Finding Nemo di Pulau Maganting

7:58 PTG

Sambung cerita dari pulau ke pulau.
Bot perlahan-lahan bergerak dari Blue Ring Reef menuju ke Pulau Maganting. Pulau Maganting pernah menjadi perkampungan kecil komuniti Bajau dan Suluk yang datang dari Kepulauan Sulu, Filipina sekitar tahun 1940-an hingga 1960-an. Antara kesan kependudukan komuniti tersebut di pulau ini ialah adanya penemuan tapak perkuburan yang sinonim dengan komuniti ini. Boleh klik di sini: EVERYTHING ABOUT KUNAK.

Pernah tonton Finding Nemo, filem animasi Pixar Animation Studios? Walaupun filem animasi tapi kita tonton berkali-kali bersama anak-anak termasuk Abang Farid, Fuad, Fairuz dan Firdaus! Seronok betul menonton detik-detik cemas dalam usaha Marlin dan Dory cuba menyelamatkan Nemo, anak Marlin yang tertangkap oleh nelayan. 

Cerita tentang Finding Nemo, tiba-tiba rasa rindu pula dengan suara watak-watak seperti Squirt, Crush, Nigel, Gill, Bruce, Mr. Ray dan Darla! Ada masa nanti nak ajak Firdaus tonton semula filem animasi Finding Nemo! Entah untuk ke berapa kalinya.... ahaks!

Ikan Nemo

Sewaktu berada di Blue Ring Reef, guide kami (Encik Sherhan) tunjukkan dua sarang tempat tinggal kumpulan ikan nemo. Katanya, ikan-ikan itu tinggal menetap di situ, dan tidak pindah ke mana-mana kerana memang di situlah habitat asalnya.

Dengar dulu cerita sampai habis tau!
Bukannya mereka tangkap ikan nemo dan masukkan dalam botol seperti dalam gambar di atas... ahaks! Kami sentiasa mematuhi undang-undang laut, tidak boleh menangkap haiwan yang dilindungi termasuk ikan nemo atau ikan badut ini.


Inilah sebahagian rupa bentuk Pulau Maganting yang sedang kami hampiri.




Batu-batu karangnya nampak agak pelik!


Bentuk dan warnanya kelihatan aneh.


Setelah kami turun ke pantai, guide kami terus berjalan-jalan di sekitar.
Tiba-tiba terdengar suaranya : Dapat lampu Aladin! 
Tangannya menunjukkan sebuah botol kaca yang sedang dipegang ke arah kami.
Kami ramai-ramai sahut : Jangan ambil! Ada jin dalam botol itu! Nanti jin terlepas, habis kita kena ganggu!
Guide tertawa sahaja dan terus meletakkan botol tersebut di dalam bot.


Bukan lampu Aladin!
Tetapi botol kaca berisi dua ekor ikan!
Dan sudah tentunya mata kami terpaku melihat ikan nemo yang merah belang putih itu! Menurut guide, ikan suka masuk ke dalam bekas yang ditinggalkan di dalam air. Jadinya, dua ekor ikan tersebut memang masuk sendiri ke dalam botol kaca!

Leka menyaksikan kecantikan ikan nemo, terlupa pula untuk rakam gambar di Pulau Maganting! Apalah yang sedang dilakukan oleh kawan-kawan yang lain?


Jusna dan Dar sudah kena tarik masuk ke dalam air!


Awas ya kawan-kawan.... candid camera!




Biasanya kalau tukang ambil gambar, memang mukanya tidak termasuk dalam gambar....hiks! Tak apa, ada muka dalam sekeping dua gambar pun sudah cukup.



5 Puteri Duyung sedang menarik perahu merapat ke pantai.
Mana Gee?



Ini dia Gee! Mari naik bot. Jangan lama-lama di sini. Cuaca semakin panas.


Masing-masing mengkagumi kecantikan nemo!

Apakan daya!
Tempat tinggalmu di lautan hangat di celah batu karang.

Misa!
Lepaskan nemo kembali ke laut!
Kita teruskan pelayaran ke pulau seterusnya.


 

20 comments

  1. Glemer betul ikan ni dengan nama nemo. Klu org sebut clown fish mesti org x kenal…

    BalasPadam
  2. Yaa Allah cantik ikan nemo ni kak Amie..shida suka tgk..

    BalasPadam
  3. Rupanya ikan nemo yang masuk sendiri dalam botol. Patutnya tidak boleh buang barang dalam laut.

    BalasPadam
  4. cantiknya ikan nemo ada rezeki temuinya

    BalasPadam
  5. Ikan nemo? Pengen thu ikanya Seperti apa.

    BalasPadam
  6. wah kak, bestnya cantik betul bila tengok nemo dalam balang kaca tu...
    ooohhh mula ingat tangkap ikan dan masukkan dalam botol, tapi rupanya memang dia masuk sendiri... dapatlah ambil gambar dengan nemo secara dekat ye sementera belum di lepaskan...

    warna merah putih tu cantik betul kan kak

    BalasPadam
  7. Memang cantik nemo tu. Rezeki Kak Amie & kawan2 dapat tengok secara dekat.
    Ingatkan warnanya oren, merah rupanya ye :)

    BalasPadam
  8. Cantik betul ikan nemo tu...Warna dia betul-betul macam dalam movie hehee...

    BalasPadam
  9. Sy keliru la.. yg mana ikan nemo, yg mana pula Kak Amie, dua2 sama cantik tapi Kak Amie tak muat masuk botol, kan kan 😜

    BalasPadam
  10. Masha Allah cantiknya nemo...Nama clownfish dah tenggelam dek nama nemo...Sama macam shark kan ...kita lebih kenal jaws...Besarnya pengaruh film...Rasa nak picit-picit ja nemo yang comel tu...hihihi

    BalasPadam
  11. Cantiknya nemo tu. Tengok nemo terus teringat Dory yang pelupa tu 🤣

    BalasPadam
  12. Cantiknyaaaaaa....selalu tgok dalam akuariumkat mana- mana...ni jumpa live mesti best giler pengalaman kan

    BalasPadam
  13. mesti Bapa dia tgh sibuk berkelana mencari tu kan?hihihi.. Finding Nemo la katakan....

    BalasPadam
  14. Suka tengok ikan nemo ni. Memang cantik..

    BalasPadam
  15. Comelnya nemo dan duyung duyung. Letak dalam botol kaca dapat jugak tengok dekat dekat kan. Seram kalau jumpa botol kaca kat laut. Syukur bukan apa apa. Datang ke pulau atau masuk hutan memang kena berjaga jaga. Tak boleh ambil bawa balik sembarangan.

    BalasPadam
  16. melekat nama Nemo pada ikan ni. hehe. Dah lepaskan belum? nanti kesiannya bapaknya cari .hehe

    BalasPadam
  17. bestnye ada nemo kat situ. biasa nak kena snorkelling baru nmpk nemo ni..

    BalasPadam
  18. Cantik sungguh warnanya yg vibrant tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe