah malam 30 September 1995 mula sakit perut dan mundar-mandir menahan sakit sambil menanda kertas Peperiksaan Percubaan SPM murid-murid. Menanda kertas sambil berdiri, sekejap duduk dan sekejap berjalan! Esoknya 8:20 minit pagi lahirkan anakanda kami. Sekarang Abang Farid sudah berumahtangga dan sudah memiliki Hamzah berusia tiga bulan setengah. Alhamdulillah, Abang Farid juga telah berjaya menyiapkan kerja penyelidikan Ph.Dnya pada tahun ini.


Sekian, coretan di akhir September.
Jumpa lagi di bulan Oktober.


29 comments

  1. nk tgk tragedi oktober pulak., hehe

    BalasPadam
  2. Welcome back Kak Amie. Rinduuuu coretan Kak Amie.

    Happy Birthday Fuad, Fairuz, Farid. Moga cemerlang dunia akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mulan.
      Kak Amie pun rindu nak jalan-jalan ke rumah Mulan.
      Terima kasih doa untuk birthday 3F.

      Padam
  3. Welcome back Kak Amie!

    Wah, senang sambut birthday ketiga-tiga anak serentak sebab dalam bulan yg sama. Firdaus je la nampaknya lain dari yang lain sebab tak berkongsi birthday month dengan abang2 nya 😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Carbeyz.
      Ya, sewaktu ketiga-tiganya masih tinggal bersama kami memang sambut serentak sekali harung.
      Betul, Firdaus sahaja yang berbeza bulan, lahir Mac.

      Padam
  4. Wah…meriah kalau sambut birthday 3 orang terus.
    Semoga Allah kurniakan kejayaan dunia akhirat buat anak-anak kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Ujie.
      Terima kasih doa untuk anak kami 3F.

      Padam
  5. Sy juga tertanya² kemana Kak Amie menghilang... Apapun doa Sy sentiasa ada utk Kak Amie sekeluarga 🌹
    Selamat Hari Lahir utk hero³ bertiga. Semoga terus sukses dlm apa jua bidang yang diceburi 🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih doanya PH.
      Terima kasih ucapan untuk 3F. Amin ya Allah.

      Padam
  6. rindu kak amie...
    moga yang baik2 semuanya untuk anakanda....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama Afzan, Kak Amie pun rindu Afzan dan rakan-rakan blogger.
      Terima kasih doa untuk 3F.

      Padam
  7. Kak Amie dah balik jalan2 ke?

    Sanah helwah utk ketiga2 hero Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balik dah ke LD.
      Terima kasih ucapan untuk 3F.

      Padam
  8. welcome back kak Amie...
    senang la, sekali 3 org sambut birthday yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mummy Ayu.
      Ya, sambut sekali harung.

      Padam
  9. Firdaus sorang la yang lain bulan yek abang-abang semua boleh sambut hari jadi sekali. Lepas ni kene panggil Dr Farid la sebab dah dapat phd, tahniah Dr Farid ya. Kiranya paling tragis yang 14 september tu ye kak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Firdaus yang lain bulan.
      Alhamdulillah. In syaa Allah Abang Farid akan dapat gelaran Doktor Falsafah.
      Ya, 14 September perlu berdamai dengan takdir.

      Padam
  10. alhamdulillah tahniah sanah helwah anak2 September amie yg soleh kacak n hebat moga sukses dunia akhirat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih doa Kak PI untuk 3F.
      Amin ya Allah.

      Padam
  11. Halo Mbak Amie apa kabar?
    Semoga September yang telah berlalu menorehkan kenangan yang baik dalam hidup kita ya.
    Wah...anak-anaknya lahir sama pada bulan September ya Mbak. Btw, hanya anak pertama saya yang lahir pada bulan September, tepatnya 9 September 1991.
    Sukses selalu pada bulan-bulan mendatang ya Mbak.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khabar baik-baik saja Pak.
      Amin ya Allah, moga baik-baik semuanya untuk anakanda kami 3F.
      Happy belated birthday untuk anakandanya yang lahir 9/9/1991. Cantik tarikhnya.

      Padam
  12. Saya senaaang sangaaat kak Amie sudah balik ke blog lagiiiiii 🤗🤗🤗❤️. Apapun , semoga skr kak Amie sudah lebih refresh dan semangat menulis kembali.

    Happy belated birthday utk anak2 Kakak, triple F 🤗🎉. Saya baru sadar semua mereka memakai nama hurup F di awal yaa 😁👍

    Semoga semuanya sukses dalam kehidupan dan selalu jadi kebanggaan mami papinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dik Fanny.
      Rindu dengan rakan-rakan blogger, tak sanggup berehat lama-lama hihihii.
      Terima kasih ucapan untuk 3F.
      Amin ya Allah.

      Padam
  13. Alhamdulillah.. Semoga yg baik2 utk anakandanya..
    Patot lama tak nmpk kak amie

    BalasPadam
  14. Wahhh.. dah balik dari Pakistan ye. tunggu N3 je ni. happy belated to all the boys. senang kan dpt sambut sekaligus ni mmg best.

    BalasPadam
  15. Welcome back Kak Amie...happy belated birthday buat ketiga2 putera Kak Amie..buat Fuad..semoga tabah...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe