Kena Marah Selepas Balik BerATV

5:57 PTG

Segama ATV Park mengadakan promosi 50% harga mulai 27 November sehingga 26 Disember 2021. Kawan-kawan baik kita ajak ikut serta sementara harga promosi masih dibuka. Kita kata, banyak kerja belum siap. Laporan itu dan laporan ini perlu dihantar. Kawan-kawan kita kata kalau difikirkan kerja sampai bersara pun tak akan siap!

Jadi kami pun sepakat untuk beraktiviti pada sebelah petang. Oleh kerana agak tergesa-gesa kita pun tak sempat hendak terangkan dengan Encik Suami. Kita kata ikut aktiviti bersama kawan-kawan di Segama, dan balik lewat petang. Kami bersiap dari sekolah. Selepas solat dan tukar pakaian kita pun bergerak menuju ke kereta. Terserempak dengan pengetua. Aloloooo.... pengetua tegur sebab kita pakai baju lain.

"Salami hendak ke mana?"

"Nak pergi tombak kelapa sawit....!" Kita jawab sambil ketawa. Maklumlah aktiviti itu nanti dalam ladang kelapa sawit. Nak sebut berATV macam lain pula rasanya, jadi tersasul jawab tombak kelapa sawit kihkihkihhhh!


Pusat ATV ini terletak di Jalan Patitung, Kampung Segama Batu 8 Lahad Datu. Dekat sangatlah dengan kampung Encik Suami. Dalam hati asyik berdoa, janganlah sesiapa di antara adik atau abang ipar nampak kita letak kereta di simpang masuk menuju ke Jalan Patitung! Sudah tentu mereka tertanya-tanya ke mana kita pergi, dan paling parah kalau ada yang telefon tanya Encik Suami!


Hebat betul pengaruh rakan sekerja ni...ahaks!
Kita mesti kasi jadik! Itulah motto mereka.


Ada di antara kami pernah menaiki ATV seperti di Turki dan di Kota Kinabalu. Amie tak pernah naik ATV tapi pernah naik snowbike di Gulmarg. Naik snowbike lebih ayu-ayu sikit...ahaks! Naik ATV pula penuh pakaian dengan lumpur!

Kenangan di Gulmarg.


Petang itu jauh jugalah kami beraktiviti. Lebih kurang 10KM jauhnya melatih diri supaya biasa membawa kenderaan beroda besar ini di jalan rata.

 Kami masuk kampung keluar kampung!


Bergambar di sebuah kilang tembakau tinggalan sejarah pentadbiran British. Di sinilah arwah MIL dan FIL serta komuniti Cocos bekerja setelah mereka berhijrah ke Borneo dari Pulau Cocos-Keeling.

Kami beraksi di atas trek selama 1 jam 15 minit. Baju penuh lumpur! Balik ke rumah, hari sudah gelap. Syukurlah Encik Suami tidak nampak baju berlumpur. Tiga hari kemudian barulah berani cerita kita masuk ladang kelapa sawit!

Punyalah kita kena marah!

"Kenapa tak beritahu naik ATV?"
Kita tak berani nak jawab.
"Kita pun nak bawa gang juga ke sana," kata Encik Suami.
Kih kihkihhhh!

Sekadar kenangan, kita letakkan di sini beberapa rakaman sewaktu menaiki ATV di Pusat ATV Segama.







Berekreasi sambil mencari pengalaman berbeza menghadapi cabaran aktiviti ATV (All Terrain Vehicle)di ladang kelapa sawit dengan menempuh denai berliku mampu membuatkan hilai tawa di sepanjang laluan ekstrem. Terima kasih kawan-kawan yang sungguh-sungguh heret kita masuk ladang kelapa sawit!

12 comments

  1. wwwaaa..indahnya dunia. nak beli lah sebijik. boleh guna untuk menabur baja sawit..hahaha

    BalasPadam
  2. Mati- mati SA ingat akak kena marah betul..rupanya dia nak join sekali siap bawak kawan- kawan...

    BalasPadam
  3. Syiok ada geng2 camni.. Pastu xtvt sesama... Rindu plk ngan kengkawan kita.. Dh lama x buat xtvt2 camni sesama..

    Suspen igt hubby awak marah kenapa la hehehee rupanya nknjoin sama ye.. Alolo :p

    BalasPadam
  4. syioknya....kalau saya di pelawa on je. Best ni tak pernah buat.

    BalasPadam
  5. Alahaiiiii en majid ingatkan marah sebab tak bagitahu rupanya dia pun berhajat nak join juga

    BalasPadam
  6. lainkali ajakla pulak en suami dengan Daus kak... hehehehe

    BalasPadam
  7. mula-mula ingatkan kene marah betul kak... rupanya marah sebab tak ngajak

    BalasPadam
  8. Hahahaha...
    Kalau Encik Majid marah memang pelik bunyinya sebab lebih daripada tu pun beliau tak marah pun.Sporting betul Encik Majid..👍👍👍

    BalasPadam
  9. Berani kak Amie bawak ATV. Saya risau betul nak bawak. Kena duduk belakang jadi pembonceng je kot. Lahhh marah marah manja je rupanya. cakaplah nak ikut, kannnn...hihi

    BalasPadam
  10. Rupanya Puan Amie ini seorang yang suka aktiviti lasak. Hehe suami marah gurau rupanya.

    BalasPadam
  11. Marah sbb tak ajak dia sekali rupanya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe