ADSENSE

Khamis, 6 Julai 2017

Kuih Raya 2017

Bertemu kembali.
Hampir sebulan tak berkunjung ke dapur maya, rasa kekok pula!
Ramadhan telah berlalu, tapi tak banyak kongsi resepi. Kononnya 'sakit hati' sebab beratus entri kena 'copet' dan dijadikan entri blogger lain! Kalau diingat kembali, rasa sakit hati tak akan surut! Jadi, kononnya nak berehatlah seketika. Bila berehat seminggu dua, bertimbunlah pula gambar resepi dalam kamera. Timbul semangat nak buat entri, malangnya komputer pula rosak!
Alhamdulillah, Encik Suami rajin pula bawa ke kedai dan semang untuk berblogging datang semula.
Sayangnya.... walaupun ada gambar yang hendak dikongsi, tapi resepi entah ke mana!
Apa pun, rasanya belum terlambat untuk paparkan kuih raya...hiks!
Nanti kalau rajin, Amie kongsikan pula resepinya.
Kepada yang berkunjung ke dapur Amie, diucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. 






















2 ulasan:

Phong Hong berkata...

BAnyaknya kuih raya yang Amie buat. Sedap2 belaka!

Amie berkata...

PH,
komputer rosak dekat sebulan...ha ha haaa tak larat nak paparkan resepi2.