Jalan-Jalan di Pantai Teluk Kemang
3:35 PTG
Jalan-jalan atau berkelah?
Jalan-jalan saja... sambil makan-makan dan menemani anak-anak bermain-main ..bukan main pasir...ahaks!
Sewaktu kami tiba, cuaca sekejap-sekejap mendung, sekejap-sekejap panas. Matahari pun lebih banyak berlindung di balik awan, tapi tiba-tiba muncul dengan panas teriknya!
Pantai Teluk Kemang nampak penuh sesak dengan pengunjung!
Bukan sahaja pengunjung memenuhi gigi pantai, di bahagian darat pun penuh orang!. Ada khemah dan kerusi disediakan tapi kena bayar kalau kita nak duduk di situ.
Agaknya kalau datang di kala senja dalam suasana redup, alangkah nyamannya duduk di pesisir pantai sambil menghirup minuman dan mengunyah kudap-kudapan yang banyak dijual di gerai.
Firdaus nampaknya seakan tidak mahu meninggalkan pantai!
Adeeehhhh... Nampak gayanya Fairuz seret adiknya tuuu...
Kami menapak ke daratan. Banyak gerai menjual barang permainan dan cenderahati di sini.
Terjumpalah satu dataran... tapak permainan untuk kanak-kanak tapi bukan percuma ya! Banyak kereta mainan, basikal basing, motosikal dan sebagainya disediakan di sini. Kena bayar kalau nak naik ...
Firdaus tak lepas peluang menaiki kereta yang boleh dikawal dari jauh. Fairuzlah yang jadi mangsa memegang alat kawalan kereta tu! Taklah mahal sangat, hanya RM5.00 untuk 10 minit.
Kesiannya... Firdaus dera abang Fairuz!
Bukan main seronok Firdaus... kononnya dialah yang pandu kereta tu!
Suka hati kamulah sayang.... budak lelaki pakai kereta pink!
Fairuz pun tak mahu lepas peluang naik motosikal. Sewanya RM20.
Dah habis tempoh 10 minit, Firdaus nak lagi naik kereta. Kami pindah ke tempat lain. Disebabkan Firdaus menangis nak naik kereta lagi, Encik Suami pun ikut kemahuannya. Kali ini bayarannya RM10.00 ... sama untuk tempoh 10 minit. Aik? Kereta sama saja ..tak jauh dari tempat yang pertama tadi, tapi berganda pula bayarannya. Firdaus punya pasal, Encik Suami tak bersongel-songel lagi.
Kali ini Encik Suami yang pegang controller.
Ini kereta yang ketiga yang Firdaus naik. Encik Suami kembali ke tempat kereta pertama Firdaus naik. Bayaran masih RM5.00. Sebenarnya selepas itu Firdaus menangis ingin naik kereta lagi, tapi kami bawa dia ke tempat lain.
Fuad... pun tak mahu ketinggalan. Entah hape benda yang dia naik tuuu..
Suka hati kamulah anak-anak....
Kita duduk saja di bawah pokok sambil minum air kosong.... cuaca sangat panas!
Di sini lkanak-kanak boleh naik turun menara ... hanya RM5.00 sahaja, boleh main tanpa batasan! Tempatnya pun agak terlindung oleh pokok, taklah panas sangat.
Bukan main serok Firdaus menggelongsor berkali-kali!
Dah penat, terus menuju ke PD Famous Cendol Coconut Shake untuk kali yang kedua! Sebenarnya di sekitar kawasan ini banyak terdapat warung atau gerai makaaan. Pilih sajalah mana yang disukai. Dengan kata lain, tak susah nak cari makan. Dari makanan berat seperti nasi sampailah untuk kudap-kudapan seperti keropok lekor! Harganya pun sangatlah berpatutan. Rasanya pula, tentulah sedap belaka... tapi terpulanglah ikut selera masing-masing. Bagi Amie... okey saja, sebab dapat yang okey...hiks!
Kenangan yang tak dapat dilupakan sudah tentulah bila singgah di sini... Bagi Amie, rasa coconut shake dan cendol memang power! Cendolnya tidaklah terlalu manis.... lemak-lemak manis cukup rasa! Coconut shake tu... kalau ada ruangan perut yang masih kosong, rasanya nak tambah satu gelas lagi....hew hewwww...
Banyakkan pilihan makanan di sini...
Wokey.... tak boleh berlama-lama di Pantai Teluk Kemang.
Selamat tinggal Pantai Teluk Kemang.
Jumpa lagi cendol.... he he he heee...
JALAN-JALAN DI PANTAI TELUK KEMANG
BERMALAM DI GLORY BEACH RESORT, PANTAI TANJUNG GEMUK
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI TELUK KEMANG
BERMALAM DI GLORY BEACH RESORT, PANTAI TANJUNG GEMUK
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI TELUK KEMANG
2 comments
Sedapnyer nampak cendoi tu❤️
BalasPadamRajin kak updated blh recently 😊
dah lama x pergi PD
BalasPadam