Sepetang di Bandar Hilir Melaka : Jom Naik Melaka Duck Tour
11:08 PG
Kalau dah menjejakkan kaki di Melaka, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Melaka Duck Tour tau...
Ini dia... kenderaan amfibia atau dua alam...Melaka Duck Tour.
Harga tiket untuk kami berlima, dua dewasa, dua pelajar dan satu kanak-kanak : RM172.00.
Memandangkan kami beli tiket pada pukul 5, sementara menunggu Melaka Duck Tour sampai pada pukul 5.30 petang, kami pun melihat-lihat suasana persekitaran. Sempat menyaksikan Menara Taming Sari yang berputar 360 darjah. Harap-harap nanti dapatlah naik menara tu...
Sambil menyaksikan banyaknya beca roda tiga yang lalu lalang membawa penumpang, sempat lagi menikmati coconut shake... yang katanya harga promosi: satu bekas RM4.00. Kalau 2 bekas : RM7. Kita beli 3 bekas RM10.00. Bolehlah buat basahkan tekak... tapi kita lebih suka basahkan tekak dengan air mineral jew.
5.25 petang... Melaka Duck Tour yang ditunggu pun tiba. Setelah menurunkan penumpang, kami pula naik kenderaan dua alam ini. Perjalanan bermula dari Dataran Pahlawan. Sepanjang perjalanan melalui darat dan laut, kami dibekalkan dengan pelbagai informasi menggunakan 3 bahasa : Melayu, Cina dan Inggeris. Barulah tahu...Kenderaan dua alam ini direkacipta oleh Amerika semasa Perang Dunia Kedua. Pada masa itu kenderaan unik ini digunakan untuk mengangkut makanan dan tentera dan boleh digunakan menerusi laluan air dan darat, selain bertujuan untuk mendekati kawasan-kawasan musuh di bahagian pantai.
Melaka Duck Tour meluncur ke dalam air dan kemudian berpatah balik ke Pulau Melaka dan Dataran Pahlawan.
Pemandangan darat dari atas air.
Elok sangatlah bawa anak-anak datang bercuti di sini. Banyak info sejarah zaman kesultanan Melaka yang boleh dikongsi bersama.
Inilah antara gambar pemandangan yang sempat diambil. Gambar di darat tak ambil ye... nanti boleh ambil dari Menara Taming Sari.
Dah naik ke darat. Wah! Bukan main seronok Firdaus yea...
Kami pun turun dengan selamatnya.
Info:
Waktu operasi : 9 pagi hingga 6 petang ( kami turun dari Melaka Duck Tour pukul 6.15 petang tapi masih ada pengunjung yang naik MDT). Ketika itu orang ramai sangat.......bertali arus, macam tak berhenti datang dan pergi walaupun dah petang! Tiket boleh di beli di pintu masuk Menara Taming Sari Revolving Tower.
Dewasa: RM38.00
Pelajar Sekolah Menengah (13 -1 tahun): RM27.00
Kanak-kanak (1-12 tahun) : RM22.00
Warga Emas (55 tahun ke atas ): RM27.00
OKU Dewasa (13 tahun ke atas): RM20.00
OKU Kanak-kanak (1-12 tahun): RM10.00
Pelancong luar negara (dewasa) : RM42.00 dan untuk kanak-kanak: RM27.00
Peringatan: Jangan lupa bawa MyKad.
Masa perjalanan /pelayaran : 45 minit.
Entri bersambung......
MELAKA : BANDARAYA BERSEJARAH YANG INDAH
MELAKA : KAPAL FLOR de LA MAR, MUZIUM SAMUERA II & MUZIUM TLDM
MELAKA : KAPAL FLOR de LA MAR, MUZIUM SAMUERA II & MUZIUM TLDM
0 comments