Roti Cobra Kambing
7:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Siapa tak kenal roti canai? Siapa tak pernah kenal roti canai?
Definisi yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, roti bermaksud sejenis makanan yang diperbuat daripada gandum dan lain-lain. Manakala maksud canai pula ialah menggelek (adunan kuih) supaya menjadi rata dan nipis. Namun begitu frasa yang betul ialah menebar roti canai.
Ada yang mengatakan perkataan 'roti canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Kononnya perkataan 'canai' seperti yang digunakan dalam bahasa Melayu wujud dari perkataan Chennai.
Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang roti canai bolehlah baca di sini: SEJARAH ROTI CANAI DAN ASAL-USUL.
Hari ini, berpuluh-puluh jenis roti bukan sahaja di kedai mamak tetapi juga di kedai orang kita samada di bandar atau warung di kampung-kampung. Bermula dari roti canai kosong, kita boleh memesan pelbagai jenis roti seperti:
- Roti Telur
- Roti Sardin
- Roti Telur Bawang
- Roti Pisang
- Roti Bom
- Roti Planta
- Roti Petak
- Roti Banjir
- Roti Tisu
- Roti Helikopter
- Roti Cobra
- Roti Tsunami
- Roti Sarang Burung
- Dan Lain-lain
Jom ikut kami singgah makan roti canai di Restoran Mubarak yang terletak di seberang Lahad Datu Airport, berdepan dengan Bank Rakyat. Encik Suami suka roti sarang burung tapi di sini tidak ada pula. Jadi Encik Suami memesan roti telur dan teh tarik Madras. Amie pula hendak makan roti pisang tapi tidak ada juga. Akhirnya Amie memilih Roti Cobra Kambing dengan kopi O.
Apabila disebut cobra, tentu ada yang terbayang ular senduk! Agaknya memikirkan bentuk roti yang panjang melingkar macam ular. Eh, tak adalah begitu. Roti cobra sama saja rupa rotinya seperti roti canai. Ada kuah dan ditambah telur goreng mata setengah masak. Kalau hendak kambing, lembu atau ayam, itu pilihan masing-masing. Jadinya, apabila Amie memesan Roti Cobra Kambing bermaksud Roti Canai dengan Telur Mata Goreng Setengah Masak dihidangkan bersama kari kambing.
Teh Tarik Madras & Kopi O. |
Nampaknya lain kedai, lain roti cobranya. Balik bercuti di Malaya tempoh hari, kami singgah sarapan di Puncak Alam, Restoran M Gulam Rasul. Fairuz memesan Roti Cobra 2 Telur seperti gambar di bawah.
Roti Cobra 2 Telur RM6.00 |
Sebenarnya Amie tidak dapat melupakan Roti Cobra Kambing yang pernah Amie makan di Restoran Al-Farisha di Semporna! Terliur tak tengok gambarnya di bawah ini. Memang banjir habis roti canai disirami kuah, dengan kari kambing! Bukan Amie yang tuang kuah ya, tapi memang didatangkan begini dari dapur restoran.
Roti Cobra Kambing - tahun 2016 - tak ingat harganya. |
Hurrmmmm.... rindu pula hendak ke Semporna! Sudah lama tidak singgah makan masakan tradisi Bajau di Restoran Kampung. Lama juga tak jejak daerah Kunak, meratah ikan dan sotong bakar di Warung Senduk Jebat. Dan seterusnya ke Tawau! Syurga makanan laut di negeri Sabah dan pelbagai makanan tradisi masyarakat Bugis. Nantilah, in syaa Allah ada kesempatan bolehlah jalan-jalan ke sana.
27 comments
Pernah nak try buat roti canai sekali tak jadi.....fuhhh nama cam nama ular la sebab 'cobra'.
BalasPadamSaya tak pernah cuba buat roti canai.
Padamwak pun kadang2 mkn roti sarang burung tu., roti cobra nih pestaim wak dgr.,, hehe
BalasPadamOoo ye ke Wak. Di Sabah lama dah ada roti cobra ni.
PadamNampak sedap! Saya tak pernah pula jumpa roti cobra. Hehe..
BalasPadamKena cari Nur. Ada kot, cuma tak perasan hehehee.
PadamRoti Cobra tu nampak sedap sangat Kak Amie.
BalasPadamKuah kari kambing banjir tu yang buat tambah sedap.
PadamAisssh setelah baca ini, saya jadi tahu tak boleh pesan roti cobra kalo ke restoran mamak, Krn saya tak bisa makan telur setengah matang kak 🤣🤣🤣.
BalasPadamIni cocok untuk suami saya, dia suka sangat telur yg kuning masih cair.
Selalu nya kalo ke mamak, saya suka pesan roti telur. Krn lebih lembut drpd yg canai.
Jadi paham asal usul nama canai😄. Jadi Krn kemungkinan di bawa oleh orang chennai yaa 😁👍
Mungkin boleh minta tukang masak jadikan telur goreng masak sepenuhnya.
PadamItulah ceritanya asal roti canai. Chennai jadi canai!
Jaman kecik2 dulu, roti canai ni emak wak buat sendiri
BalasPadamCanai pakai buntut dulang besar
Mak sy pun sama!
PadamPandainya emak Wak dan emak SK buat roti canai!
PadamAgak² kalau sy ke
BalasPadamAduhhhh... Sy belum habis type tadi terklik publish pulak, ampun Kak Amieeeee.
BalasPadamAgak² kalau sy pesan Roti Cobra di Restoran Thoufeeq, mereka faham tak agaknya itu roti banjir dengan telur mata? Nanti sy nak cubalah order.. kalau dia tak faham, sy tunjuk gbr Kak Amie ni 🤭
SK cuba beritahu roti canai, gorengkan telur separuh masak dan bubuh kari kambing. Mana tahu nanti Restoran Thoufeeq tambah lagi senarai roti cobra dalam katalog menu.
Padamwow namanya roti cobra..dpt cicah ngan kari kambing tu..sedap
BalasPadamMemang sedap mama Tisya.
Padamlepas ni kalau nampak roti cobra dalam menu kena tanyalah kan, cmane cobranya. tapi tulah saya tak pernah jumpa
BalasPadamHahahaa... lawaklah Sal!
Padamuit nama dia ganas kak, baru dana nampak aritu budak2 pejabat pi kerja luar kat labuan, ingatkan salah eja tp mmg betul nama roti kobra
BalasPadamMaknanya memang roti cobra ni lama dah ada di Sabah. Dulu Labuan memang wilayah Sabah sebelum jadi Wilayah Persekutuan Labuan.
PadamPandai diorang marketing nama roti ya...
BalasPadamLepas ni Cuya pon boleh buat roti nak bagi nama dia Roti Rock & Roll
tkpun Roti dangdut.. XD
Boleh jew Cuya.
PadamItulah yang dinamakan kreatif dan inovatif.
oh rupanya roti dengan telur setengah matang, saya kira roti cobra itu macam cobra, kak.. heheheh
BalasPadamHehehe... memang selalu orang bayangkan rotinya macam ular!
PadamRoti canai antara roti terbaik dan tersedap di dunia. Itulah tu kak Amie, saya dah terbayangkan roti canai berbentuk ular senduk. Rupanya bukan. hihi
BalasPadam