Oleh-Oleh KLIA2
11:30 PG
Pagi Rabu, 5 September 2018.
Tepat pukul 4 pagi, Bonda kejutkan Amie dari tidur. Amie pun bangunkan Farid. Pukul 5 pagi dijangka akan bertolak menuju KLIA2. Sekali lagi Kak Aton yang menghantar kami ke lapangan terbang. Kami berhenti solat Subuh di R&R Dengkil. Kak Aton meneruskan perjalanannya untuk memantau sekolah yang telah dijadualkan untuknya. Rasa kasihan dengan Kak Aton kerana sejak kami sampai, tak pernah berehat langsung! Jumaat 31 Ogos kami tiba, Kak Aton ambil kami di KLIA2. Pagi Sabtu 1 September, Kak Aton memandu kami ke Batu Pahat. 2 September, tengah malam, baru sampai ke kampung semula. Padi Isnin, Kak Aton bergegas ke Sabak Bernam. Pagi Selasa ke Gombak pula dan pagi Rabu, katanya alang-alang dia bertugas memantau di Ulu Langat eloklah hantar kami sekali ke KLIA2.
Moga Kak Aton sentiasa sihat, berbahagia bersama suami dan anak-anak serta dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin.
Penerbangan Amie dijadualkan pada pukul 12.20 tengahari. Masih banyak masa terluang sebelum tiba waktu untuk terbang. Kami bersarapan pagi di Hometown Hainan Coffee.
Farid dengan Green Tea Lattenya.
Dan Amie pun nak segarkan mata dengan Kopi Hainan.
Nampak dah rasa kurang 'mood' di pagi hari. Beginilah Abang Farid setiap kali mahu berpisah di lapangan terbang. Katanya: Kenapalah Mommy nak balik sana! Kenapalah cepat sangat masa berlalu! Setianya Abang Farid sampai sanggup ambil cuti 3 hari, bertolak naik bas dari Seri Iskandar ke KLIA2, ikut sama hantar Fuad ke UTHM, dan katanya akan balik ke Seri Iskandar setelah Mommy terbang!
Kami menghabiskan masa bersama dengan membeli beberapa helai pakaian di KLIA2 untuk Encik Suami, Fairuz, Firdaus dan Farid juga. Kebetulan ada potongan harga pada hari tersebut, jadi rasa seronoklah rembat berhelai-helai t-shirt.
Teringat pesanan Firdaus supaya belikannya coklat.
Jom pusing-pusing cari coklat.
Akhirnya terpikat dengan coklat di dalam bekas ala-ala tiffin! Beli 3 tiffin dapat percuma 1. Jadi Amie dapat 4 bekas coklat. Farid ambil satu, dan Amie bawa pulang 3. Cantikkan bekas coklat itu?
Awal pagi tadi, Farid hantar mesej bergambar. Amboooiii!! Awal pagi dah sarapan dia.
Dan gambar terbarunya, dengan rambut yang sudah dipotong. Nampak happy saja anak Mommy hari ini. Jangan sedih-sedih Abang Farid. Ada masa nanti boleh balik LD atau kami yang akan berkunjung ke Malaya.
Bila Amie telefon, katanya di sana hujan dan suaranya pun seperti suara baru bangun tidur!
Mungkin melepas dendam keletihan selepas seminggu menjalani orientasi!
0 comments