Resepi Kepak @ Sayap Ayam Panggang Simple Dimple
7:16 PTG
Mimie dan Darwisah ditugaskan memerap sayap@kepak ayam untuk dipanggang. Bagaimanapun, mereka minta panduan resepi dari kita. Dalam sibuk-sibuk bekerja, sempat jugalah kita senaraikan bahan yang diperlukan. Sukatannya? Kita katakan pada Mimie dan Darwisah : Main campak-campak sajalah ikut citarasa kamu. Pada pagi kami berada di Hutan Rekreasi Taliwas, kami pun panggang hasil perapan mereka berdua.
Antara bahan pemerap yang sempat kita kongsikan:
sos tiram Maggi
stok ayam pekat Maggi
kicap lemak manis Cap Kipas Udang / Habhals
bawang putih
kisar
halia kisar
lada putih / hitam tumbuk
beberapa batang serai diketuk
Kita pun tak pasti berapa kilogram sayap ayam yang hendak diperap, jadi kita kata tuang sajalah bahan-bahan tadi banyak-banyak!
Kalau nak bubuh bahan lain pun boleh, tapi mereka ikut juga cadangan kita. Kalau nak warna molek sikit bolehlah tambah serbuk kunyit. Nak lebih terasa manisnya, bolehlah tambah gula atau sapukan madu semasa minit-minit terakhir memanggang!
Panggang di atas bara yang sedang elok membara.
Kicap Cap Kipas Udang yang lemak manis itulah yang bagi sayap tu nampak berkilat.
Senang saja kan?
Selamat mencuba resepi sayap ayam panggang yang simple dimple ini!
3 comments
Assalamualaikum, terjah terus kat dapur la plak..biasa duk tgk kat fb je..bestnya bbq mkn ramai2 tu..
BalasPadamAssalamualaikum kak amie....
BalasPadamSaya dah lama mencari-cari resepi sayap ayam Sabah yang sgt sedap dan femes tuh...
Adakah ini resepinya....
Maz,
BalasPadamtq... resepi bidan terjun jew..
DS,
kalau sayam ayam Sabah biasanya ditambah dengan pewarna kuning oren, pencicahnya pun berbeza sedikit.