Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3:34 PTG
Perjalanan dari Bandara Internasional Minangkabau diteruskan, dan Pak Herman membawa kami ke sebuah warung untuk menikmati sarapan pagi.
Warung Soto Angkasa terletak di Jl. Akses Bandara Internasional Minangkabau, Sumatera Barat.
Sementara menanti pesanan tiba di meja masing-masing, Warite memperkenalkan keropok kulit lembu kepada kami. Warite memang banyak mengetahui tentang makanan tradisional Indonesia.
Inilah rupa keropok kulit lembu dan buat pertama kalinya kami makan kudap-kudapan ini di sini. Hari keempat kami sempat membeli keropok kulit lembu ini di Kota Padang sebagai oleh-oleh.
Dan ini pula kerepek ubi bersalut sambal. Kata Warite kerepek salut bumbu rendang. Untuk kepastian bolehlah tanya Pak Google...hiks!
Sedap tu!
Ada hirisan daun kunyit...opppss! Kalau tak silaplah...mungkin juga daun limau purut!
Hidangan sudah sampai ke meja masing-masing. Semua memesan soto. Kata Pak Herman semasa di dalam kenderaan tadi, kalau memesan soto, kuahnya bening. Kalau memesan lontong, kuahnya berisi sayur.
Antara soto yang kami pesan termasuklah soto ayam, daging dan soto paru seperti di atas.
Setiap soto didatangkan bersama kepingan pegedil, dan juga sepiring lontong bersama keropok.
Amie pun tak tahu macamana cara makan soto di sini. Agaknya begini : Tuangkan saja semangkuk sup soto ke atas timbunan lontong dalam piring!
Begini?
Betullah tu...ikut cara Amie...ahaks!
Lepas tu bubuh sedikit sambal, untuk rasa pedas. kalau suka dan berani bubuhlah banyak-banyak. Memikirkan perjalanan yang baru bermula, Amie bubuh sikit jew... jaga perut wei di tengah jalan nanti kalau meragam!
Seterusnya, Amie ingin kongsikan pengalaman pertama minum teh teluah @ teh talua.
Teh teluah bermaksud teh telur. Pada mulanya memang teragak-agak dan agak pelik mendengar minuman yang mengandungi telur, tetapi setelah diterangkan oleh empunya warung, terasa pula ingin mencuba. Lagi pun, sudah sampai ke sini, rugilah kalau tidak mencicipi makanan tempatan. Minuman teh ini terdiri dari campuran teh, gula, telur ayam kampung dan limau nipis.
Sebelum menikmati minuman panas ini, perahkan jus limau nipis dan kemudian setelah sebati barulah diminum.
Rupanya teh taluah mempunyai khasiat tersendiri, iaitu penambah tenaga atau stamina.
Jusna tukang baca doa.
Yang lain mengaminkan, tapi ada juga yang makan duluan!
Alhamdulillah. Habis licin mangkuk soto.
Teh taluah pun selamat masuk ke perut. Bukan semua minum teh taluah ye... yang berani mencuba hanya Amie dengan Warite. yang lain tu mencuba sesudu dua, dan rata-rata mengatakan teh taluah tu sedap!
Menurut Pak Herman, di sinilah biasanya para tetamu dari Malaysia singgah untuk bersarapan pagi. Selain soto, banyak lagi hidangan lain yang boleh dipesan. Jadi pada hari ini, kami lupakan dahulu buat sementara waktu Coto Makassar di LD!
Kami menyambung perjalanan, melewati jalan yang agak sempit dan menjamu mata melihat gerai-gerai kecil yang menjual hasil pertanian di sepanjang jalan.
Ketika Pak Herman menghentikan kenderaan untuk membolehkan kami membeli PULSA, seorang penjaja wanita datang menghampiri pintu. Amie belum sempat buka pintu, wanita ini sudah menghulurkan barang jajaannya. Terdapat beberapa orang wanita dengan barang niaga yang sama menghampiri kami.
Nampaknya wanita ini sangat cekal mencari rezeki. Walaupun peniaga-peniaga lain meninggalkan kami, dihampirinya Amie sekali lagi sambil menghulurkan sebiji telur itik masin rebus.Pada mulanya, Amie rasa agak pelik melihat telur itik masin rebus dijual dengan cara sedemikian. Amie sangka telur itik masin hanya sesuai dimakan bersama nasi, tetapi berbeza pula di sini.
Amie beli sebiji dengan harga 4000 rupiah. Telur tersebut masih terasa hangat, dan setelah Amie kupas (sementara menunggu rakan-rakan lain berurusan di kedai PULSA) Amie panggil mereka, dan nampaknya Warite dan Jusna turut membeli telur rebus tersebut setelah Amie beritahu rasanya memang sedap, dan tidaklah semasin seperti yang disangkakan!
Kalau tak silap, Jusna membeli sala lauak (nasib baik Amie buat catatan, kalau tidak susahlah nak tanya Pak Google tentang kuih ini). Agak susah juga menyebut buat pertama kali : Sala lauak! Kata Pak Google, sala lauak ini merupakan jajanan wajib orang Pariaman. Kuih ini terdiri dari adunan tepung beras dan ikan masin, cili, kunyit, bawang dan garam. Dalam bahasa Minang pula, sala bermaksud goreng. Betulkah Pak Herman? Tak sempat tanya maksudnya sama Pak Herman ketika itu. Sala lauak berbentuk bulat kecil, lebih kecil berbanding bola ping pong.
Ini pula kuih bika.
Comel jew kuih bika ini. Kata Pak Herman, nanti kami akan dibawa ke suatu tempat untuk menikmati kuih bika yang masih panas! Iya Pak...kami menurut saja.
Kuih bika ini beralas daun baru....daun baru, menurut Pak Herman bila Amie tunjukkan daun tersebut.
Wokey!
Amie berehat seketika, sebelum meneruskan catatan berikutnya.
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62 812-6784-9399 Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
2 comments
Warung soto ni dekat dengan airport kan? Rasanya pernah makan di situ masa last day sebelum balik KL. Sedap soto dia tapi bezalah soto Indon dengan malaysia.
BalasPadamMakanan di padang memang macam-macam. Sesekali jumpa dan mencuba bagus juga kan. Cuma bergantung kepada tekak masing-masing kadang-kadang boleh masuk dan sedap tapi kadang-kadang tak tertelan. Apa pun itu semua pengalaman yang tidak ternilai dalam mengorek misteri makanan Padang....hehehehe
Notie,
BalasPadambetul tu, bagi saya kalau tak cuba kita tak tahu apa rasanya, sedap tak sedap itu subjektif sifatnya.