Shepherd's Pie
2:34 PTG
Kita saja nak kongsi Shepherd's Pie Air Asia. 12 Mac 2016 lepas, kita terbang solo balik kampung. Farid yang belikan tiket. Katanya, eloklah order makanan sekali, takut kita lapar dalam perjalanan dari Tawau ke Kuala Lumpur. Agaknya penat yang teramat sangat... sebab selepas majlis penyampaian anugerahh pelajar di sekolah, kita terus bergerak dari Lahad Datu ke Tawau. Kita pun terus terlelap sebaik saja duduk di kerusi. Terkejut jaga seketika bila nama kita disebut oleh pramugara, hulurkan dua cawan air mineral, sebungkus Tandoori Chicken Wrap dan Shepherd's Pie. Lepas tu kita pun terlelap semula... makanan yang dua tadi tu sempat kita letakkan dalam beg di bawah tempat duduk.
Bila kita terjaga semula, hanya tinggal beberapa minit ke pukul 9.30 malan, kapal terbang akan mendarat. Penat sangat rupanya kita ye....
Shepherd's Pie yang tak sempat kita makan dalam kapal terbang.
Nampak sama saja... gambar pada penutup dan isi di dalamnya!
Ingatkan dah basi... rupanya masih elok lagi!
Farid memang suka makan Shepherd's Pie tapi sewaktu balik bercuti 5 minggu yang berakhir pada 21 Februari lepas, kita tak sempat nak buatkan untuknya. In shaa Allah, 9 April minggu ini, Farid kembali semula ke LD untuk cuti pertengahan semester selama seminggu. Teringin nak buatkan shepherd's pie untuknya. Jom kita buat....
Klik resepinya DI SINI, dan di bawah ini:
Resepinya DI SINI.
3 comments
Perghhhh memang sedap nampak shepherd pie tuh..
BalasPadamAslmkum Amie...lama tak singgah dapur Amie....sedapnya shepherd pie...lama tak mkn..
BalasPadamSedapnya Sherpard Pie. Tak pernah buat lagi. Kalau nak makan selalu beli jer.
BalasPadam