Dunia masakan memang sungguh meriah! Luas tak bertepi, bak lautan tak bersempadan! Kali ini Amie kongsi resepi Soto Banjar. Amie pernah beberapa kali menghidangkan Soto Banjar sempena rumah terbuka raya, tapi tak sempat nak tangkap gambar. Maklumlah kita sibuk melayan tetamu, sibuk lagi ulang-alik ke dapur! Yang tak dapat Amie lupakan, setiap kali menyediakan soto ini untuk tetamu, memang tak menang tangan menggentel...
Kakak ipar baru balik dari Kota Kinabalu. Biasanya bila melalui Kundasang, pasti banyak sayuran yang diborong, dibahagi-bahagikan untuk kaum kerabat. Kami pun dapat bahagiannya termasuklah lobak merah, sayur salad, kobis bunga, kubis panjang, timun jepun dan juga pucuk labu siam. Encik Suami minta kita masak pucuk labu siam untuk lauk tengahari tadi. Jadi kita pun masaklah... Pucuk Labu Siam Tumis Belacan! Mmmmm... bau...
Gulai Itik Hijau... Untuk mendapatkan resepi yang asli, boleh rujuk RESEP GULAI ITIAK LADO MUDO KHAS MINANG, yang katanya berasal dari Agam, Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Atau layari di sini: RESEP GULAI BEBEK CABAI HIJAU, atau juga di sini: GULAI ITIAK LADO MUDO DI NGARAi SIANOK. Bahan-bahan: 1 ekor itik - potong 10 bahagian 1/2 kg cili hijau - kisar kasar 800 ml air...
Antara yang tertunggak, tersimpan lama dalam folder.... masakan Minang yang biasa dihidangkan di hari raya. Seronok sebenarnya menyelongkar khazanah resepi turun-temurun yang diwariskan oleh nenek moyang dulu-dulu. Masakan Minang bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Amie sendiri pernah serumah dengan rakan dari Negeri Sembilan ketika menuntut di universiti. Sempatlah merasa sambal daun, campuran tempoyak dengan cili padi, santan pekat serta pelbagai daun. Ditambah...
Satu lagi nak kongsi resepi tertunggak.... Sekadar ikan goreng, tapi bukan goreng biasa. Ini ikan goreng gaya masakan suku kaum Bajau. Sekali lagi resepi dikongsi daripada Puan Hajjah Al Maidah Al Kanta. Jom kita tengok.... Bila dah dihias-hias, macam di ataslah rupa Daeng Landang-Landang Mangkuk-Mangku. Di bawah ini, hasil gorengan yang baru keluar dari kuali. Baik dihias atau pun tidak rasanya tetap sama....
Selamat tengahari semua. Apa agaknya hidangan untuk keluarga pada hari ini. Amie belum masak lagi. Sedang rendam ikan... kih kihhhh. Sementara itu, Amie nak kongsikan satu resepi mudah yang sudah sekian lama tersimpan dalam folder tapi terlupa untuk dipaparkan. Resepi ini Amie dapat dari rakan sekerja, Puan Hajjah Al Maidah Al Kanta. Bila diterjemahkan dalam bahasa Melayu, resepi asal iaitu Manuk Ballahan Lahad...