Terima Kasih Kiriman Buku Daripada Blogger Paridah Ishak

10:15 PTG

Sekembalinya dari jalan-jalan selama 10 hari, jiran sebelah rumah hulurkan bungkusan. Amie sudah pesan dengan penghantar bungkusan (runner) supaya serahkan kiriman kepada jiran sepanjang ketiadaan kami. Alhamdulillah. Kiriman dari BLOGGER PARIDAH ISHAK telah sampai dengan selamatnya. Rasa terharu sangat sebab ini merupakan kiriman kali kedua (kiriman pertama hilang tanpa berita). Terima kasih yang tidak terhingga atas usaha gigih dan keikhlasan Kak PI memastikan kiriman kali kedua ini sampai ke tangan Amie. 

Kak PI kirimkan enam buah buku pelbagai kategori, tiga buah untuk Amie dan tiga buah lagi untuk Firdaus. Firdaus suka sangat dapat kiriman buku-buku tersebut dan sebaik bungkusan buku dibuka, Firdaus terus baca.

Merawat Gundah Bangsa : Warkah Buatmu Malaysiaku
Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed
Penyelenggara: Lim Swee Tin, Ishak Hamzah & Rozan Azen Mat Rasip

Buku Merawat Gundah Bangsa : Warkah Buatmu Malaysiaku - tidak sabar rasanya untuk menekuni isinya kerana sebaaik sahaja selak beberapa helai, sudah terpapar patah-patah perkataan yang mengajak kita untuk terus meneroka isi seterusnya. Merawat Gundah Bangsa : Warkah Buatmu Malaysiaku merupakan himpunan 128 warkah yang menyampaikan suara hati, pandangan, impian, iltizam dan harapan rakyat sebuah negara merdeka dan berdaulat. Apa yang diluahkan menerusi warkah ini menuntut kefahaman dan pengertian para pemimpin dengan hati dan minda yang terbuka. 

Kak PI turut menyelitkan sebuah antologi cerpen Topi Jelita hasil karya penulis wanita yang menyerlahkan sudut pandangan wanita terhadap dunia kehidupan. Amie sudah belek-belek dan sempat baca cerpen bertajuk Penjaram Pandan, tulisan Noor Aisyah Maidin dan karya Kak PI berjudul Nasi Pengantin di Pinggan Retak. Ada 23 judul cerpen dalam antologi ini, dan Amie harap dapat membaca kesemuanya dalam masa terdekat sebab nampak macam sangat menarik!

Legasi Abah : Lelaki Adiwira Pertama

Sebuah lagi antologi Legasi  Abah : Lelaki Adiwira Pertama. Ada 35 karya siswa siswi Universiti Inspirasi Kisah Hidup yang terbit di bawah editor pengurusan Sri Diah Shaharuddin dan Zakiah Abd. Ghafar. Ada karya Kak PI : Hijrah & Kasih Sejati. In syaa Allah Amie akan membaca penuh penghayatan keseluruhan kisah hidup ini kerana buku ini sangat istimewa bagi Amie. 

Antologi Cerita Teladan, Puisi & Cerpen Kanak-Kanak : Objek Di Sungai Kijang
Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang
Antologi Puisi Kanak-Kanak : Demi Cita-Cita Murni

Antologi Puisi Kanak-Kanak : Demi Cita-Cita Murni

Antologi Demi Cita-Cita Murni mengandungi puisi moden atau sajak, puisi tradisional seperti pantun, syair dan gurindam.

Objek di Sungai Kijang

Antologi Cerita Teladan, Puisi & Cerpen Kanak-Kanak : Objek di Sungai Kijang memuatkan sembilan buah cerita teladan, 16 buah puisi dan empat buah cerpen kanak-kanak berilustrasi.

Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang

Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang menghimpunkan 67 buah puisi kanak-kanak berilustrasi hasil 21 orang penulis ahli grup Facebook Mari Menulis Sastera Kanak-Kanak. 

Di kesempatan keemasan ini Amie ingin ucapkan sekalung tahniah buat Kak PI yang sentiasa konsisten dalam menghasilkan karya. Amie pun ingin mencontohi kegigihan Kak PI. Amie ingin cungkil kembali bakat yang masih berendam di dasar lautan...ahaks!

Salah sebuah karya puisi Melayu tradisional : Pantun Pesanan Untuk Adik hasil tulisan Kak PI.

Firdaus rakamkan penghargaan buat Kak PI dengan membaca pantun Sarapan Pagi dalam antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang.

Buat Kak PI nun di sana, sekali lagi Amie ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengirim buku-buku untuk kami. Bertambahlah bahan bacaan kami, dan dengan itu bertambah lipatganda hendaknya rezeki buat Kak PI terutamanya rezeki kesihatan, ilham yang sentiasa mengalir untuk berkarya dan rezeki kasih sayang yang berpanjangan dalam kehidupan Kak PI sekeluarga. Amie doakan semoga Kak PI terus konsisten menghasilkan karya kreatif yang berkualiti dan sentiasa berkongsi pengalaman serta perkembangan terkini di dalam blog beliau di sini : PARIDAH ISHAK

10 comments

  1. Wah best tu kak amie, macam-macam buku dapat.

    BalasPadam
  2. Murah rezeki Kak Amie dan Firdaus, moga murah juga rezeki Kak PI!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dah sampai kiriman kak siap ada n3 ulasan terbaik tksh amie...comelnya firdaus baca pantun tksh daus

    BalasPadam
  4. Syukur rezeki kak Amie dan Firdaus..menarik tu

    BalasPadam
  5. banyaknya kak Amie dapat. seronok lah Firdaus. semoga murah rezeki kak Amie dan kak Pi

    BalasPadam
  6. Sayangnya buku yang dikirim tak kunjung tiba. Alhamdulillah dapat buku yang baru. Rezeki Firdaus dapat buku jugak. Dapat dapat terus baca. Comel dia berpantun :)

    BalasPadam
  7. mesti firdaus happy dpt byk buku. bleh baca time cuti skolah

    BalasPadam
  8. Aduh bungkusan pertama hilang.
    Apapun yang ke-2 selamat tiba.
    Semoga murah rezeki Puan PI yang rajin menulis.

    BalasPadam
  9. indahnya hadiah :)
    bau buku baru adalah salah satu bau kegemaran aida.
    memang lain mcm aura buku baru ni.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe