Makan Nasi Lauk Sayur Labu Siam Masak Lemak dan Ikan Goreng
2:46 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Malam tadi, hampir pukul dua pagi sampailah Fairuz dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Katanya mula memandu dari Kota Kinabalu sekitar pukul 6:30 petang. Alhamdulillah, walaupun terpaksa menempuh jalan berliku dan 'permukaan bulan' di Telupid dan Kinabatangan, namun semuanya selamat sampai. Jadi, hari ini Firdaus ada teman di rumah.
Hari ini cuti sempena Tahun Baru Cina. Dapatlah masuk dapur sebelum menjelang tengah hari untuk masak-masak apa yang patut.
Sepinggan nasi dengan lauk-pauknya. |
Hidangan Tengah Hari |
Hidangan tengah hari ini:
- Nasi Putih
- Ikan Goreng
- Sayur Labu Siam Masak Lemak
- Sambal Tempoyak
- Tauhu Goreng Berempah
- Buah Epal & Betik
Gorengan empat jenis ikan. |
Ada beberapa ekor ikan dalam peti sejuk:
- 2 ekor ikan kumai
- 2 ekor ikan sulig
- 1 ekor ikan belais
- 1 ekor ikan kerapu
Gorenglah semuanya. Firdaus pun suka meratah ikan goreng. Akhir-akhir ini budak kecil ini asyik minta tempe goreng. Pagi tadi Encik Suami cari di kedai, tapi tidak ada tempe. Yang ada hanya tauhu saja. Tauhu pun tauhulah. Boleh jew digoreng.
Sayur Labu Siam Masak Lemak |
Ikan Kumai Goreng |
Sambal Tempoyak + Belacan |
Tauhu Goreng Berempah |
Buah Epal & Betik |
Resipi Sayur Labu Siam Masak Lemak
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 1 biji labu siam - kupas kulit - potong memanjang 3cm
- 1/2 batang lobak merah - kupas kulit - potong memanjang 3 cm
- 3 batang kacang panjang - hiris serong
- 10 tangkai cili padi - jika suka rasa pedas boleh hiris - Amie masukkan bulat-bulat - waktu makan kalau hendak rasa pedas boleh picit
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 batang serai - ketuk - potong dua
- 2 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk kasar:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1/2 cawan ikan bilis
Cara memasak:
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk, serai, cili padi dan ikan bilis hingga terbit aroma.
- Masukkan labu siam dan lobak merah. Tuangkan air dan masukkan serbuk kunyit. Biarkan masak hingga mendidih.
- Setelah labu siam dan lobak merah lembut, masukkan kacang panjang.
- Kemudian tuangkan pula santan pekat.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
- Kacau kuah sehingga mendidih.
- Padamkan api dapur.
Jom makan. |
Bismillah. |
19 comments
Alhamdulillah selamat sampai...
BalasPadamTeringin nak makan labu air, labu Siam ni tapi takde geng di rumah ni. Depa tau makan labu kuning je :D
Kena tunggu ada geng baru boleh makan labu siam ye PH.
PadamMenariknya presentation Amie Little Kitchen seperti sajian di restoren sebenar
BalasPadamTerima kasih MRS.A.
PadamSebenarnya asal ada rupa gambar saja hihihiii.
alhamdulillah...selamat sampai walaupun lewat malam...
BalasPadamsedap betul tengok masakan kak Amie nie...memang masakan mak2 betul...
Heheee... ada beza ye masakan emak-emak dengan anak-anak. Alhamdulillah.
PadamIkan goreng nya sedap nian. Ada kumai, ikan sulig, ikan belais dan seekor ikan kerapu. 😋
BalasPadamBenar Mas Agus. Kumpul-kumpul baki ikan, pelbagai jenis pula jadinya.
Padamikan goreng tu lawankan dengan kicap pun dah sedap sangat kak
BalasPadamBetul sangat tu Dana.
PadamLepas baca entri ni kan CCL terus google labu siam nak tengok rupa bentuk labu siam tu .. Seakan-akan jambu air kan
BalasPadamIye CCL. Macam jambu air gergasi hijau hihihii.
PadamMesti meriah rumah Kak Amie bila Fairuz balik. Jarang dengar (baca) Fairuz dapat cuti sebab selalu sibuk dengan ikan²nya 😍
BalasPadamMinggu lepas Fairuz balik juga tapi sekejap saja, hanya sempat makan tengah hari.
PadamSekarang ini walaupun balik LD tapi ke Tawau pula!
Tak banyak jual tempe di sana kak? Di pasar saya banyak sangat, sampai harganya jadi murah. Tapi saya suka tempe. Biasa saya buat sambel tempe pakai kencur. Sedaap 😍👍
BalasPadamikan tu dapat ke saya
BalasPadammemang ratah je dah cukupppp
Menu kampung macam ni memang sedap.
BalasPadamSA x oernah makan labu siam..tapi kalau la lauk macam ni..ada plak tempoyak blacan tu..pergh...tau2 bertambah2 nasi
BalasPadamSamalah saya pun suka meratah ikan, biasa goreng lebih. Hidangan begini memang berseleralah makan. Ada ikan, pasti ada sambal. Tak kisahlah sambal apa. Janji sambal.
BalasPadam