Panorama Sungai Landia kami tinggalkan bersama cangkir teh halia yang masih bersisa, kerana Danau Maninjau sedang memanggil kami! Danau Maninjau letaknya 140km sebelah utara Kota Padang, dan hanya 36 km dari Bukit Tinggi. Danau Maninjau merupakan tasik kedua terbesar di Sumatera Barat selepas Danau Singkarak yang berada di dua daerah iaitu Daerah Tanah Merah dan Kabupaten Solok. Di Indonesia secara keseluruhannya pula, Danau...
~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang )
Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
Sumber : Bagindo Pamuntjak & Pak Herman Mengikut Kamus Bahasa Melayu, panorama bermaksud pemandangan yang luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu. Manakala menghayati pula membawa makna mengalami dan merasai sesuatu dalam batin. Tambah lagi satu perkataan iaitu keindahan yang menjelaskan keadaan indah, kecantikan atau keelokan.Terjadilah untaian "Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia." Di mana Panorama Sungai Landia itu boleh dijejaki? Ia terletak di...
Seperti malam sebelumnya, Pak Herman membawa kami ke sebuah rumah makan berhampiran tempat penginapan kami di Bukit Tinggi. Dan seperti malam sebelumnya juga, Pak Herman memberikan kebebasan untuk kami memilih sejenis makanan kegemaran dan juga segelas jus buah. Di sinilah tempat kami menjamu selera. Sebenarnya perut masih kenyang setelah melicinkan 23 piring lauk di tengah sawah! Amie memesan sup ekor (sup bontot), Zana...