Bismillahirrahmanirrahim.Terima kasih buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang sentiasa memeriahkan dapur maya ini. Buat masa ini dapur ditutup buat sementara waktu. Kalau singgah sini, boleh jew buka tudung saji cari apa yang patut untuk jamu mata.... ahaks!In syaa Allah kita akan bertemu lagi lebih kurang sebulan dari sekarang. Aduhai, tentu kita rindu sangat hendak jalan-jalan ke rumah rakan-rakan blogger. In syaa Allah...
Bismillahirrahmanirrahim.Buah tangan pertama tahun 2024 : Inspirasi Kisah-Kisah Dongeng - Dunia Kita.Terima kasih Cik Thanusya Shanmuganathan selaku penyelenggara, editor penyelaras Tuan Nurimas SN Akademik Sanggar Nurimas dan penerbit Nurul Syahida Hassan atas usahasama merealisasikan kelahiran Dunia Kita.Antologi Cerpen Kanak-Kanak : Dunia KitaMeminjam prakata editor penyelaras Nurimas SN:Antologi Cerpen Kanak-Kanak Kisah Dongeng ini merupakan karya adaptasi yang terinspirasi daripada kisah lama tetapi diberi nafas...
Bismillahirrahmanirrahim.Malam tadi, hampir pukul dua pagi sampailah Fairuz dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Katanya mula memandu dari Kota Kinabalu sekitar pukul 6:30 petang. Alhamdulillah, walaupun terpaksa menempuh jalan berliku dan 'permukaan bulan' di Telupid dan Kinabatangan, namun semuanya selamat sampai. Jadi, hari ini Firdaus ada teman di rumah. Hari ini cuti sempena Tahun Baru Cina. Dapatlah masuk dapur sebelum menjelang tengah hari untuk...
Bismillahirrahmanirrahim.Kelmarin kami beli udang galah di Eco Fresh Seri Perdana. Sejak berbelas tahun lepas jarang sangat hendak jumpa udang galah di pasar. Dengarnya sejak buaya semakin membiak, nelayan pun sudah tidak aktif lagi menangkap udang. Memang banyaklah buaya di LD! Nak mandi laut pun takut sebab memang merata tempat ada buaya. Nampaknya buaya bukan saja berada di sungai, tapi banyak tertumpu di muara...
Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini hari terakhir sesi persekolahan 2023/2024.Kami menghadiri mesyuarat dari 8:00 pagi sehingga 12:15 tengah hari.Esok, 09 Februari 2023 merupakan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM untuk semua sekolah Kumpulan B sempena Tahun Baru Cina kemudian disambung dengan Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024.Sebelum memulakan mesyuarat, kami sama-sama alas perut dengan pelbagai makanan yang dibawa oleh rakan-rakan. Antaranya termasukkan buras yang dimakan dengan ayam...
Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini Amie masak ikan pari. Pada mulanya Encik Suami cadangkan masak pecak iaitu ikan pari dibakar, dan kemudian tuangkan kuah santan yang dicampur dengan cili padi hijau dan kencur. Entah macamana, apabila masuk dapur terpandang bunga kantan, kita pun terus siapkan bahan untuk masak asam pedas!Ikan Pari Masak Asam PedasEntah suudah berapa hari bunga kantan nan sekuntum ini terletak di dapur. Encik...
Bismillahirrahmanirrahim.Menjelang tengah hari sebaik selesai mesyuarat, telefon berbunyi. Rasanya tak mahu angkat sebab nombor yang tertera sudah tentu daripada orang yang tidak dikenali. Bimbang mungkin ada panggilan penting, kita jawab jugalah. Rupanya pemanggilnya merupakan staff pos laju. Katanya, ada kiriman untuk Amie tapi tak ada orang di rumah. Amie kata, letakkan saja di tepi pagar tetapi tolak sedikit ke dalam. Sebenarnya ada Firdaus...