Sambal Bawang

2:55 PTG

Kongsi menu ringkas di hari minggu.... Sambal Bawang!
Pernah makan Sambal Bawang seperti dalam gambar di bawah ini?
Kalau belum pernah, apa kata kita cuba resepi yang Amie kongsikan di bawah ini.
Beberapa tahun yang lalu, ada seorang insan mengirim sambal seperti ini melalui seseorang untuk disampaikan kepada Amie. Rupanya keluarga sebelah Encik Suami yang kirim, tapi Amie tidak mengenalinya. Amie bawa pulang dan tunjukkan pada Encik Suami, dan bila Amie tanya Encik Suami tak tahu pula apa nama kiriman itu. Amie rasa teruja ingin mencubanya, dan hairan juga melihat bawang merah yang dihiris kasar masih jelas utuh, tapi Encik Suami kata memang begitulah rupa sambal yang dia tak tahu namanya tu.
Berdasarkan rasa dan ingatan terhadap sambal itu, Amie pun cuba buat sendiri, tapi Amie belah-belah bawang merah, dan bukannya hiris-hiris kasar.


Sambal Bawang yang Amie buat ini tidaklah pedas sangat rasanya sebab Amie bubuh sedikit saja cili padi. Amie lebihkan belacan, dan kalau boleh gunakan belacan yang kurang masin. Amie gunakan belacan Papar. Bawangnya pula Amie gunakan bawang merah saiz kecil. Boleh belah 2 atau belah 4. Kalau mahu Sambal Bawang tahan beberapa hari tanpa disimpan dalam peti sejuk, lebihkan sedikit minyak  semasa menumis. Tapi.... Sambal Bawang ni sebenarnya tak tahan lama mana pun kalau dah dihidang atas meja makan!

Resepi : Sambal Bawang

Bahan-bahan:
300 gram bawang merah saiz kecil - kupas dan belah 2 atau 4
1/2 cawan gula melaka (sudah diparut)
1 sudu teh pati asam jawa
1/2 cawan minyak
1 sudu teh garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
20 biji cili padi - boleh tambah jika suka pedas
7 ulas bawang putih
3 sudu makan belacan (sukatan jika dihancurkan)

Cara:
1. Panaskn minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan gula melaka, pati asam jawa, dan bawang merah.
3. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.


7 comments

  1. Assalamualaikum kak Amie. Lama betul Sue x blogwalking.. Rindu plak nak komen2 ni. Sambal Bwg ni biasa sgt mkn. Tp x,tau plak namanya sambal Bwg kak. Biasa Kalo tumis sambal ni mmg letak Bwg beso byk. Sedap mkn dgn nasi panas n ikan goreng ja. Mmg x tahan simpan lama lah sbb Cpt sgt habis. Hehee

    BalasPadam
  2. salam k.amie….cam sedap juga ni. makan dgn nasi panas & ikan goreng. jgn lupa ulam timun….wah, dah blh bayangkan ni k.amie…tapi kat rumah ni ros je hantu bawang (mmg suka makan bawang lalu2 dlm gorengan daging ke @lain2)….btw rupa ada iras2 acar buah kan…emmmph menarik la

    BalasPadam
  3. Ibh_Sue,
    waalaikumussalam...... saya bubuh aje nama Sambal Bawang sebab banyak bawang yang masuk hihihiiii. Memang tak tahan lama ni... kejap je licin!

    Cheq Da,
    silakan... pasti menjadi.

    Rostina,
    betul tu makan dengan nasi panas dan ikan goreng je pun dah cukup sedap. Timun tu buat pelengkap....mmmmmmabeles!

    BalasPadam
  4. Nasa,
    silakan Nasa... simple je.

    CikManggis,
    silakan.... buat lebih sikit ye...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe