Alhamdulillah, terjumpa gambar-gambar Kek lapis Limau Purut dalam folder yang belum sempat dikongsi. Resepinya Amie pinjam dari dapur BROTHER ROZZAN. Ketika menaip entri ini, masih terhidu aroma limau purut! Kepada peminat kek lapis, cubalah resepi ini ye. Bahan-Bahan250 gram mentega2 sudu makan susu pekat½ tsp vanilli10 kuning telur4 putih telur160 gram gula90 gram tepung Hong Kong2 sudu makan badam kisar½ sudu teh baking...
Selamat berhujung minggu. Hari ini Amie kongsikan resepi ala fusion, Ikan Salmon Masak Tempoyak. Sesekali 'timurkan' ikan salmon tentu dapat selera yang berbeza! Bila sebut masakan berkuah, berasaskan tempoyak....mmmmm! Tak payah fikir dua atau tiga kali untuk mengolahnya! Terbayang betapa enaknya menikmati nasi putih dengan kuah tempoyak yang melimpah! Resepi masak ikan dengan tempoyak ini Amie ikut cara masakan dari dapur Puan Sri...
Sesekali hirup kuah sup pedas mesti sedapkan? Jom kita masak sup ikan jenahak, bubuh cili padi sikit! Oppsss! Nak meletop....tambah lada putih! Bahan-bahan: 2 keping ikan jenahak 2 biji kentang - kupas kulit dan potong kecil 1/2 batang lobak merah - kupas kulit dan potong bulat 1 sudu kecil pati asam jawa - boleh gantikan dengan asam keping 2 cm halia - diketuk...
Kerbau? Pernah makan daging kerbau semasa tinggal di asrama. Dan kemudian makan daging kerbau masak kurma dengan umbut kelapa di majlis kahwin semasa tinggal beberapa bulan di Kampung Semantan, Ulu Raub, Pahang. Ketika itu, saja jew ikut arwah Ayahanda tinggal di sana (semasa cuti semester) sebab bantu Ayahanda menoreh getah di kebunnya. Petang ini sempat masak daging kerbau! Sebelum ini hanya tahu makan....
Lama tak kongsi resepi kek lapis. Kali ini Amie kongsikan Kek Lapis Pisang pula. Resepinya Amie pinjam dari dapur Faeez: Bitter Sweet Spicy. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Faeez kerana berkongsi resepi dan memberikan penerangan yang jelas untuk menyiapkan kek lapis ini. Izinkan Amie kongsikan resepinya di sini ye Faeez. Ingredients:110g plain flour (I used cake flour.)200g vanilla ice-cream powder (I replaced this...
Selamat berhujung minggu buat rakan pengunjung Amie's Little Kitchen. Nampaknya hujung minggu bukan bererti kita boleh berehat panjang, kerana ketika inilah sahaja kita berpeluang untuk seharian bersama keluarga dan pada masa yang sama mengambil kesempatan membersihkan segala enjuru rumah, luar dan dalam! Itu pun kalau sempat, atau kalau larat! Amie mengaku kalah! Memang tak larat dengan kudrat dan tulang empat kerat! Memang tenaga...
Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak
Resepi Amie's Little Kitchen Di Majalah SAJI Edisi Ogos 2017
Jom meriah-meriahkan lagi dunia masakan tanah air! Kata Jean Anthelme Brillat-Savarin: Tell me what you eat, and I will tell you who you are! Terima kasih saudari Zanasham Salim dan krew Majalah SAJI kerana sudi memaparkan resepi hasil air tangan Amie untuk keluaragn Ogos ini. Jangan lupa dapatkan majalah kesayangan ramai ini yang sudah tentunya baru keluar dari 'oven' dan hangat di pasaran!...
Dalam kepala.... Goreng telur dadar sajalah. Makan dengan nasi panas, dan tambahkan sambal udang kering yang masih berbaki. Kalau tak cukup lagi, tambahkan serunding ayam. Letih sungguh hari ini. Kejap lagi bolehlah rehatkan badan! Tiba-tiba Firdaus muncul di pintu dapur. Mommy masak apa? Mommy masak nasi, sayang. Mommy masak ayam macam semalam ya... ayam pedan (pedas - lidahnya masih pelat, tak boleh sebut...
Bertemu kembali . Alhamdulillah, dapur maya ini masih di hati, walaupun sudah agak lama tidak berkunjung ke sini. Dah lama tak kongsi paparan, rasa kekok pula untuk memulakan mukadimah. Senangnye beginilah : Amie kongsikan resepi Ayam Hutan Masak Ungkep. Sampai maksudnya kan? Nak tambah sedikit maklumat : Amie gunakan ayam hutan. Tak sempat timbang berapa gram, mungkin dalam 1 kg. Amie potong kepada...
Bertemu kembali. Hampir sebulan tak berkunjung ke dapur maya, rasa kekok pula! Ramadhan telah berlalu, tapi tak banyak kongsi resepi. Kononnya 'sakit hati' sebab beratus entri kena 'copet' dan dijadikan entri blogger lain! Kalau diingat kembali, rasa sakit hati tak akan surut! Jadi, kononnya nak berehatlah seketika. Bila berehat seminggu dua, bertimbunlah pula gambar resepi dalam kamera. Timbul semangat nak buat entri, malangnya...