A Famosa : Fortaleza de Malacca
9:02 PTG
Dulu, sewaktu sekolah rendah seingat Amie hampir setiap tahun pihak sekolah menganjurkan lawatan ke Melaka... ya dulu... lebih 30 tahun yang lalu! Yuran penyertaan yang dikenakan sebanyak RM5 sahaja. Tapi... bila mengenang ayahanda yang hanya mampu menjual hasil susu getah yang tak seberapa, Amie pendamkan hasrat untuk turut menyertai lawatan sambil belajar tersebut. Sebenarnya jauh di sudut hati tersimpan sebuah keinginan untuk melihat sendiri Kota A Famosa seperti yang pernah Cikgu Alias (masih ingat nama guru mata pelajaran Tawarikh - dulu mata pelajaran Sejarah disebut Tawarikh, yang mengajar kami di dalam darjah lima) ceritakan kepada kami. Masih teringat bagaimana beliau menyebut nama-nama seperti Alfonso de Albuquerque yang susah sangat kami nak sebut! Bila sudah menginjak dewasa barulah berpeluang datang beberapa kali ke Melaka. Terakhir Amie menjejak kaki ke negeri Hang Tah ini kalau tak silap pada tahun 1994! Lebih 21 tahun yang lalu...
Hari ini bersamaan 23 Disember 2015, di bawah pancaran matahari yang panas terik kami bawa anak-anak datang bersama. Bila Amie sebut tentang zaman kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada 1511, dan penaklukan Melaka oleh Belanda pada tahun 1641, nampak bersemangat pula Fuad memanjangkan cerita sejarah Melaka kepada Fairuz! Moga kunjungan ini memberi manfaat kepada mereka agar semangat patriotisme tersemai kukuh dalam jiwa.
Kami masuk dari pintu belakang. Disebabkan keadaan panas terik, Amie rasa tak larat nak berpusing keliling untuk mengambil gambar. Jadi tak adalah rakaman pintu kota ini dari arah depan. Tinggalan pintu Kota A Famosa atau Porta de Santiago ini merupakan tembok pertahanan serangan dari pelbagai penjuru. Sayangnya kita hanya dapat menyaksikan kesan runtuhan tersebut kerana dimusnahkan oleh Inggeris pada tahun 1807. Untuk lebih lanjut tentang Kota A Famosa bolehlah rujuk DI SINI.
Antara pemandangan yang dapat disaksikan di sekitar Kota A Famosa.
Di bawah ini pula merupakan Porta de Santiago atau Pintu Santiago yang masih terpelihara.
Nampaknya hanya ini sahajalah gambar yang sempat dirakamkan semasa kunjungan ke A Famosa.
Sekian.
3 comments
Semarang Melaka popular bila di sekolah :)
BalasPadambestnya..tp kalau setiap kali cuti sekolah.. Melaka sangat jem
BalasPadamHana,
BalasPadamsejarah negara bermula di Melaka :)
Rizziela,
ya.. saya dengar pun begitu.