Melaka : Jalan-Jalan Sekitar Taman Bunga Merdeka
8:01 PTG
Sepanjang dua hari berada di Bandar Hilir Melaka sebanyak dua kali jugalah kami singgah dan melalui kawasan Taman Bunga Merdeka. Kali pertama di kala senja, dan kali kedua di tengahari yang panas terik setelah turun dari Menara Taming Sari menuju ke Kota A Famosa.
Lokasi Taman Bunga Merdeka ini sangatlah strategik kerana dikelilingi kebanyakan destinasi pelancongan seperti muzium-muzium, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan dan sebagai laluan menuju ke Kota A Famosa.
Terdapat kemudahan awam di sini yang disediakan untuk para pengunjung, antaranya termasuklah tandas dan surau yang cantik seperti gambar di atas.
Sempat tangkap gambar sang kancil... maskot Sukan Malaysia 2010 bersebelahan taman.
Bolehlah berehat di sini seketika sambil menemani anak kecil (jika ada) bermain di tapak permainan.
Suasananya redup dan nyaman.
Firdaus tak lepas peluang... maklumlah sesekali terlepas dari kandang.
Pemandangan di sekitar.
Besarnya keris!
Dah tayang gambar sama (atas bawah) dalam entri lepas.
Di bawah ini pemandangan yang Amie ambil dari Menara Taming Sari.
Nampak tak kapal terbang di bawah rimbunan daun pokok tu? Di hadapannya pula jalan menuju ke Kota A Famosa. Bangunan yang bederet-deret di seberang jalan pula merupakan muzium...pelbagai jenis muzium.
Dalam perjalanan, terserempak dengan pelbagai kereta kuda.
Beca yang membawa penumpang pun banyak. Penarik / penunggang beca menawarkan harga serendah RM25 untuk satu tempoh perjalanan.
Masih ingat stem lama?
Satu hari nanti memang berhasrat ingin menghabiskan masa memasuki muzium yang banyak di Bandar Hilir Melaka ini.
Wokey.... sampai di sini dulu.
Nanti kita sambung bila dah sampai Kota A Famosa ye... jumpa lagi.
Entri bersambung.....
3 comments
wahh seronoknya ...hehehhe..
BalasPadamSalam 2016,lama tak pegi melaka, kiranya anak2 saya tak pernah pegi lagi. Makin cantik melaka ye. Ada dino tu :)
BalasPadamhi, menarik taw perkongsian ni. btw done follow, follow me back :)
BalasPadam